fb Twitter

Monday, June 2

TIPS Pembelian Rumah

Nak share sikit lah tips sikit tips untuk pembelian rumah. BTW, ni dari pengalaman sendiri sebab masa beli rumah tempoh hari semua urusan I yang selesaikan sendiri. Entry di sini. Sedikit sebanyak dapat la pengalaman sikit tapi tak de la expert mana pun. Dari sign S&P, turun naik pejabat lawyer sampai pengambilan kunci I yang buat sendiri. So, jangan cakap I copy paste dari mana-mana belog plak. Jentik kang!


1. Pendapatan bulanan
Buat kira-kira gaji bulanan bulanan dulu. Lepas tolak semua ada berapa lagi balance setiap bulan. Memandangkan I dah habis bayar duit kereta, sebab tu bertekat untuk menyusahkan diri lagi dengan menambah loan rumah. Tapi kan kena cari rumah yang harga mampu bayar la. Ukur baju di badan sendiri. ahaks. Kalau gabung gaji (husband + wife) lagi mahal rumah boleh beli. Lagi satu harga rumah makin lama makin naik so kena cepat-cepat grab.


2. Sub sale/ rumah baru
Ini bergantung kepada kehendak dan keperluan sendiri. Ada yang jenis suka beli subsale untuk dibuat sewa/ duduk di kemudian hari. Disebabkan ni baru rumah pertama, I decide untuk beli yang baru saja. Proses pembelian rumah baru tak seremeh beli rumah subsale. Tapi kebanyakkan rumah yang baru bina semua harga mencekik dalam 400k++ dan ke atas untuk teres 2 tingat di sekitar KL/PJ *jadinya jangan nak berangan duduk dekat KL/PJ ye Iyrin*. Kawasan pencarian rumah kena diperluaskan lagi iaitu kira-kira 30-40KM dari KL/PJ. InsyaAllah boleh dapat lagi harga bawah RM400K untuk teres 2 tingkat. Beli subsale/ rumah baru tetap ada risiko. Satu lagi kena kaji tempat atau kawasan yang nak beli tu. Kalau kawasan terancang yang baru nak naik, ada potensi untuk harga rumah pun bakal naik kelak. Kadar jenayah pun memain peranan penting. Kalau kawasan tinggi kadar jenayah takut susah nak jual nanti. Jadi study dulu tempat sebelum beli.


3. Pemaju
Cari pemaju yang berkredibiliti dan yang betul-betul dah establish berdasarkan rekod-rekod pembinaan sebelum ini. Ini untuk memastikan proses pembelian sehingga penyerahan kunci berjalan lancar. Alhamdulilah, dengan pemaju sekarang ni semuanya berjalan lancar. Cuma ada beberapa hal yang tak puas hati sikit.


4. Deposit/ downpayment
Dah jumpa rumah yang minat dan pemaju yang bagus, step seterusnya kena sediakan cash untuk buat pembayaran deposit dan downpayment. Untuk secure 1 unit rumah, pihak pemaju akan mintak buat pembayaran deposit dahulu. Deposit pun bergantung kepada pemaju juga. Deposit yang I kena letak haritu RM500. Untuk downpayment rumah pula, biasanya kita kena sediakn 10% daripada harga rumah. Kadang-kadang pihak pemaju akan buat promosi untuk tarik lebih ramai lagi pembeli. Masa I beli hari tu, mereka ada buat promosi hanya bayar 3% downpayment untuk rumah non-bumi. Tapi disebabkan I bumi lot dan tak ada promotion untuk bumi lot, jadi kena sediakan 10% downpayment. Downpayment akan tolak deposit yang dah bayar tu nanti. 


5. Loan bank
Ha..yang ni pun penting juga. Kalau boleh buat survey dulu bank yang mana boleh bagi rate yang marvelous. Untuk proses buat loan tempoh hari, pihak developer yang uruskan semuanya. Mereka akan hantar segala document kepada beberapa bank panel. Pihak bank akan call semula jadi di situ boleh buat sebarang pertanyaan sebelum decide untuk sign kontrak dengan bank yang bersesuaian.

Antara persoalan yang wajib tanya dan compare:
  • Tenure - berapa tahun yang bank boleh bagi
  • ZEC bank (stamp duty, legel free..)
  • loan type (flexi/semi flexi/ non flexi)
  • Ambil masa berapa lama untuk dapat approval
  • Lock in period
  • Late payment charge
  • Default rate
  • Ceiling rate 
  • monthly installment
  • Interest rate
  • Perlukan penjamin atau pun tidak
  • Cara pernolakan installment 



6. KWSP
Untuk pembelian rumah pertama, boleh guna caruman KWSP akaun 2 buat pembayaran downpayment. Untuk rumah ke dua dan seterusnya tak sure pula boleh keluar KWSP ke tak. Kalau duit dalam KWSP tak cukup, kena la prepare duit sendri. Proses pengeluaran duit KWSP ni sebenarnya tak ada la rumit mana. Kena bawa S&P original dan beberapa lagi document, isi borang dan kalau semua nya lengkap, mereka akan terima document kita tu. Tak sampai seminggu duit dah masuk dalam bank. Eh..cepat betul la sekarang. 


7. Follow up
Bila loan dah approve, downpayment dah bayar, kena la sentiasa followup dengan pihak pemaju dan bank. Kalau pihak pemaju request pembeli untuk bayar progress interest sehingga projek perumahan siap, sila rajin-rajinkan diri followup dengan bank supaya mereka disburse payment on time. Kalau lambat sehari pun, nanti interest naik dan pembeli pula yang kena tanggung interest. Tamo la cenggitu kan



Ade banyak lagi tips sebenarnya..sambung next entry pula lak. *Tetiba hilang idea nak mengarang.



www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain