Tuesday, April 17

Tips melancong ke Phuket cara orang bujang yang budget

Ok!. Tajuk memang tak boleh blah. Tapi ini memang mengikut cara-cara orang bujang macam I berjimba ke Phuket. Biasalah bila nak bujang tak banyak halangan dan karenah sangat. Mana kaki nak tuju kita ikut kan je. Nak pergi mana, bila, pukul berapa ..boleh je tapi with limited budget la kan. Please bear yang I tak menggunakan khidmat mana-mana travel agency. Semua perjalanan di uruskan sendirian berhad.

 

Flight ticket

First of all dan yang paling penting sekali mestila dapatkan flight ticket. Untuk dapatkan ticket yang murah, cepat-cepat grab masa AirAsia tengah buat promotion. Tapi kena tunggu setahun la baru dapat travel. Tak pe I tak rushing pun nak pergi awal-awal. Masa dah nak berangkatan tu, jangan lupa buat web/mobile check in tau walaupun kaunter caj RM10 telah dimansuhkan. Tak ada la kalut-kalut nak beratur nanti bila dah sampai airport sebab masa I kat sana tempoh hari kemain panjang nau beratur dekat kaunter manual check in. Dapat juga menjimatkan masa bila dah buat web/mobile check in, 45 minit sebelum penerbangan pun masih boleh masuk lagi. Untuk luggage pula, I hanya memikul backpack saja untuk pakaian 5hari 4 malam.

 

airport

 

Waktu yang sesuai

Keduanya, pilih waktu yang sesuai untuk bercuti ke sana. Paling yang amat sesuai sekali masa peak season. Waktu ni memang time tengah panas terik dan cuaca pun ok. Tapi nescaya lah harga setiap benda kat sana naik secara mendadak termasuk la harga hotel. Untuk mengelak kan kekecewaan, jangan pergi pada bulan-bulan monsoon iaitu dari bulan May sehingga October kerana cuaca dan laut tak menentu.

  

Low Season from May 01 to October 31
Mid Season from November 01 to December 19
Peak Season from December 20 to January 10
High Season from January 11 to February 20
Mid Season from February 21 to April 30

 

I bercuti pada bulan February lepas and I rasa harga makan agak mahal walaupun makan dekat gerai tepi jalan je because of high season. Tapi cuaca memang sangat elok. Cerah dan panas sesuai untuk aktiviti outdoor.

  

Hotel

Actually I dah lama kenal dengan agoda, hotelscombined dan sewaktu dengannya. Tapi di sebabkan ragu-ragu, sebab tu lah tak pernah guna langsung. Bukan apa, I cuma risau bila dah beli online nanti hotel kat sana capture ke I punya booking tu. Buat nya tak ada bila sampai sana macam mana? Kalau semua hotel dah fully book macam mana? Kalau duit tak boleh return balik macam mana? Hurrmm.. penuh dengan negative thinking kan. Cekal kan hati I beli juga sebab memang tahu time sampai sana waktu high season dan mesti ramai orang dan harga pun lebih mahal dari biasa. I suka guna hotelscombined sebab ada comparison dari segi harga. So senang nak pilih yang paling murah. Kalau bernasib baik boleh dapat discount lagi dan mungkin lebih murah dari walk-in!

  

Phuket28_thumb

  

I buat full payment untuk Thai Classic House dan SM Resort menerusi Agoda. Then Agoda akan emailkan kembali confirmation. Kita hanya perlu print out confirmation dan tunjukkan bila nak check-in kat sana nanti. I was quite impressed sebab sangat senang untuk check-in. I just tunjukkan kertas tu dan terus diberikan kunci bilik tanpa apa-apa deposit pun. How good is that?. Sampai sana just prepare duit untuk belanja harian saja. Kenapa lah dari dulu lagi I kat pernah guna service ni. Selalu menggunakan cara yang lama iaitu call direct ke hotel untuk book. Cost untuk call mahal pula plak tu. Kalau proses sekejap tak pe..ni kena hold on the line lagi.

  

Nak tau lagi tips cara orang bujang yang budget? Nanti I share lagi dekat next entry ye..

  

Thanks for reading.

www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain