fb Twitter

Saturday, August 24

Ipad 4 Retina Display, 64Gb Wifi + Cellular for sell

Hi...

Selling this Ipad 4 white color Retina Display original set. Excellent condition with no scratch or whatsoever. Selling at RM2200.

Specification:
- Wifi + Cellular
- Dual-core 1.4GHz Processor with 1GB RAM
- 64 GB Internal Storage
- 9.7-inch LED IPS LCD (1536 X 2048, 265ppi) display
- 5MP rear camera and support Wifi, GPS, 3G and 4G LTE
- Non-removable battery Li-Po 11.560 mAh battery 42.5 Wh) at 9.4mm device thickness and weight 662g.







Interested please message/Whatsapp at 0123299885


www.tips-fb.com

Wednesday, August 14

From IG to blogspot

Just a random update from my IG pictures. I rasa, I lagi banyak habiskan masa main Instagram daripada blogspot, FB and twitter. Baru-baru ni IG I baru boleh upload video (I know right..lambat sangat update nak keluar sebab Android version I yang lama) makin addict la jawap nya. 



Stock untuk La Bourse Paris Shampoo. Kalau nak order message I cepat sebab stock sangat limited.

 Another testimoni from my customer yang dah gunakan La Bourse. Kalau nak tahu best ke tak, mari cuba dulu :)

What a bad day. My car di sondol oleh Saga BLM yang dengki dengan kecantikkannya. wtf. Dah la kejadian berlaku pada bulan puasa, dibawah panas terik lagi. Memang menguji kesabaran betul. Yang tambah sakit hati lagi, jalan tu memang tak busy langsung! yang ada pun hanya 2 kereta je masa tu iaitu my car and kereta apek tu. Silap nya apek tu memang tak pandang kiri kanan langsung bila nak U-turn. Terus main masuk je. Sian Danny (nama timbangan kereta saya) jadi mangsa kerakusannya.



Masa kejadian sondolan tu, I kena outstation di Taiping selama 4H3M. Sudahnya I drive 80km/j je dari KL ke Taping. Dah la drive sorang-sorang. Plan nak gerak pukul 2 petang dari KL. Tapi pukul 3 lebih baru dapat gerak sebab nak settle kan report polis. Ajak settle luar tamau apek tu. 1 by 1 la kalau berani der..ahaks. Nak buat report jugak. Amik kau..kan dah kene saman and memang confirm la insurance kereta kau kena claim.

Decided to stayed at Flamington Hotel. Hotel awal-awal lagi dah book guna Agoda. Best gila la Agoda ni. Sedar tak sedar reward I dah jadi banyak. Tak sabar nak claim reward tu. Dapat diskaun untuk hotel nanti. Hotel Flamington ni terletak betul-betul depan Taman Tasik Taiping dan memang sengaja pilih bilik yang mengadap taman tasik. View memang awesome dan bilik pun besar dan selesa! Duduk sorang-sorang dalam bilik yang besar ni agak scary juga. Dah la I ni jenis berani tak berani jugak la.

Dah sampai Taiping salah satu makanan yang harus cuba ialah Yong Tau Fu. Rasa lain dari yang dekat KL.

Alang-alang dah sampai Taiping, satu malam tu I teringin bebenor nak dinner dekat Gurney drive. Kelas kau Jah nak dinner sampai ke Penang nun. Dari Taiping ke Penang lebih kurang 1jam lebih je. Sampai sana jadi kecewa sebab banyak kedai tutup dekat Gurney Drive mungkin sebab bulan puasa. Kedai makan yang buka pun jual pasemboq dan laksa. Mat bangla kaki tecno tu tak ada la pula dekat kedai pasemboq dia hari tu. Kalau tak mesti syok tengok dia tergedik-gedik sambil tangan prepare pasemboq.

Bermalas malasan di hotel sambil excited menonton Kate Middleton bersama baby prince mereka. Tapi kenapa Kate ni tak nampak macam muka baru lepas beranak pun. Nampak segar dan bertenaga je. Bertuah la badan.



Jalan Tar yang sentiasa busy tambah-tambah dah nak dekat Raya. Laga-laga vontot tu adalah perkara biasa. Tu belum lagi campur macam-mcam bau ada. Tahun ni I sampai 3 kali pergi Jalan Tar. Ape cari tah I pun tak tahu. Balik rumah tetap tangan kosong juga. Eh.. I sendiri pun confuse la -_-'


 To whom it may concern ;)




Kerepek-kerepek yang di order dan ready untuk penghantaran.


My makeup haul. Semua ni dari Sephora. Urban Decay makeup setting dan NYX soft matte lip cream. A quick review, I dah cuba makeup setting tu and really impressed how it hold my makeup. Trough out the day, my face still lagi oily tapi much lesser kalau tak pakai langsung. I bukan jenis yang suka ber lipstick sakan dan tak rajin untuk touch up setiap kali makan atau minum. Tapi kan, lepas I pakai NYX ni, tetiba I jadi rajin pula nak pakai tiap-tiap hari. Sampai nak ke office pun mesti akan secalit dua dulu. Sebab nya kerana lip cream ni jenis matte dan bila dicalit kan di bibir, lip cream ni akan stay untuk jangka masa yang agak lama. So tak payah nak touch up banyak kali dalam sehari tu. Satu lagi yang paling I suka sebab warna nya yang very pigmented yet very soft je color nya. Cantik sangat la! Dan satu lagi sebab brand ni murah dan sangat berkualiti. Lip cream ni hanya RM26 je. 


D90 untuk dijual. Selling at RM2100. Condition tiptop. Come with AF-S DX Nikkor 10-105mm f/3.4-5.6G ED VR kit + hood, Battery charger, memory card, tripod, Nikon strap. Anyone interested? 






Sony Vaio S series 7 untuk dijual. Selling at RM1900. 

#Repost. Crazy about this polarized aviator. Wish I had it all.


Sate paling mahal pernah I makan. Boleh pulak harga lain-lain. Sate daging lagi mahal pula tu. Kalau size besar takpe, ni sekali ngaapp dah abis #cekikdarah


Cheeky Laila Mysara tunjuk gigi dia yang dah penuh tu

Second day raya with him di Semenyih. 

Sekarang ni rasanya majority memang pakai smartphone and downside nya mesti bateri cepat habis kan. Kadang-kadang tak sampai setengah hari confirm dah K.O. Lepas tu mula gelabah cari charger dan tambah meluat sekali kena pula time urgent. I pernah kena 3-4 kali batery habis di saat-saat genting. 

Tapi sekarang tidah lagi..cewahh.. We have Power bank untuk mengatasi masalah ini. Power bank ni senang sebab boleh di bawa kemana-mana dan senang charge pada bila-bila masa saja. Dalam flight, dalam komuter atau di mana jua.. ahaks.. I ada banyak stock power bank brand Yoobao 13000mah yang dijual. 100% original. I tak jual copy atau imitation ye. Come with 1 year warranty. Harga promotion RM129. Harga market RM159 Sesuai untuk mobile phone, iPhone, iPad, Cameras, HTC, Samsung, Blackberry, Nokia, PSP/NDSL and MP3/MP4. Boleh charge iPhone4 sehingga 5.5 kali. Interested boleh message/whatsapp 0123299885


www.tips-fb.com

Monday, August 12

Tempat-tempat menarik di Bali

Assalammualaikan w.b.t 

Rasanya belum terlambat nak mengucapkan Selamat Hari Raya kepada muslimin dan muslimat semua. Masuk hari ni dah 5 hari kita beraya dan dengan ini, saya ingin mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau pernah terkasar bahasa atau terguris persaan.

Btw..untuk entry ni I nak share sikit cerita Bali. Di sebabkan I ada mood nak update blog, jadinya di sini I nak list kan tempat-tempat yang menarik yang harus dilawati ketika berkunjung di Bali sebab ramai yang tanya apa yang menarik kat sana. For me..banyakkkk sangat tempat-tempat yang menarik kat sana. All I can say, Bali memang merupakan tempat yang sangat romantik dan emang nya nyaman sekali. Lagi satu, kat sana terlampau banyak temple kerana majority rakyatnya beragama hindu. 

Di sebabkan terlampau banyak tempat menarik, I list down kan my top 5 place dulu ye.

1. Kuta / Legian

Actually Kuta dan Legian ni jalan yang terletak bersebelahan saja. Hotel-hotel banyak terletak di kedua-dua jalan ni. Dari hotel backpackers hingga lah hotel yang paling mahal ada kat sini. Apa yang menarik kat sini, tempat ni memang happening dengan kedai-kedai jualan yang buka sampai malam. Kedai message, salon, shopping mall, salah satu mall yang menarik ialah Beach Walk. Dah sampai Bali kena la pergi spa kat sana. Kalau tak pergi, baik tak payah datang Bali.

Manakala untuk foreigner dan orang-orang muda mesti suka lepak di Legian sebab ada banyak pub dan kelab-kelab malam. Jangan tak tahu, kat jalan ni ada jugak fast food restaurant (Mcdonald's) yang dibuka 24jam.  




Kalau minat surfing, pantai Kuta dan Legian memang sesuai untuk amature sebab ombak kat sini manja-manja je. Ouh..hari tu I tak sempat nak mandi manda pun sebab masa banyak di habiskan untuk jalan-jalan dekat area Bali ni.

2. Pura Tanah Lot



Tanah Lot ini terletak kira-kira 20km dari Denpasar. Tanah Lot merupakan salah satu kuil yang terletak di laut. Apa yang menarik nya, apabila air laut surut, pelancong boleh berjalan kaki pergi ke kuil. Tapi kalau air pasang, boleh tengok dari jauh je la sebab laluan akan dipenuhi air dan kelihatan seperti pulau yang cantik. Pemandangan ketika matahari terbenam pun boleh tahan lawa juga di sana. Masa boleh dihabiskan dengan jalan-jalan di kawasan Tanah Lot dan ada juga ada banyak gerai yang menjual cenderamata di sana. Make sure mintak tawar nanti tau. Bayaran untuk masuk kalau tak silap dalam 30,000Rp.



3. Pura Luhur Uluwatu 




Another temple dengan berlatar belakang kan pemandangan yang sangat menarik ok!. Sumpah tak tipu. Terlampau lawa sangat. Perjalanan mengambil masa kira-kira 1jam 15 minit dari Kuta. Temple ni terletak di atas bukit dan di bawah nya terhidang dengan lautan yang luas. Bayaran masuk ke Uluwatu sebanyak 3,000Rp dan setiap pelawat haruslah memakai sarong yang disediakan.




Di sini juga akan ada persembahan Kecak dance setiap kali matahari hampir terbenam. Bayaran untuk menonton Kecak dance ini sebanyak 70,000Rp seorang. Tapi make sure datang awal sebab boleh amil gambar banyak-banyak sebelum menonton kecak dance. I sampai dalam pukul 5 lebih dan rushing untuk ambil gambar dan lepas tu cepat-cepat cari seat sebab kalau lambat sikit seat semua penuh. Tapi memang fullhouse pun waktu tu walaupun hari-hari biasa.




Berhati-hati dengan barangan berharga uollss sebab di sini banyak monyet yang nakal-nakal yang amat. Habis nanti semua barang di ambil oleh mereka-mereka ini.

4. Jimbaran




Tempat ni I sangat sangat sangat rekomen kalau nak ber romantik sakan makan malam di tepi pantai. Jimbaran terletak kira-kira 20 minit dari Legian. Banyak restoran di sepanjang pantai ini yang menghidangkan makanan laut dan makanan akan di sediak dan dihidangkan di tepi pantai. Makan malam sambil diterangi lampu lilin dan berlatar belakangkan deruan ombak ..ohhh..memang kenangan yang paling manis ok! Di samping tu juga, turut di sajikan dengan alunan dan tarian traditional rakyat bali oleh pihak restaurant.






Dari segi harga pula..hurmm...boleh tahan mahal juga. Mungkin sebab tempat ni dah commercialize dan memang popular di kalangan pelancong.


5. Ulun Danu Temple

Perjalanan lebih kurang sejam lebih dari Kuta. Apa yang menarik di sini ialah permandangan dan landscape yang sangat indah ditambah pula suhu yang agak dingin. Temple ni terletak di tepi tasik yang berlatarbelakang kan gunung membuatkan tempat ini bertambah menarik. Kalau bertuah,  mungkin dapat lihat bagaimana mereka melakukan aktiviti penyembahan.











Kalau tak silap, ni upacara Melasti iaitu di mana pada hari tersebut, umat Hindu memakai pakaian berwarna putih dan melakukan sembahyang dengan tujuan untuk menyucikan diri dari segala perbuatan buruk di masa lampau




Sampai sini saja entry untuk kali ini. Nanti I sambung lagi untuk tempat-tempat yang lain pula ya dalam entry yang baru. Hopefully entry ni tak memboring kan uolls..hehhe


Sambungan (Bahagian 2)


www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain