Saturday, March 10

Business kecil kecilan kami

Assalammualaikum.




Harini ingat nak kenalkan our IG shop la. Actually ni business kecil kecilan kami somi isteri. Alhamdulilah, dah 2 tahun dah pun. Siapa siapa yang tengah cari handphone/gadget boleh la follow ig @teal_fury. Kalau nak usha-usha dulu pun boleh. Pelbagai jenis brand yang ada dan yang penting 100% original (unless stated). Dan yang paling penting sekali kami adalah company yang berdaftar.

Kami seboleh bolehnya akan meninimun kan keuntungan dengan niat untuk membantu mereka-mereka yang nak dapatkn handphone idaman dengan harga yang berpatutan. Al maklumlah, zaman Najib ni yang semua benda mahalkan. Ni sedikit sebanyak kami nak bantu anda.

Kalau betul-betul berminat, kami boleh pos atau kalau nak COD pun boleh untuk dibeberapa kawasan di KL dan selangor. Boleh whatsapp nombor dekat IG tu nanti kita boleh deal. 

Sudi sudikan lah support business kecil kami dan diharapkan semoga kita semua especially yang baca ni dimurahkan rezeki untuk meneruskan kelangsungan hidup di zaman yang penuh pancaroba dan cabaran ini.

Monday, March 5

Boracay Island [Part 2]

Entry Boracay haritu pun tak dan nak habiskan. Tapi disebabkan ada permintaan untuk up entry pasal travel ni, I try rajin-rajin kan diri. Kali ni akan cuba pulun habis-habisan.

Sambungan daripada enrty Boracay ni, mission hari ke-2 adalah check-in guesthouse yang lebih murah untuk malam-malam yang akan datang dan mencari makanan halal. Makanan  dekat sana  sama ada mahal atau pun harga sederhana. Tak ada yang murah pun kat sana. Tapi realitinya memang susah sikit nak cari makanan halal dekat sini. Kalau ada pun maybe ada 1-2 kedai je dekat Pulau Boracay ni. Tapi kalau kedai Arab memang mahal betul. Kitorang punya travel tak ada lah nak bermewa-mewah pun. Yang penting kenangan tu. Nanti baru lah boleh cerita dekat anak cucu. Ahaks..


Ni dekat kedai yang dapat masa tengok dekat dalam Destinasi Budget. 

Kena la jugak dengan citarasa walaupun rasa masin-masin sikit. Tapi kalau 12 hari makan benda yang sama naik jemu jugak sebab memang tiap-tiap hari kedai ni akan masak menu yang sama je. Pilihan memang tak banyak. Boleh la untuk buat makan tengah hari dan malam. Ouh..malam pun lauk yang sama juga. Maknanya lauk tu memang durang masak sekali sampai la malam. Tiap kali makan kat kedai ni selalu juga jumpa orang kita kat situ. Kiranya memang sangat limited la kedai halal kat sana. Kedai Arab ada juga kat situ, tapi tak kan hari-hari nak makan kat kedai Arab. Mau kokak poket. 

Next, perut pun udah kenyang, hari ke-2 punya aktiviti nak releks-releks saja sambil ber sunbathing. 

Laut biru, langir biru, pasir putih

over nau pakcik  ni


Serius tau laut kat sana memang biru clear macam tu. Pasir lembut plak tu

Tapi time ni memang panas betul. Sekejap je dah golap. Tapi takpe..mana nak dapat view macam ni kan. gelap pun gelap la. I sanggup u!





Kat sana ada budak-nudak yang teror buat pasir macam ni. Tapi kena la bayar sikit kat durang. 28 Jan 2015.3 tahun punya backlog ni.


MasyaAllah. Cantik sangat. Layan sunset sambil layan mangoo shake. Heaven!

For me, 4-5 hari pun dah cukup kat sana. Weolls memang cuti lama-lama baru la puas. Tapi disebabkan Pulau ni pun kecik je..rasa cepat bosan gak. Ingat kan kat sana macam Thailand, boleh nak lompat-lompat pergi ke pulau lain-lain. Rupanya nan ado. Tu la tak buat reasearch dulu sebelum pergi.

Thursday, March 1

Cara paling jimat untuk pergi ke KLIA dari KL Sentral

Ada terbaca dekat post facebook haritu pasal cara-cara nak jimat untuk pergi ke KLIA2 kalau dari KL SENTRAL. 

Wtf, bila baca post tu pun dah naik pening kepala. Belum buat pun dah rasa penat. Tips yang viral tu suruh naik KLIA Transit lepas tu beli tiket sampai station putrajaya kemudian kat station tu kena turun then beli pulak lagi tiket sampai klia. Eh..banyak nau kerja kooo..kuasa la aku nak turun naik train. Kalau bag tak berat takpe la dik oii. End up..aku rasa tiket ERL tu still mahal bagi aku.



Kan ke ade cara lagi jimat. Naik je la bas terus dari kl sentral terus sampai klia2. Baru rm10 (sehala) je dik non. Jimat masa dan tenaga kau sebab tak payah nak tunggu bas lame2. Asal bas penuh je terus gerak. Bas memang sentiasa ada je. Bas pulak memang direct pergi ke KLIA2. Tak de berenti-berenti dah.

Ni kalau naik ETS mesti ade waiting time kan. Pastu nak turun beli tiket lain lagi confirm kena tunggu lagi. Semata la kau. Lagi satu kalau bawak budak2 gigih la kan nak angkut turun naik train tu. 

Bagi yang tak tau, bas untuk ke KLIA boleh amik dekat bahagian luar KL Sentral tu. Yang menghala ke NU SENTRAL. Kalau dari KLIA2 plak, kene turun bahagian bawah tempat banyak2 bas. Kalau tak tahu juga, kau pergi la tanya staff dekat situ. 

So mana lagi jimat sebenarnya? 

Ratings and Recommendations by outbrain