Monday, August 12

Tempat-tempat menarik di Bali

Assalammualaikan w.b.t 

Rasanya belum terlambat nak mengucapkan Selamat Hari Raya kepada muslimin dan muslimat semua. Masuk hari ni dah 5 hari kita beraya dan dengan ini, saya ingin mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau pernah terkasar bahasa atau terguris persaan.

Btw..untuk entry ni I nak share sikit cerita Bali. Di sebabkan I ada mood nak update blog, jadinya di sini I nak list kan tempat-tempat yang menarik yang harus dilawati ketika berkunjung di Bali sebab ramai yang tanya apa yang menarik kat sana. For me..banyakkkk sangat tempat-tempat yang menarik kat sana. All I can say, Bali memang merupakan tempat yang sangat romantik dan emang nya nyaman sekali. Lagi satu, kat sana terlampau banyak temple kerana majority rakyatnya beragama hindu. 

Di sebabkan terlampau banyak tempat menarik, I list down kan my top 5 place dulu ye.

1. Kuta / Legian

Actually Kuta dan Legian ni jalan yang terletak bersebelahan saja. Hotel-hotel banyak terletak di kedua-dua jalan ni. Dari hotel backpackers hingga lah hotel yang paling mahal ada kat sini. Apa yang menarik kat sini, tempat ni memang happening dengan kedai-kedai jualan yang buka sampai malam. Kedai message, salon, shopping mall, salah satu mall yang menarik ialah Beach Walk. Dah sampai Bali kena la pergi spa kat sana. Kalau tak pergi, baik tak payah datang Bali.

Manakala untuk foreigner dan orang-orang muda mesti suka lepak di Legian sebab ada banyak pub dan kelab-kelab malam. Jangan tak tahu, kat jalan ni ada jugak fast food restaurant (Mcdonald's) yang dibuka 24jam.  




Kalau minat surfing, pantai Kuta dan Legian memang sesuai untuk amature sebab ombak kat sini manja-manja je. Ouh..hari tu I tak sempat nak mandi manda pun sebab masa banyak di habiskan untuk jalan-jalan dekat area Bali ni.

2. Pura Tanah Lot



Tanah Lot ini terletak kira-kira 20km dari Denpasar. Tanah Lot merupakan salah satu kuil yang terletak di laut. Apa yang menarik nya, apabila air laut surut, pelancong boleh berjalan kaki pergi ke kuil. Tapi kalau air pasang, boleh tengok dari jauh je la sebab laluan akan dipenuhi air dan kelihatan seperti pulau yang cantik. Pemandangan ketika matahari terbenam pun boleh tahan lawa juga di sana. Masa boleh dihabiskan dengan jalan-jalan di kawasan Tanah Lot dan ada juga ada banyak gerai yang menjual cenderamata di sana. Make sure mintak tawar nanti tau. Bayaran untuk masuk kalau tak silap dalam 30,000Rp.



3. Pura Luhur Uluwatu 




Another temple dengan berlatar belakang kan pemandangan yang sangat menarik ok!. Sumpah tak tipu. Terlampau lawa sangat. Perjalanan mengambil masa kira-kira 1jam 15 minit dari Kuta. Temple ni terletak di atas bukit dan di bawah nya terhidang dengan lautan yang luas. Bayaran masuk ke Uluwatu sebanyak 3,000Rp dan setiap pelawat haruslah memakai sarong yang disediakan.




Di sini juga akan ada persembahan Kecak dance setiap kali matahari hampir terbenam. Bayaran untuk menonton Kecak dance ini sebanyak 70,000Rp seorang. Tapi make sure datang awal sebab boleh amil gambar banyak-banyak sebelum menonton kecak dance. I sampai dalam pukul 5 lebih dan rushing untuk ambil gambar dan lepas tu cepat-cepat cari seat sebab kalau lambat sikit seat semua penuh. Tapi memang fullhouse pun waktu tu walaupun hari-hari biasa.




Berhati-hati dengan barangan berharga uollss sebab di sini banyak monyet yang nakal-nakal yang amat. Habis nanti semua barang di ambil oleh mereka-mereka ini.

4. Jimbaran




Tempat ni I sangat sangat sangat rekomen kalau nak ber romantik sakan makan malam di tepi pantai. Jimbaran terletak kira-kira 20 minit dari Legian. Banyak restoran di sepanjang pantai ini yang menghidangkan makanan laut dan makanan akan di sediak dan dihidangkan di tepi pantai. Makan malam sambil diterangi lampu lilin dan berlatar belakangkan deruan ombak ..ohhh..memang kenangan yang paling manis ok! Di samping tu juga, turut di sajikan dengan alunan dan tarian traditional rakyat bali oleh pihak restaurant.






Dari segi harga pula..hurmm...boleh tahan mahal juga. Mungkin sebab tempat ni dah commercialize dan memang popular di kalangan pelancong.


5. Ulun Danu Temple

Perjalanan lebih kurang sejam lebih dari Kuta. Apa yang menarik di sini ialah permandangan dan landscape yang sangat indah ditambah pula suhu yang agak dingin. Temple ni terletak di tepi tasik yang berlatarbelakang kan gunung membuatkan tempat ini bertambah menarik. Kalau bertuah,  mungkin dapat lihat bagaimana mereka melakukan aktiviti penyembahan.











Kalau tak silap, ni upacara Melasti iaitu di mana pada hari tersebut, umat Hindu memakai pakaian berwarna putih dan melakukan sembahyang dengan tujuan untuk menyucikan diri dari segala perbuatan buruk di masa lampau




Sampai sini saja entry untuk kali ini. Nanti I sambung lagi untuk tempat-tempat yang lain pula ya dalam entry yang baru. Hopefully entry ni tak memboring kan uolls..hehhe
www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain