fb Twitter

Friday, August 8

Tempat-tempat menarik di Bali (Bahagian 2)

Ni sambungan untuk post sebelum ni. Baca sini.


Ada beberapa tempat lagi yang kira-kira agak menarik pada pandangan aku sendiri. Ada tempat yang aku sempat pergi dan banyak lagi tempat yang belum kaki ini jejaki lagi.


1. Temple

Di Bali ada banyakkkkkk sangat temple. Jalan sikit temple. Jalan depan lagi nampak temple. Pusing kiri kanan pun temple. Eh..berapa banyak weh temple. Dekat sana minority beragama hindu. Jadi jangan lah terkuzat plak. Memang permandangan biasa di sana. 

Sempat singgah beberapa temple yang ada di sana. Uluwatu, bedugul dan tanah lot pun temple juga. Sekadar untuk menjamu mata dan mengagumi senibina dan ukiran temple tersebut tak salah kan? Kalau ada minta donation untuk temple boleh donate ke? Confuse sekejap. Sebab nanti macam kita support cara menyembahan mereka pula yang sah-sah menyembah patung.

Kebanyakkan temple-temple di sana memang agak menarik design dan lokasinya. Ada atas air, tepi tasik, atas bukit. 




singgah sekejap dekat Temple ni







2. Kintamani 

Nak tengok gunung berapi Mount Batur yang aktif boleh pergi ke Kintamani. Lokasi agak jauh dari Kuta. Kira-kira sejam lebih perjalanan. Kawasan ni lebih kurang atas bukit. Kena pula time sampai tu hujan baru berhenti. Sepoi-sepoi bahasa angin bertiup.


Kalau yang pencinta alam boleh la datang sini. View memang awesome. Tengok dari jauh pun jadi lah.




3. Tegalalang

Ni juga salah satu tempat yang kena pergi lawat kalau ke Bali. View yang kehijauan dan kedesaan ni merupakan padi bukit yang terletak di Tegalalang. Lebih kurang sejam dari Bali. Rasa nya bila dah sampai Bali memang wajib bergambar kat sini. Tak complete rasa kalau tak ada gamba kat sini. 

Jangan lupa masuk kat dalam list itinerary ok :)





4. Nusa Dua

Nusa dua ni tak sempat nak pergi tempoh hari. Tapi dari cerita rakan-rakan, tempat ni agak menarik sebab ada banyak water sports di pantai Nusa Dua seperti scuba diving, flying fish, para sailing, jet skiing. Kedengaran lebih meriah dari pantai kuta dan Legian nampaknya. Ok!..kena repeat ni.

Selain itu, banyak juga aktiviti lain yang boleh di buat seperti shopping, massage dan sight seeing. Pantai pun lebih cantik dari Kuta.  


5. Blue point Beach

Tempat ni dah lama sangat teringin nak pergi. Hari tu pergi bali sekejap sangat tak sempat nak pergi tempat ni. 

Let's picture do the talking. Shall we?


- pic googled



Emang nya sudah jatuh cinta sama ini tempat. Please share kalau ada sesiapa pergi sini. 


6. Rock Bar

Tempat ni pun dah termasuk dalam 'To Go' list. Rock bar ni merupakan resort yang terletak di Jimbaran. Hari tu pak supir tak bawak pun ke sini. I am sad :( . Tempat ni sesuai untuk lepak-lepak dengan sahabat handai atau keluarga sambil layan sunset. 

I pernah baca, kalau tak duduk kat resort tu pun boleh masuk kat Rock Bar ni.

 - pic from tripadvisor

Cantik kan!! *Terbayang duduk atas tu layan ombok sambil tangan memegang segelas air* syahdu beb



Actually Bali ada banyak lagi tempat-tempat yang cantik kena pergi. Kalau pergi 3-4 hari memang tak cukup untuk cover semua tempat ni. Kena repeat 4-5 kali kekdahnya. 



www.tips-fb.com

Thursday, August 7

Thailand 2014 : Krabi - Koh Phi Phi [Part 1]

Tak tahu la kenapa suka sangat holiday ke Thailand. Dekat Thailand ada banyak sangat pulau sebab tu la rasa tak puas ke sana. Lagipun tiket flight murah, tempat tinggal murah sesuai la untuk aku yang konon-konon backpackers ni. 

Actually bulan 3 hari tu pergi ke Krabi. Tapi dah lama sangat peram baru sekarang  ni nak update dalam blog. Kali ni bercuti selama 6 hari di Krabi. Koh Phi Phi manyak syok wooo kalau nak di bandingkan dengan Krabi. Siapa-siapa kalau pergi ke Phuket atau Krabi, I suggest try la spend 1-2 malam di Kohphiphi. Kalau islang hopping saja memang tak puas.

Hari pertama: Krabi Town
Hari Ke-2- hari ke-4: Koh Phi Phi
Hari Ke- 4 - hari ke-6 - Aonang

Seperti biasa, naik flight dari LCCT dan perjalanan memakan masa 1 jam kalau tak silap. Sampai di Airport Krabi, terus cari bas untuk sampai ke Krabi Town.

Cadang nya untuk hari pertama tu memang nak pergi terus ke Koh Phi Phi. Tapi risau takut tak sempat untuk kejar feri paling terakhir sebab sampai airport pukul 3 ptg. Feri terakhir untuk ke Koh Phi Phi pukul 4 petang. Jadi decide untuk stay 1  night di Krabi Town saja. Kebetulan ada night market boleh la shopping sikit.

Bas dari Airport ke Krabi town tak mahal. Dalam 180Baht (lebih kurang RM18) sahaja. Boleh beli dekat kaunter di Aiport lepas dah selesai di bahagian immigration. Perjalanan dari Airport ke Krabi Town mengambil masa 15minit saja. Tapi mereka tak hantar betul-betul la depan guesthouse, kena jalan kaki dalam 5 minit untuk sampai ke Guesthouse. Kami di suruh turun di tempat yang sama mereka turunkan untuk yang nak terus pergi ke KohPhiPhi. Tapi gwe ok je. Jalan tak jauh pun dari tempat yang ditinggalkan tu.

Untuk first night di Krabi, pilih untuk tinggal di Banto Guesthouse . Rate dapat tersangat lah murah. Dapat RM40 untuk bilik kipas dan tanpa TV. Bilik dan toilet memang besar dan selesa walaupun kipas saja. Staff pun friendly. Location wise pun sangat senang untuk ke Night market dan dekat dengan kedai makan. Memang sengaja cari bilik paling murah untuk mengurangkan cost. *Nora bagi 4 bintang!* Murah-murah pun tapi bilik macam hotel 3 bintang. Kalau harga camni standard motel buruk kalau kat KL. Tu pun kalau ada lagi harga macam tu.




                                                               *gambar dari  Tripadvisor


Nak pergi ke night market boleh jalan kaki saja kira-kira 10 minit dari guesthouse ni. Kedai makan halal pun ada dekat dengan guesthouse. Owner kedai makan tu fasih berbahasa kelantan. Senang nak riki-riki tempat kat sana.


Siap Check-in terus keluar semula cari makanan. 

Ni sekitar Krabi Town


Actually dekat Krabi Town tak ada apa yang menarik pun. Attraction nya night market tu je la. Baju dan souvenir lebih murah dari dekat Aonang. 

Berduyun kereta. Nak shopping la tu



Kat sini banyak kali terserempak dengan orang Malaysia. Eh rasa mcam dekat jalan Tar plak. 







very the comel. colorful plak tu


Kat night market ni senang nak dapat makanan halal sebab ramai muslim kat sini. So makanan tak jadi masalah pun kat sini. Nasi kerabu pun ada. 


Layan kejap bapok show. Makeup sekati badan plastik! 

Dapat beli 5-6 helai jugak baju dekat sini. Design pun lagi cantik kalau compare dekat Aonang.

Balik tu terus kemas bag untuk ke Koh Phi Phi pula keesokkan harinya jam 8 pagi . Tiket dah beli terus dari guesthouse dengan harga 500baht (termasuk mini van - feri pergi dan balik). Pihak guesthouse ni ada sediakan juga untuk pakej-pakej yang lain. Senang untuk deal terus dengan mereka.


Bersambung. 
www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain