fb Twitter

Friday, May 30

Tunang, nikah dan sanding

Sape pernah buat majlis tunang, nikah dan sanding pada hari yang sama? Cuba share skit. For sure memang akan penat punya tapi nak tahu sapa-sapa ada pengalaman buat majlis serentak macam ni.  www.tips-fb.com

Thursday, May 29

Perjalanan untuk menjadi lebih fit dan sihat

Remember my post here?. Dalam entry ni I just nak share how I tone my body especially my thighs and legs. Untuk kurangkan berat badan, diet dan workout is a must!. Tak boleh pilih salah satu tau. Kalau diet saja tapi tak workout still you won't get badan yang di impi-impikan. Kalau workout 5 kali seminggu tapi tak jaga diet badan tetap akan macam tu juga. Diet dan workout haruslah seiring dan sejalan. Satu lagi, diet bukan bermaksud skip makan, tapi makan makanan yang berkualiti untuk badan. Untuk sehari, I akan makan sebanyak 6 kali dalam kuantiti yang kecil.

Ok. Meh cerita pasal workout dulu. Pada permulaannya, I memang tak suka sangat workout. Nak jogging pun malas. Sampai satu tahap bahagian pinggang dan ke bawah makin lama makin membesar. Tapi badan kecil pula. Nampak tak macam tak balance kan. Dulu pun nak makan I belasah je nak makan apa pun. Nasi memang tak boleh tinggal punya. Luckily I found my soulmate (Mr.Q), dia yang galakkan untuk I bergiat aktif bersukan..cewahhh. Mr.Q, memang jenis akan habiskan 5-6 kali seminggu untuk gym. So badan memang dah katang dah. Mana boleh tahan beb, badan dia makin lama makin taff, badan gue pulak makin lama makin membolat. pergghh..jatuh la market cenggini.! 

So slowly I start dengan swimming. Dulu I lagi suka swimming dari berjogging sebab mudah semput kalau berlari. Nampak sangat stamina bersepah. Lebih kurang 2 bulan juga I swimming. Kemudian I start pula masuk gym. Tu pun cari gym yang bayar walk-in. Tak koser den nak pergi gym yang kena bayar monthly tu sebab registration, gedebak gedebuk semua dah beratus-ratus. Most of the time I memang gym sorang-sorang. Kadang-kadang je I akan gym sekali dengan MR.Q. Yup, memang tak dapat nak dinafikan akan ada seribu satu alasan bila nak gym. Rasa malas la, rasa penat la, rasa lapa la..last-last terus tak pergi. Sebab tu kalau boleh cuba cari partner sorang supaya tak bosan dan boleh jadi supporter.

I keep pushing myself sampai la satu tempoh semangat untuk bergym tu sampai. Alhamdulilah, sampai sekarang I boleh maintain untuk workout 4-5 kali seminggu. Perlu disiplin dan konsistent untuk dapat kan result yang diingini. Jangan mudah putus asa dan jadikan aktiviti bersukan sebagai keperluan hidup.

My main concern adalah untuk kecilkan bahagian peha. Ni memang masalah utama dari dulu lagi. Jadi I akan buat cardio + weight training. Tak ada workout untuk hilangkan lemak di bahagian tertentu. Kalau nak hilang/kurangkan lemak, kena banyak kan aktiviti cardio (swimming, jongging, berbasikal, aerobik, boxing) Untuk workout routine pula, I buat setiap bodyparts tapi akan bahagian mengikut hari.

Selasa : Back + Abs 
Khamis: Leg + shoulder
Sabtu: Chest + Tricep + Abs
Ahad: HIIT cardio

Setiap kali lepas workout, I akan sudahi dengan jogging selama 20 minits. Seminggu sekali akan buat HIIT (high-intensity interval training) dan plyometrics. Kenapa I buat setiap bahagian badan, supaya lebih balance dan uppper body lebih kuat dan paling penting untuk build muscles.

I tak suka nak habiskan masa berlari berjam-jam atas treadmill saja sebab cepat bosan dan tak puas. Tapi I tengok kebanyakkan perempuan suka sangat main treadmill tak pun mengayuh basikal. Bukan tak bagus, treadmil dan berbasikal memang elok sebagai cardio  dan menjadi lebih fit dan badan akan jadi slim saja. Untuk dapatkan badan yang  lebih tone, cuba selang-selikan dengan weight training/ body weight training untuk membina kekuatan dan develop muscles. 

Tapi rata-rata perempuan sangat takut untuk buat weight training sebab takut jadi badan sasa ketul-ketul macam laki kan, takut peranakan jatuh dan sebagainya. Trust me, badan perempuan tak akan jadi ketul-ketul macam tu sebab kita kurang hormon testosterone. Even kalau perhati laki yang jenis main gym pun, badan durang sebenarnya susah untuk besar dan ketul-ketul tu walaupun dah main bertahun-tahun ni kan pula kita yang perempuan ni.

Kalau nak dapatkan bontot tinggi yang pejal, badan yang lean dan perut yang sexaaayyyyy cuba lah try weight training. Kalau nak tahu, weight training amat berkesan untuk membakar lemak sebab otot akan terbina. More muscles = less fats. Lagi satu, badan with more muscles akan rasa lebih ringan, tak mudah penat dan sentiasa bertenaga berbanding badan yang banyak lemak. Mana satu nak?



For beginner, start dengan yang ringan atau gunakan body weight saja dulu untuk dapatkan strength dan form yang betul. Lepas tu boleh lah tambah berat sedikit demi sedikit bila dah dapat kan kekuatan. Jangan paksa diri kalau tak mampu nak angkat berat takut nanti dapat sakit yang lain pula. Buat sekadar yang termampu atau make sure ada coach untuk membantu. I banyak belajar melalui youtube, instagram dan suka tanya orang untuk dapatkan foam yang betul dan macam mana untuk hit muscle dengan lebih effective.



 Semua laki sado kat situ. Aku sorang je perempuan. Peduli la orang nak cakap ape pun yang penting sihat luar dan dalam dan I just hope dapat mengekalkan begini sampai bila-bila.

so...Lets workout!


Next, I share dari segi pemakanan pula ye .

psstt.. 7 months to go..badan kena maintain


www.tips-fb.com

Krabi - Koh Phi Phi

Percutian yang ni pun I belum blog kan lagi. Travel pada bulan 3 tempoh hari. Nanti I sambung ye.

Baca sini:







www.tips-fb.com

Tuesday, May 20

Koh Phangan, Koh Toa & Koh Samui [Part 3]

Thank you banyak-banyak sebab ada yang rajin message2 I share pasal travel experience uoolsss. Seronok dengar cite korang. I lap u lah!

Ni entry last untuk travel tempoh hari. Travel bulan 11 tahun lepas..bulan 5 ni baru la nak kuar dalam blog..nampak tak..nampak tak.. punya la malas nak update blog.

Ni previous entries:

PART 1
PART 2

Walaupun travel selama 12 hari, tapi dalam blog ni I cut short la jadi 3-4 entry je ye. Sebab most of the time memang tak banyak aktiviti buat kat sana. Nama pun bercuti di pulau, so aktiviti bersantai saja la. Eat, sleep, wake, repeat. Kalau hari-hari macam ni kan best.

5 hari dekat Koh Phangan, 3 hari dekat Koh Tao dan balance tu cuti tu habis kan dekat Koh Samui. Kalau nak tau, tiket feri dan transport semua I beli kat sana je. Cuma hotel I arrange dari sini awal-awal sebab malas nak tercari-cari bila dekat sana. Tau-tau bilik dah tersedia.

Back to the story, di Samui I decide untuk duduk di kawasan Chaweng. Nanti bila dah sampai jeti di Koh Samui akan ada banyak teksi, van dan bas. Time ni kena pandai-pandai tau. Kalau salah pilih durang akan kena kan harga yang cekik darah punya! Make sure tanye dulu sebelum naik mana-mana transport. Ulat-ulat pun bersepah kat sana. Kalau nak jimat kena cari mini van yang share ramai-ramai tu. Biasa harga dalam 100-150 Baht macam tu je. Tapi kena cepat la. Keluar-keluar feri tu terus cari. Kalau tak nanti dah penuh. Kat sini tak ada kaunter tiket untuk van. Kalau ada orang offer tu pandai-pandai la kawtim harga. 

Waktu dah menunjukkan pukul 7 malam dan hujun turun rintik-rintik. Kat sana pukul 7 tapi macam dah pukul 9 je. Sana malam awal. Kitorang kira orang last yang keluar dari feri dan kebanyakkan van dah penuh.  Nasib baik kebetulan ada lagi bas yang ada seat cukup-cukup untuk 4 orang. Dari jeti ke Chaweng perjalanan lebih kurang 30-45 minit camtu. Pantai Chaweng ni kira tempat tarikan utama selain Lamai.


Sampai Chaweng terus cari hotel. Biasanya van/bas yang naik akan hantar betul-betul depan hotel. Tapi sebab I bagi tau driver bas berhenti dekat Chaweng je sebab nak cari sendiri hotel nanti. Konon-konon independent la sangat kan. Sekali sesat barat. 

Hujun turun dengan lebat. memang stuck tak boleh nak buat apa-apa


Kali ni decide duduk dekat hotel Lek City Hotel. Hotel ni betul-betul dekat tengah-tengah Chaweng dan berdekatan dengan Ark Bar. Semua ada dekat sini. McD, 7e-eleven, restaurant semuanua walking distance je dari hotel. Happening beb kat Chaweng ni. Kalau malam-malam lapar boleh beli makanan dekat 7-e.  Cuma kalau nak beromantika mungkin sedikit tak sesuai la kot. sebab hotel ni betul-betul mengadap club bapok. Nanti terganggu tidur uolls plak kan. Dan kadang-kadang boleh dengar sayup-sayup bunyi bising. Gwe jenis tak kisah sebab duduk dalam bilik dan bila dah lewat malam baru sampai bilik. Panjat katil sure tertidur terus. 

Moulin Rouge ni la club bapok tu. Hari-hari asik tayang bon2 -_-'. Naik jemu dah. Memang terpaksa menempuh mereka-mereka ni kalau nak pergi mana-mana.


ni haaaaaa...permandangan normal tiap kali nak balik ke hotel. Hotel yang duduk tu kena masuk lorong dalam nun. Tapi toksah risau...ada time2 tertentu je durang tersidai kat depan ni. 



Nampak tak signage Lek City Hotel kat kiri tu. Best tak best hotel kitorang ni. Memang betul-betul kat tengah Chaweng.

Satu lagi makanan kat sana memang mahal, tak sedap dan susah nak cari kedai yang halal. Ahaks! Ke mungkin sebab kitorang yang tak pandai cari kedai. Sekali makan dekat restauran arab mesti tak lari dari RM15-20. Tu baru sekali makan. Kalau 3-4 kali makan untuk 12 hari pokai beb. Memandangkan I ni kan backpackers, nak jimat I beli instant food dekat 7Eleven. Tu pun dah sampai Samui baru discover 7E ada jual makanan instant ni. Boleh suruh pekerja mereka untuk panas kan. Instant food ni ada tanda halal tapi ada juga yang tak ada. Kena tengok betul-betul masa beli tu. Favorite I spegetti yang lagi best dari kedai makan. 1 pek spegetti baru 40-50bath saja. Memang dapat jimat banyak.

Memandangkan first day di Samui hari hujan, habiskan masa dalam bilik je la. Ok. Wasted my first day -_-'


Dekat Samui ada banyak travel agency. Boleh pilih aktiviti apa yang korang nak buat. Nak pergi island hopping boleh, safari tracking ada, ATV, naik gajah. Macam-macam la sebenarnya boleh buat. Tapi I just prefer untuk sewa motor dan round-round sendiri je pulau tu. Lagi best sebab setiap pelusuk boleh pergi. Sampai ke pasar basah durang pun I menyinggah. Sekali nampak 'kambing pendek', terus nak termuntah.



Motor ni sewa dari hotel. Dapat 250bath. Kalau amik dari luar mungkin 200bath dah boleh dapat dah. Disebabkan I malas nak cari kat luar dan kena tinggalkan passport pula so sewa je hotel punya je la kekdahnya. 

So second day tu kita ronda naik motor saja. Dapat motor, first sekali yang dicari kedai halal dekat depan Hospital sebab ramai forumer suggest kedai tu.


Tapi...sangat kecewa. Lauk tak sedap dan mahal. Tomyam pun out. Tomyam kg Baru lagi sedap uoollsss


Next destination....


Bo Phut beach. 





Dekat kawasan Bophut ni ada banyak seafood restoran yang mengadap pantai. Halal ke tak tu den tak pasti pulak sebab tengok ala-ala gitu je. 

Ni harganya..kedai lain pun lebih kurang harga ni juga. Kat sana banyak kedai seafood tapi ada sekali dengan 'kambing pendek' tu. Cukup pakej.


Kat situ restoran cantik-cantik. Ngadap laut yang tak tahan tu

mendung sokmo. 



Ni pula kedai-kedai baju dan souvinur dekat Bo Phut. I tak beli apa-apa kat sini sebab sama je yang ada kat Chaweng..




Lepas puas pusing-pusing area Bophut, teruskan lagi perjalanan lagi. Tetiba nampak pasar ni. Laju je nak menyinggah

Tak rugi singgah sebab kat sini ada banyak gerai-gerai muslim. Masuk dalam sikit ada yang jual nasi campur. I beli ayam gorang dengan nasi kat kedai ni. Lapar nye pasal, makan simple macam tu pun dah cukup sedap dah.

Kemudian jalan lagi dan boleh plak singgah kat Big Buddha ni. Actually tempat-tempat camni I kurang gemor sikit. Tapi alang-alang dah sampai, masuk la kejap. Nasib baik tak ada mimpi ngeri malam tu.


Lepas tu terus balik ke hotel semula. Malam pula itu pula pergi ke pasar malam dekat area Lamai. Pasar malam ni kalau tak silap buka weekend je. Niat nak cari makanan, tapi sama juga yang banyak makanan non-halal je.

Found this! LOL.. funneh!!




Pakai GoPro ni amik gamba ape pun jadi unik. Bila la nak ade GoPro sendri ni. Gopro ni pun pinjam orang

Pasar malam ni sama je macam pasar malam tempat lain. Banyak jual souvenir, jual baju, painting dan makanan.


Must try!. Aiskrim kelapa. Sedap sangat! Ada isi kelapa sekali. Tak pandang kiri kanan la belasah ni sorang-sorang

There goes my second day. Kira produktif juga la kan.

For third day, pagi tu cuaca agak cerah. So laju-laju siap untuk bersiar-siar lagi. Kali ni nak pusing jauh-jauh sikit dari Chaweng. First stop...


Lamai View point.

Habis kan masa lebih kurang 30 minit kat sini sebelum hari start hujan -_-'







Mangga cinta

Time hujan tu terpaksa juga redah. Nasib baik tak lebat sangat. Nampak market ni terus singgah. Tak ingat dah ni dekat area mana. Barang-barang boleh dikatakan murah jugak la kat sini.


Kalau nak cari baju ke ape cari la kat sini. Lagi murah daripada Chaweng nun.


Untuk dinner pula, kitorang decide untuk naik je motor cari kat tepi-tepi jalan. Last-last jumpa kedai ni. Very the simple tapi makanan dia power!. Siap tambah suruh bungkus lagi. Jangan tanya dekat mana sebab I pun tak ingat. Yang I tau kedai ni memang jauhhhhh dari Chaweng.
  
Daging salai paling sedap makan dengan sambal cili yang dia buat..perghh..perghh


Malam tu banyak habiskan masa jalan-jalan sekitar Chaweng je. Lepas tu layan fire dance dengan iringan lagu yang terkini dekat Ark Bar. 


Ark bar di kala siang. Bila malam je penuh tempat ni.








Red district. Kat sini banyak club. Macam-macam jenis club ade. Gayboy club pun adooo

malam-malam lapa boleh cari pancake. Ada banyak kat sane




The next day tu habiskan masa dekat sekitar Chaweng je. Dekat setiap pelusuk mesti nak amik gambar. Layan kan je la gambar-gambar ni.



Dekat salah satu spa kat sana. Tak berapa best sangat massage sebab yang massage pun makcik. Tak rasa sangat.









Pantai Chaweng


The Library. Tak dapat nak masuk tengok swimming pool merah -_-'. Awal-awal lagi dah kena halau dengan guard.


















I minat sangat muay Thai. Tapi tak sempat nak pergi tengok. Lain kali pergi Thailand nak try amik klas muay thai la.








Selesa betul anjing ni




Tips:
- Kalau nak beli souvenir atau pun apa-apa barang dekat kedai di Thailand, lebih baik cari kedai yang local punya. Maksudnya orang local yang jaga kedai. I memang anti sikit dengan orang bangla/pakistan yang jaga sebab hampir-hampir nak bergaduh dengan pakistan ke bangla tah kat situ. Belagak macam tu tempat dia. hiksss... Memang biadap betul. Kalau dengan local people, mereka lebih tertib sikit cakap dengan tourist.
- Harga setiap kedai lain-lain. Ada yang terlebih mahal ada yang murah walaupun barang yang sama. Kalau boleh survey dulu dan bargain la semahu-mahunya.
- kalau nak bercuti sebelah sana, better pilih musim panas. Kalau hujan memang tak dapek nak buek apo-apo. Nyosal tak sudah nanti.
- Enjoy your vacation. Nak lagi sedap boleh pergi massage. Tepi pantai ada, dalam kedai pun bersepah. Tapi massage dekat Krabi lagi best dari Samui.
www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain