fb Twitter

Thursday, February 24

Tips untuk penggunaan dan penjagaan contact lens

iyrin

*im using contact lens Dollyeye Celeb Nudy..Interested can contact me*

 

Knowing me, contact lense and I seperti aur dengan tebing, seperti langit dan bintang. Memang tak boleh dipisahkan. Eceh..yo yo oo je. Kalau nak pakai kene betul-betul berdisiplin. Tak boleh sambil lewa je sebab melibatkan mata. Tapi jangan la pula sampai takut nak pakai. Ok je bila dah biasa pakai dan jaga dgn betul. Tau tak, kalau tak jaga dengan elok..senang kene infection. Dulu masa baru-baru pakai contact lense and tak tau camne nak jaga sampai 4-5 kali setahun kene infection and kene tadah telinga dengar bebelan doktor..wtf..bosan tau! Mata merah, berair-air dan perembesah tahi mata non stop. Sampai nak bukak mata pun tak boleh sebab terlalu bengkak. Yes, I know..Geli kan!

 

DSC_6649

 

Tapi sekarang jarang ada masalah mata..i’ve learnt through experience. Dah terkena baru nak insaf.

 

1. Sebelum memakai lense, make sure tangan bersih dan cuci lah tangan dahulu. Macam I selalu buat, lepas mandi I akan terus pakai atau cabut contact lense. Boleh menggelakkan bakteria atau kuman berpindah kepada contact lense kita. Salah satu sebab dulu I kene infection dulu sebab selalu terlupa nak cuci tangan dulu. Kan dah mendapat. Tapi jangan pulak basuh dengan sanitizer! Memang cari penyakit tu.

 

2. Dinasihatkan penggunaan lens untuk tempoh masa 8 jam sahaja. Jangan pulak pakai sempai esok pagi. Boleh merosakkan mata. Untuk yang baru berjinak-jinak, pakai untuk beberapa jam saja untuk serasikan mata dengan lens. Penting untuk tanggalkan contact lens sebelum tidor. 

 

3. Cepat-cepat cabut lens kalau lepas pakai mata rasa pedih atau gatal. Basuh dengan bersih lens dullu dengan menggunakan Multi-purpose solution. Jangan la pulak pergi basuh dengan air paip –_-“ sebab air paip mengandungi bakteria. Kalau lens terjatuh pun kene bersih kan semula dengan Multi-purpose Solution tau!

 

4. Make sure pakai lens sebelum make up dan tanggalkan lens sebelum nak mencuci make up di muka. Simpan di dalam bekas khas. Bekas lens tu pun hendak lah hari-hari di cucikan.

 

5. Bagi yang jenis jarang-jarang pakai contact lens, solution tetap kene tukar kan juga supaya bakteria tak beranak pinak nanti.

 

6. Jangan..saya ulangi JANGAN berkongsi contact lens dengan sesiapa pun even your BFF pun tak boleh!

 

Peringatan:

      • Sekiranya ada masalah dengan mata, gatal-gatal atau mata merah, segera lah berjumpa dengan dokter supaya tak meleret nanti.
    •  

    • Kalau boleh, elakkan menggunakan contact lense semasa mandi di swimming pool. Tengah seronok buat kuang lentang dan berenang kupu-kupu tiba-tiba terlanggar dinding sebab mata kering sampai tak boleh buka. Air klorin memang cepat mengeringkan mata.
    •  
    • Sekali sekala bagi mata pun nak berehat juga. Hari-hari pakai lense memang penatkan. Jadi untuk pakai la kaca mata (bg yang rabun) untuk seminggu dua supaya dapat bernafas.

 

 

 

www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain