fb Twitter

Friday, August 8

Tempat-tempat menarik di Bali (Bahagian 2)

Ni sambungan untuk post sebelum ni. Baca sini.


Ada beberapa tempat lagi yang kira-kira agak menarik pada pandangan aku sendiri. Ada tempat yang aku sempat pergi dan banyak lagi tempat yang belum kaki ini jejaki lagi.


1. Temple

Di Bali ada banyakkkkkk sangat temple. Jalan sikit temple. Jalan depan lagi nampak temple. Pusing kiri kanan pun temple. Eh..berapa banyak weh temple. Dekat sana minority beragama hindu. Jadi jangan lah terkuzat plak. Memang permandangan biasa di sana. 

Sempat singgah beberapa temple yang ada di sana. Uluwatu, bedugul dan tanah lot pun temple juga. Sekadar untuk menjamu mata dan mengagumi senibina dan ukiran temple tersebut tak salah kan? Kalau ada minta donation untuk temple boleh donate ke? Confuse sekejap. Sebab nanti macam kita support cara menyembahan mereka pula yang sah-sah menyembah patung.

Kebanyakkan temple-temple di sana memang agak menarik design dan lokasinya. Ada atas air, tepi tasik, atas bukit. 




singgah sekejap dekat Temple ni







2. Kintamani 

Nak tengok gunung berapi Mount Batur yang aktif boleh pergi ke Kintamani. Lokasi agak jauh dari Kuta. Kira-kira sejam lebih perjalanan. Kawasan ni lebih kurang atas bukit. Kena pula time sampai tu hujan baru berhenti. Sepoi-sepoi bahasa angin bertiup.


Kalau yang pencinta alam boleh la datang sini. View memang awesome. Tengok dari jauh pun jadi lah.




3. Tegalalang

Ni juga salah satu tempat yang kena pergi lawat kalau ke Bali. View yang kehijauan dan kedesaan ni merupakan padi bukit yang terletak di Tegalalang. Lebih kurang sejam dari Bali. Rasa nya bila dah sampai Bali memang wajib bergambar kat sini. Tak complete rasa kalau tak ada gamba kat sini. 

Jangan lupa masuk kat dalam list itinerary ok :)





4. Nusa Dua

Nusa dua ni tak sempat nak pergi tempoh hari. Tapi dari cerita rakan-rakan, tempat ni agak menarik sebab ada banyak water sports di pantai Nusa Dua seperti scuba diving, flying fish, para sailing, jet skiing. Kedengaran lebih meriah dari pantai kuta dan Legian nampaknya. Ok!..kena repeat ni.

Selain itu, banyak juga aktiviti lain yang boleh di buat seperti shopping, massage dan sight seeing. Pantai pun lebih cantik dari Kuta.  


5. Blue point Beach

Tempat ni dah lama sangat teringin nak pergi. Hari tu pergi bali sekejap sangat tak sempat nak pergi tempat ni. 

Let's picture do the talking. Shall we?


- pic googled



Emang nya sudah jatuh cinta sama ini tempat. Please share kalau ada sesiapa pergi sini. 


6. Rock Bar

Tempat ni pun dah termasuk dalam 'To Go' list. Rock bar ni merupakan resort yang terletak di Jimbaran. Hari tu pak supir tak bawak pun ke sini. I am sad :( . Tempat ni sesuai untuk lepak-lepak dengan sahabat handai atau keluarga sambil layan sunset. 

I pernah baca, kalau tak duduk kat resort tu pun boleh masuk kat Rock Bar ni.

 - pic from tripadvisor

Cantik kan!! *Terbayang duduk atas tu layan ombok sambil tangan memegang segelas air* syahdu beb



Actually Bali ada banyak lagi tempat-tempat yang cantik kena pergi. Kalau pergi 3-4 hari memang tak cukup untuk cover semua tempat ni. Kena repeat 4-5 kali kekdahnya. 



www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain