fb Twitter

Monday, June 11

Tips Melancong ke Phuket cara orang bujang #2

Ok! Let’s continue Tips Phuket I ni yang dah lama sanggat tertangguh ni. Entry ni pun dah lame terterap dalam draft.

           

Dah baca tips I sebelum ni? Boleh la share if rasa sangat berguna :)

 

Kali ni I nak cerita pasal transport, makanan dan pasal travel agent.

 

1. Transport

          

Sampai-sampai airport dekat Phuket mesti kita akan cari transport untuk ke hotel kan. Kalau hotel yang provide pick up so tak payah nak risau. Tapi hotel yang I duduk tu tak ada pick up. So terpaksa berdikari untuk cari transport sendiri. Kenderaan yang paling murah sekali sekali untuk ke Patong atau pantai-pantai yang berhampiran ialah minibus.

 

Recovered_JPEG Digital Camera_141

         

Kaunter ni ada betul-betul lepas keluar dari airport tu. Harga seorang untuk ke Patong RM15 sahaja. Kalau nak ke pantai Katon atau Kata pula hanya RM18 seorang. Eh..uolls jangan plak imagine minibus yang buruk tak ada aircond tau disebabkan harga yang murah ni. Minibus ni sangat tiptop condition nya. Complete dengan tinted dan aircond.

 

Recovered_JPEG Digital Camera_138

        

Recovered_JPEG Digital Camera_145

       

Ni la minibus yang berharga RM18 tuuu yang boleh memuatkan lebih kurang 10 orang. Biasanya durang akan tunggu penuh dahulu baru gerak.

 

Biasa la kalau dah naik minibus macam ni, durang akan stop dekat travel agency untuk suruh passanger beli pakej yang disediakan. So my advice, sila jangan beli sebab mahal!

 

Recovered_JPEG Digital Camera_146 

Ada juga teksi kat airport ni kalau tak nak naik minibus ni. Tapi harga boleh tahan mahal juga around RM50-RM60 kalau tak silap saya.

 

Satu lagi transport untuk tujuan pusing-pusing masa kat Phuket nanti boleh sewa sama ada motor, kereta atau nak naik tuk-tuk pun boleh.

For me, I prefer untuk sewa motor je sebab murah dan senang dah berjalan-jalan. Rata-rata harga sewa motor dekat area Patong RM25 untuk sehari. Tapi I sewa dekat hotel yang I duduk (SM Resort) so dapat RM20 sahaja. Tapi agak leceh sikit sebab kena tinggalkan passport. Risau gak kalau apa-apa jadi nanti.

 

Recovered_JPEG Digital Camera_210

Salah satu motor yang disewakan. Comel kan.

           

Recovered_JPEG Digital Camera_211

           

Dekat Phuket ni banyak tempat-tempat yang menarik. So make sure bila dah sampai sini nanti sila lah explore tempat ni tau. You will love this place to the max! Later I cerita tempat mana yang patut dan wajib pergi pula.!

 

2. Makanan

     

Untuk makanan I rasa macam agak susah sikit nak cari makanan halal. Ke I yang tak pandai nak cari ni? Pergi mana-mana kedai mesti ada por*! ewww…ewww!

 

First kedai halal yang I jumpa kat Jungceylon kedai roti. Time tu memang dah lapa giler sebab sampai pun dah tengah hari. Belum lunch pun lagi. Jadi belasah je la makan roti pisang dulu. Roti pisang kat sane memang sangat sedap. Tambah chocolate sauce lagi bertambah-tambah sedapnye.  Recovered_JPEG Digital Camera_244  Ouh ye..kedai ni betul-betul dekat depan Jungceylon punya mall. Dekat je dengan entrance mall tu.Recovered_JPEG Digital Camera_251

 

Kalau nak cari masakan goreng-goreng, berhadapan Jungceylon ada macam pasar basah tapi kena naik tingkat satu. Kat situ ada food court dan cari kedai F2-04. Pakcik ni pandai cakap melayu.

 

CameraZOOM-20120211105958960

Kena masuk pasar basuh dulu then amik escalator ke tingkat 1.

           

CameraZOOM-20120211110615280

Ni dia kedai yang halal dan sedap tu. Tapi sebelum tu kena beli kopun dekat kaunter yang disediakan.

 

CameraZOOM-20120211110108549

Pakcik ni pandai cakap melayu dan kebanyakkan nasi dan lauk sama macam kita punya kat sini.

   

CameraZOOM-20120211110200245

 

Harga kat sini average. Tak murah dan tak mahal sangat. Tapi I sangat berpuas hati sebab portion sangat banyak.

 

CameraZOOM-20120211110142170

Sambal belacan..oww yeahhh

 

CameraZOOM-20120211111454663    Favorite I, tomyam mesti tak tinggal.

 

   CameraZOOM-20120211111443099 Yup..memang betul la tomyam orang Thailand ni memang sedap betul la.

 

Selain tu, kedai yang paling famous orang Malaysia suka pergi kedai Kusuma. Nak baca review dari I, boleh baca kat sini .

 

Kalau korang rajin nak explore, boleh pergi ke area Masjid. Kat situ I orang cakap banyak kedai-kedai halal yang sedap. My friends yang rajin pergi sana selalu makan kat situ. Tapi I tak pernah jumpa la pulak kan..heheh.

Dekat Jungcylon levell bawah ada juga foodcourt. Kat situ ada kedai halal (Resource from a friend of mine)

 

 

3.Travel Agent

           

Bila sampai ke Phuket, macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan seperti Island Tour, Fantasea, Simon Cabaret dan banyak lagi. Untuk aktiviti ini, boleh la beli pakej yang di sediakan oleh travel agency kat Phuket. Kat sana memang bersepah travel agent especially dekat Pantai Patong. Tapi jangan la beli melalui travel agent dekat airport sebab mahal mencekik.

 

Better cari dekat Pantai Patong yang jauh lebih murah dan boleh bargain lagi. I dapat pakej untuk ke Phiphi Island RM100 (speedboat) dan juga Pha Nga Bay (James Bond Island) pun RM100. Mula-mula tu biasa la diorang akan bukak harga mahal tapi pandai-pandai la bargain. Pakej ni memang sangat puas hati sebab semua complete dari pick-up dari airport sampai la balik.

           

Pakej untuk ke Pha Nga Bay include:

- Kenderaan yang pick up dan hantar ke hotel

- Pha Nga Bay Trip with Big Boat. Pergi 4 Island (Panak Island - James Bond Island - Khao ping Kan - Hong Island - Back to Jetty Mhark Prok pier)

-  Lunch Buffet di atas kapal

  

Pakej ke PhiPhi Island pula I dapat yang pakej menggunakan speedboat. Perjalanan lebih pantas dan laju. Kalau naik yang big cruise tu perjalanan nya agak perlahan.

  

Pakej PhiPhi Island include:

- Kenderaan pick up dari hotel dan transfer ker pier

- Lawat 5 tempat (Maya Bay – Monkey Bay – Viking cave – Loh Samah Bay - Phiphi Don Island (untuk lunch buffet) – Khai Nai Island

- Mask, Snorkeling, Life Jacket

- Tour Guide

Recovered_JPEG Digital Camera_575

Ni travel agent yang I amik. Service surperb dan sangat-sangat puas hati. Layanan memang mesra alam.

            

Cukup tak? Nak lagi? Later sambung kay..

            

Bye!

www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain