fb Twitter

Tuesday, September 25

SNE Beutskin Essence (Sebelum & Selepas)

Tiap kali guugle pasal Beutskin Essence ni asik keluar gambar retis je di jadikan model. Tak ada ke gamba orang-orang biasa buat jadi model? Memandang kan I syok sendiri dan ada request suruh I letak gamba, so ini dia ..selepas 3 kotak (sebulan setengah) I ambil SNE Beautskin Essence. Ahaks..enjoice! 



Dua-dua gamba I ambil kat tempat yang sama (dalam kereta) with the natural light (no flash) dan menggunakan hand phone camera yang sama. Tak ada filter or editing pun. Gamba 'After', I ambil hari Ahad yang lepas with minimal makeup. No foundation, no BB cream, no tinted moisturizer. I ada upload gamba tu dalam Instagram (do follow me ;).. "iyrinlatip). I just pakai compact powder, eyeliner dan lipstick saja. See how tinggi pipi I naik macam pakai botox je kan and glowing sikit berbanding dengan gambar yang sebelum I ambil BE. Ni baru sebulan setengah. Kalau 3-4 bulan macam mana la nanti and I akan tetap teruskan ber beutskin. Bagi yang nak mendirikan rumah tangga pun better ambil ni. Mesti vogue the vass masa bersanding nanti.

So..interested or ada sebarang kemusykilan?

Nak tak cantik? Do drop me an email ye pretty ladies :)


BEUTSKIN ESSENCE SEKOTAK 60 KAPSUL = RM240 SAHAJA DAN PERCUMA POSLAJU SELURUH MALAYSIA.  


TRIAL 10 BIJI = RM50 SAHAJA*

TRIAL 20 BIJI = RM90 SAHAJA*

TRIAL 30 BIJI = RM130 SAHAJA*

*POSLAJU RM6 SEMENANJUNG MALAYSIA/RM9 SABAH & SARAWAK. 

UNTUK KETERANGAN LANJUT ATAU YANG BERMINAT UNTUK DAPATKAN SNE, BOLEH EMAIL KE: iyrinshoppe@gmail.com  

Setiap pembelian akan didaftar kan terus menjadi ahli. Jadi kotak kedua dan seterusnya untuk Beutskin berharga RM200. Untuk mana-mana product SNE pun akan mendapat harga member. 

Read previous entry here:





Update 7/10/2012
Baru ambil stock tadi dan ada banyakk kotak dalam tangan. Yang berminat boleh lah order



www.tips-fb.com

Sunday, September 23

Pergi dan tak akan kembali ;'(

Ya Allah, masa hendak memulakan entry ini terasa terlalu sebak di dada. Rakan seperjuangan dan sabahat baik yang sudi menjadi pendengar yang setia telah pergi untuk selama-lamanya. Setiap kali ingin berkongsi masalah, dia rajin mendengar celotah ini tanpa merungut dan rajin melayan karenah ku. Rasa terlalu rapat sekali dengan dia dan susah untuk jumpa rakan yang betul-betul ikhlas sepertinya.

Setiap hari tidak lekang untuk membalas twitter, instagram dan ada saja yang akan di komen di facebook. Saling menyakat antara satu sama lain dan tidak pernah rasa berkecil hati walau sedikit pun dengan gurauan nya. Kali terakhir berkomunikasi dengan nya di twitter sebelum beberapa jam beliau meninggalkan kami semua. Setiap kali buka twitter, air mata laju mengalir taktala terpandangkan nama nya di situ. Impian nya yang terakhir untuk pergi bercuti bersama-sama rakan di pulau dan juga bercita-cita untuk memiliki sebuah rumah. Tak di sangka, di sanalah rumah mu yang terakhir ;'(

Ketika memberi penghormatan kali terakhir, aku cuba kuat, tapi tewas juga. Air mata laju mengalir bila terpandangkan wajahmu yang kaku. I will always remember your jokes and memories. Kenangan sepanjang 3 tahun kita bekerja bersama dan kenangan di Pangkor pun akan ku ingati sampai bila-bila. Thanks for being a dear friend and lucky to have a friend like u. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mu. Tenang la kau di sana dan aku akan menyusul kemudian nanti. Special dedication to Mohd Hafiz Sirat, 22nd Septemper 2012. Al-Fatihah

www.tips-fb.com

Friday, September 21

Online Shopping

Online shopping can be very addicting sometimes. Tiap kali tengok barang online laju je nak click buy..buy..buy.. I just bought this Dicapac waterproof casing for my phone and now terasa nak beli camera bag pula –_-‘ . Please save me from this crazy online shopping.  




Reason of purchase this waterproof casing sebab nak ambil gambar underwater kat Perhentian nanti. Baru feeling-feeling mermaid ke dugong, eh?




And now I tengah tengok-tengok camera bag pula. I have a camera bag already tapi hanya muat untuk satu lens saja. Memandangkan I dah tambah satu lagi lens dalam family, should I bought this bag. Keperluan atau kehendak?

www.tips-fb.com

SNE Beutskin Essence [Review #3]

Dah selamat dah habis kan Beutskin Eseence kotak yang ke-2 dan sekarang tengah bersungguh-sungguh consume kotak yang ke-3 pula. Selepas habis kotak yang ke-2 ni, nampak perubahan sedikit demi sedikit walaupun tidak secara drastik. Setiap hari lepas bangun tidur mesti rasa nak belek-belek muka kat cermin untuk check ada perubahan atau pun tidak.

So far, I sangat puas hati. Badan rasa makin sihat dan cergas.

Perubahan dah nampak tapi tak adalah ketara sangat. Slowly kay sebab setiap product mesti akan ambil masa untuk nampak perubahan. Sebab tu la kena ambil continuously dan disiplin. Jangan ingat akan terus jadi putih melepak kalau baru makan sekotak. Sabar tau..

Sedikit info lagi mengenai SNE Beutskin ESSENCE:


Lihatlah perbezaannya dengan 3 fungsi utama Beutskin Essence
1) Membersihkan tubuh dan menyingkirkan toksin
Berdasarkan teori terkini mengenai pembersihan tubuh dan penyingkiran toksin, Beutskin Essence dirumus dengan 100% pati tumbuhan semulajadi, mengandungi bahan-bahan aktif yang mudah diserap ke dalam sistem peredaran darah untuk menghapuskan radikal bebas dan pelbagai jenis bahan-bahan berbahaya dengan menyingkirkan kesemua toksin ini daripada tubuh melalui peluh, najis, dan air kencing. Selain itu, Beutskin Essence menyelesaikan masalah kekurangan zat berdasarkan kepada keadaan patologi kita. Toksin yang terdapat dalam kulit, limfa, darah dansiatem saraf juga dapat disingkirkan daripada tubuh dengan berkesan agar tubuh bebas sepenuhnya daripada toksin. Sebaik sahaja semua toksin ini disingkirkan, selera makan, kualiti tidur, kesejahteraan emosi dan daya ketahanan seseorang terhadap penyakit juga akan meningkat.
2) Memperbaiki dan memulihkan semula fungsi-fungsi tubuh
Selepas proses pembersihan tubuh dan penyingkiran toksin, lebih seratus jenis nutrien aktif yang terkandung dalam Beutskin Essence akan diserap dengan mudah oleh tubuh dan diangkut oleh darah tanpa meninggalkan sebarang sisa bahan buangan. Ia memulihkan tisu-tisu yang rosak, mempercepatkan pertumbuhan semula dan pembaikan tisu-tisu lembut, menyelaraskan fungsi-fungsi fisiologi, mengembalikan dan mengekalkan kecergasan sel, menyelaraskan sistem edokrin, menguatkan fungsi sistem imun tubuh, menyeimbangkan penyebaran hormon dalam tubuh serta merencatkan pembentukan melanindan pempingmenan supaya mencapai pencergasan semula tubuh badan yang menyeluruh.
3) Meransang pertumbuhan semula sel-sel kulit yang baru dan sihat
Beutskin Essence mampu memulihkan tisu-tisu dan organ-organ dalam tubuh dengan pantas, mengaktifkan sel-sel tubuh dan muka, meransang semula sintesis kolagen, menyerikan kulit dan mencegah atropi yang teruk akibat penuaan. Ia mengembalikan keanjalan kulit, meransang pembahagian sel-sel tunjang kulit dan sel-sel serat. Pertumbuhan dan metabilisme kulit menjadi  lebih pantas dan serentak dengan itu, penghasilan melanin akan menjadi semakin berkurangan supaya kulit kelihatan lebih halus dan berseri. Selain itu, ia mampu meningkatkan ketahanan kulit dan mengurangkan garis-garis halus dengan berkesan agar kulit lebih sihat dan lebih anjal dalam masa yang singkat. Ia juga mengaktifkan sel-sel imun pada kulit, menguatkan ketahanan kulit dengan cepat dan mengembalikan semula tenaga bagi menggalakkan pertumbuhan kulit baru yang lebih sihat.


Ni antara kesan-kesan yang dapat nampak selepas habis makan kotak yang ke-2:

1. Kulit tangan dan kaki nampak sedikit cerah tapi belum putih melepak lagi. Asalnya, warna kulit kaki i memang tak sekata akibat ber sunbathing tak hingat punya dekat Phuket awal tahun hari tu. Bawah gelap, atas putih. Nampak sangat ketara ok. But now, warna kulit dah jadi semakin sekata dan senada. 

2. Armpit pun dah nampak semakin cerah dan lawa (eh?) dari sebelum ni. 

3. Member yang jarang jumpa ada tegur kulit muka dah makin elok and kesan parut jerawat kat muka dah semakin pudar. Siap tanya lagi I ambil apa. Ofkos la cerita dengan penuh semangatkan. Parut ni mungkin makan masa sedikit untuk terus hilang tambah-tambah lagi kalau jenis parut yang dah lama. Lagi satu, I ada bekas terkena curling thong kat peha dan parut tu dah semakin pudar.

4. Selara makan semakin meningka dan yang ni memang tak di nafikan. Masa bulan puasa hari tu berat badan turun 43kg (ok..maybe sebab puasa kot). Lepas puasa je naik 2kg. Tapi sampai sekarang berat still maintain 45kg walaupun makan banyak di setiap open house or jamuan raya. I mana control makan pun. Apa yang ada depan mata semua ngap je.. Serius tau..I memang makan banyak gila. Kalau kat office ada jamuan raya, balik rumah pun makan heavy meal lagi but berat tetap tak naik. Beutskin memang berfungsi untuk mengideal berat badan individu. Contohnya, kalau terlalu kurus, nanti BE akan menyeimbangkan berat badan dengan meningkat kan selera makan.

5. Sekarang jerawat susah nak keluar walaupun sebelum atau tengah period. Dulu asal nak period je, jerawat mesti naik berbiji-biji. Sekarang ni kalau naik pun cepat je surutnya. Jerawat kat belakang badan pun dah kurang dah. Tapi dalam masa yang sama, I still maintain penjagaan luaran kulit yang asas. Cuci muka 2 kali sehari dan selang beberapa hari mesti pakai mask dan sunblock tak tinggal bila nak keluar rumah .. Nak lawa jangan malas tau dan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk menyinkirkan toksin. Naik melecet keluar masuk toilet -_-'.

Ada sesetengah orang nampak effect kat punggung. Nampak lagi mantap katanya. Tapi tang ni I tatau macam mana nak analyse kat diri sendiri sebab sendiri tengok kemantapan sama je. ahaks!

Untuk kesan yang lebih pantas dan optimum, di saran untuk ambik SNE kapsul dulu dan baru disusuli dengan pengambilan SNE Beutskin Essence. Tapi I terus ambil BE je sebab kondaksi muka tak adalah teruk sangat. Kalau ada masalah kesihatan better ambil dengan SNE Kapsul dulu. Selain itu, kalau dah consume SNE Beutskin, tak perlu ambil supplement yang lain dah. Satu jenis supplement je cukup.

I akan terus ber'beutskin' sebab ni merupakan supplement kesihatan yang baik untuk luar dan dalam dan I dah pun register as a pengedar. Sebagai pengguna and dah pun mencuba dan merasai sendiri kesan dari supplement ni, baru I berani jual. I akan bagitahu secara jujur kalau supplement tu elok sebab diri sendiri pun makan. Kalau tak elok, I memang tak kan jual dan keluarkan langsung dalam belog ni.

Untuk sesiapa yang berminat untuk mencuba SNE Beutskin, boleh dapatkan dari saya. 

BEUTSKIN ESSENCE SEKOTAK 60 KAPSUL = RM240 SAHAJA DAN PERCUMA POSLAJU SELURUH MALAYSIA.  


TRIAL 10 BIJI = RM50 SAHAJA*
TRIAL 20 BIJI = RM90 SAHAJA*
TRIAL 30 BIJI = RM130 SAHAJA*
*POSLAJU RM6 SEMENANJUNG MALAYSIA/RM9 SABAH & SARAWAK. 
UNTUK KETERANGAN LANJUT ATAU YANG BERMINAT UNTUK DAPATKAN SNE, BOLEH EMAIL KE: iyrinshoppe@gmail.com 
Setiap pembelian akan didaftar kan terus menjadi ahli. Jadi kotak kedua dan seterusnya untuk Beutskin berharga RM200. Untuk mana-mana product SNE pun akan mendapat harga member. 

Selain nak cantik, dalam masa yang sama kesihatan pun perlu dijaga. Jadi, SNE Beautskin sesuai untuk kecantikan luar dan dalam. Siapa-siapa dah ambil BE ni, jom share pengalaman uolls pulak...



Updated:




Previous Entry:





www.tips-fb.com

Tuesday, September 18

Loan Rumah

Alhamdulilah..setakat ni ada 2 bank dah call inform yang loan rumah I dah lulus. Yippieee... But of course with different offer tapi dua-dua jenis Islamic. So now tengah tunggu letter offer from both bank untuk tengok dan buat perbandingan sebelum sign agreement.

Segala urusan pinjaman rumah, developer yang arrange kan just bagi document kat mereka saja. Banyak juga bank yang dia tolong hantarkan my application. Lagi banyak bank yang hantar, lagi mudah kita nak buat perbandingan dan buat pilihan yang terbaik. Tapi nanti kena cari lagi 10% untuk bayar downpayment. Pakai KWSP dan my saving sendiri la nampaknya.

I berminat sangat dengan offer satu bank ni with Islamic package, BLR 6.55 and rate -2.4 untuk tahun pertama dan kedua. Seterusnya -2.3. Within this week or next week letter offer akan siap. 

At first, I memang zero knowledge dalam bab-bab beli rumah ni especially term-term yang digunakan. Kena banyak bertanya dan baca forum-forum yang berkaitan. Dulu S&P pun I tak tahu apa maksudnya -_-'. Tapi sekrang dah tahu sedikit demi sedikit. 

Alhamdulilah, niat untuk ada rumah sendiri sebelum berumur 30 hampir terlaksana.     

www.tips-fb.com

Shopping di Mustafa Center, Singapore

Ni kesimanbungan cerita Singapore I yang tah bila nak abis tah ni. Kalau pergi bercuti dan tidak di sertakan sekali dengan aktivi shopping rasa nya percutian tersebut macam tak lengkap pula. At first, I memang tak letak kan budget untuk bershopping pun. Niat di hati untuk berjalan makan angin je. Tapi bila dah sampai sana, tiba-tiba rasa macam rugi pula kalau tak beli apa-apa. Bukan nya selalu dapat datang sini kan. Bila dah rasa macam tu, rasa serba salah pula menerpa. So rasa janggal pula kalau pulang dengan tangan kosong. Tapi tiap kali pergi mana-mana mesti ada feeling feeling macam tu. Pokai la makcik camni asik shopping je T_T .

Untuk malam pertama tu, selepas ke Marina Bay, we'olls decide untuk tamatkan malam pertama dengan singgah di Mustafa Center. Terletak di Jalan Syed Alwi, perjalanan amat mudah sekali sebab berpandukan GPS. Memakan masa lebih kurang 15 minit saja dari Marina Bay. Sekejap je dah sampai sana ni pun dah habis slow dah I bawa sebab tak familiar dengan jalan kat sana.



Nak parking pun tak ada la susah mana. Just park my car dekat outdoor parking, just a few steps away from Mustafa ni. Walaupun dah malam, coupon tetap letak juga sebab takut kena saman je. Almaklum la..kat sana kan sangat strict.

Permandangan di hadapan Mustafa

Di luar Mustafa ni amat meriah dengan gelagat manusia dan banyak kenderaan masih lagi berpusu-pusu untuk kesini. 

Mustafa ni tempat membeli belah yang sangat besar dan dibuka 24 jam. Habiskan masa satu hari dalam ni pun tak cukup nak tengok semua barang. Macam-macam boleh dapat kat sini tau. Segala jenis perfume, alat solek, toiletteries, vitamin/supplement, snack, fruits dan even barangan electronic pun ada di jual di bawah satu bumbung. Dekat bahagian atas pula ada restaurant. 


haaa..tak meroyan ke tengok perfume kat sini. According to the SA, semua perfume ni original.


Banyak sangat barang kat sini dan ada juga barang yang tak di jual di KL, tapi senang di dapati kat kedai ni.






Sebelum nak balik ke KL, sempat singgah shopping lagi di Mustafa untuk kali ke-2. 


Kat sana ada 2 kedai Mustafa. Satu yang lama dan satu lagi kedai baru sikit dan berhadapan antara satu sama lain. Yang baru ni lebih luas dan susun atur yang lebih kemas. Nak shopping pun rasa lebih selesa compare dengan yang kedai lama, ruang untuk berjalan agak terhad dan sempit.


Overall, tempat yang wajib singgah untuk membeli barang-barang keperluan harian. Harga pun tak ada la mahal mana. Perfume pun kalau ada promotion boleh dapat dengan harga yang lebih murah. 

It was the best shopping experience so far!
www.tips-fb.com

Monday, September 17

JRaya by Jovian Mandagie available at Thepoplook

Semalam tak berkesempatan untuk pergi ke Royale Chulan untuk bersama-sama celebrate Jraya Day dan place a pre-order untuk Jraya collection. Rasa sangat kecewa and I really hoping that Jovian it will available online. 

Hanya ada 10 collection untuk Jraya ni tapi I sangat drooling tengok semua design dalam katalog ni. Semua nya cantik-cantik dan kalau I #Ninaismailsabri, memang dah beli semua design with all the colors available *verangan*


Well, it seems that my dream came true babeh! Jovian generously make it available and sell it online tru Thepoplook   . Oh my..oh my...I can't sleep last night bila Jovian make an announcement. Im truly am sexcited! hahha



Woke up at 8 something today, on lappy and decide which one to buy. Either Jerielle (loving the beads. I was so disappointed tak dapat Janielle last time so that's why I've been eyeing this design) or Jewel (pretty lace and a bow..suka bow dekat pinggang tu..looks classy and exclusive). Decision..decision... Both I memang minat sangat-sangat.



At 10am sharp, they release the design dan di sebab kan dah terlalu confuse which one to buy, I end up bought 2 pieces, Jerielle and Jewel. There is no hassle when shopping tru poplook as compare to Zalora. Sangat mudah, pantas dan efficient.  

Ok..now I should control myself and stop shopping already -_-'



www.tips-fb.com

Saturday, September 15

Percutian seterusnya

Terasa seperti mahu pergi bercuti sangat. Lari dari kesibukan, lari dari pencemaran traffic, lari dari memikirkan tentang hal sendiri. Mahu pergi mendamaikan diri seketika dan juga mahu mengabadikan pemandangan yang indah di dalam bentuk potrait. Tangan pun terasa gatal sebab dah lama tak pegang kamera.

In fact..maybe here..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



pleasee…pretty pleasee….
www.tips-fb.com

Thursday, September 6

House Hunting [Part 2]

Last week, super super busy weekend. Walaupun cuti 3 hari, tapi penuh dengan aktiviti je. The most exciting and tiring part was mission mencari rumah. I decided untuk beli rumah ni actually dah lame dah. Dah banyak dah tempat survey pun dan kebanyankkan rumah di Klang Valley makin melampau mahalnya. Memandang kan dulu komitmen masih tinggi, terpaksa hold dulu. 

Sekarang dah betul-betul ready dari segi financial so bertekad nak terus beli saja and I'm looking for rumah yang masih lagi under construction sebab proses lebih mudah dan hanya bayar progression interest sahaja sebelum rumah siap. 

One fine day, I ada dapat sms from developer mengenai rumah dekat Semenyih Parklands dengan harga yang boleh di anggap murah. Terus bertekat nak pergi ke Sales Gallery yang terletak di Semenyih.  

Location Semenyih Parklands ni agak isolated sedikit dan atas sedikit dari Bandar Tasik Kesuma. Harga bermula dari RM278,800 untuk size 20x65 dan bukaan 1,752sqft. Currently, they are having promotion percuma 2 ipad bila rumah ni. Tapi I agak turn off bila tengok design rumah ni. Sorry ye..bagi I sangat tak praktikal sebab rumah tamu dan dapur bersambung. Makna nya tak ada pemisah dan kena buat sendiri nanti. Dekat atas pula hanya ada bilik, tak ada family area pun. 

Design luaran pun tak memikat hati dan macam banyak je renovation kena buat nanti bila dah siap T_T. 




 Type B

Dapur direct terus ke ruang tamu

Tapi dengan harga nya, sesuai untuk yang baru bekerja dan berkeluarga.

Lepas tu I pusing-pusing area Semenyih and nampak banyak juga rumah-rumah baru yang nak naik. Rancangan perumahan paling besar sekali ialah Pelangi Semenyih 2 dan harga pun boleh tahan mahal juga walaupun kat area Semenyih je. Starting price RM380,00++ untuk size 20X70 dan freehold *what!*. Makin lama makin mahal la harga rumah ni. 

Pelangi Semenyih 2 ni dibangunkan oleh MKH, anak syarikat Metro Kajang. Dan kawasan ni ada Semi-D dan terus 2-tingkat. Berkenan sangat rumah dekat Pelangi Semenyih 2 ni tapi tu la..harga nya I belum mampu milik lagi. 

Ke rumah contoh.

Lawa kan. 



 Living Room


 2nd room


Then pusing-pusing nampak lagi show unit untuk rumah size 20x70'. 





 Tapi yang paling I suka lampu makan ni. 


 Kitchen area

Family area dekat level atas



Verangan dah ok time ni.

 Master bedroom

 Master bedroom


  2nd room


 Besar betul taman ni.


Seriously sangat lawa. Dapat corner lot lagi best.Tapi belum ada budget lagi. 

Esok nya I pergi ke Puncak Alam berdekatan dengan UITM untuk tengok rumah kat sana pula. Actually 3 bulan lepas dah survey dah rumah-rumah dekat area situ. Kat sana pun banyak rumah nak naik and developer pun boleh tahan juga. IJM, MKH dan Worldwide. Rumah IJM sekarang dah naik harga mostly around RM300++K. Sekejap gile naik. 2 tahun lepas ada member beli rumah IJM baru RM260++k. 

Puncak Bestari pun menarik, tapi dengar dah sold out. So I decide untuk book rumah under poject Pelangi Seri Alam dari MKH. Pelangi Seri Alam ni tak ada rumah contoh tapi based on developer, design rumah dekat Puncak Alam ni sama dengan Pelangi Semenyih 2. Ada 2 jenis Parcel iaitu Parcel E dan C. Tapi Parcel E dah sold out (build up kecil sedikit dari Parcel C). Kawasan ni gated dan ada guard dan location terletak betul-betul berhampiran project perumahan Puncak Bestari (Worldwide)



Ni parcel C dan saiz 20X70 dengan bukaan 1,806sft. 







Rumah di buka untuk jualan block by block. Block pertama tinggal 5 unit sahaja dan block kedua baru dibuka dan masih ada 8 unit lagi. Setiap kali block baru buka, harga bertambah RM5k dari harga block lama. pergghhh..pergghhh


Plan perumahan Pelangi Seri Alam

Yang bertanda hijau tu block yang baru buka. Block yang lain belum release lagi.

Secure 1 unit dekat Parcel C and bayar deposit sebanyak RM500. Deposit not refundable and sekarang tengah tunggu loan rumah dari Bank. Hopefully everything will run smoothly. Amin.













www.tips-fb.com

Wednesday, September 5

Universal Studio Singapore [Part 3]

Bila agak nya akan jadi rajin untuk menghupdate belog ni. Padahal banyak lagi story I nak masukkan dalam belog sedu I ni. Ok..meh..meh..I sambung balik cerita USS yang tertangguh tempoh hari. Boleh baca part 1 and part 2 dulu bagi yang tak baca lagi tu.

Ni antara character-character cute mute yang sempat jumpa dan bergambar. Nasib baik bukan time peak sangat. So beratur untuk bergambar sekejapan saja.

#1. Muka sexcited dapat jumpa hero yang 100X hensem lagi Brendan Fraser. Berlari-lari I tau nak bergamba dengan si Hensem lagi gagah ni.

#2. letak lagi gamba..aummm..tengok mata dia..mata..cair la cam ni

#3. Ni tatau la natang ape tah.suka sakat orang...grrr

#4. Optimus prime eh?

#5. olololo..Bert cute nye

#6. Oscar the Grouch..nyorok la lama-lama dalam tong sampah tuh. Tapi Elmo dan Cookies monster tak ada T_T

#7. Betty bloop..cuteness..posing pun cute je

#8. Frankenstein ni kuar time nak senja..sesuai la tu..ape bau macham ni *tutup hidung*?

#9. gedik tau woody woodpecker ni..suka goyang-goyang vontot

#10. sexey..grrrr

#11. Optimus prime..q panjang gile..malas nak beratur..lagi pun time ni tengah terkejar-kejar masa

#12. Suka sangat performance durang ni. Sangat energetic dan menghayati. Sikit pun tak rasa boring. Agak lama juga durang performe.. Ada lah dalam 5-6 lagu gak. Lagu ala2 The beatles. This is so 60s!

Ni pula ride yang paling best bagi I. Revenge of Mummy..fuhh..unexpected. Dah la dalam tu gelap gulita tetiba kena tarik kebelakang..woaaahhhh…scaryyyy. Kena kuatkan semangat kalau nak naik ni. *mintak nyawa ..mintak nyawa*

#13

Ride ni terletak di Ancient Eqypt. Selain tu ada juga Treasure Hunters. Tapi yang ni kitorang tak naik sebab tutup mass tu.


 #14. Treasure Hunter tutup time tu sebab hujan renyai-ranyai kejap

#15. In front of Carter’s Curiosities. Ada jual macam-macam souvenir dalam ni

 #16

#17

 #18


 #19

#20

Ride yang akan buat muntah hijau mesti lah dekat Sci-Fi City sebab ada Accelerator, Battlestar Galactica dengan Transformers The Ride. Semua nya ride berpusing-pusing, tergantung sana sini.


#21Battlestar Galactica

 #22.Tongang terbalik naik ni..make sure perut tak penuh..kang ader pulak yang terbueekk balik kang

 #23. Sebelum. Muka confident je sebelum naik.

#24. Selepas naik naik Battlestar galactica..nak balikkkkkk…Kena paksa dengan Jun naik natang ni..Ada dua jenis rollercoster Human dan Cyclon. Dua-dua kena paksa naik juga T_T . Turun-turun je muka dah tak nampak darah. Pucat lesi. Tapi Jun ni muka maintain ok..cam takde perasaan je pompuan ni kan.

#25. Starbot Cafe.

#26. Camaro..ouhh..idaman

#27. yeahh..Transformers The Ride. Ni ride yang paling tak sabar nak naik sebab ramai sangat cakap best dan juga it’s 3D yo!

 #28. Ada macam effect 3D tak? *wink*

#29. Masa ni tengah beratur kat luar lagi. Dalam tu mana boleh ambil gamba dah. Masa time ni pun tak ramai orang sangat. Waiting time dalam 10 minit je.

Scene yang paling cantik sekali dekat New York zone. Kat sini building-building di hias dan diubah saling tumpah seperti building yang berada di New York. Tersangat lawa.

 #29. Yellow Cab.

#30. Yellow cab lagi 
  #31. In front of Palace Theater kekonon nya. Baru selesai performance break dance kat depan tu. Gempak wehh

The rest, let the pictures do the talking..


  #32.

  #33.

  #34.

  #35.

 #36. Behind the alley

 #37. Gambar ni boleh jadi cover novel tak? Serius wehh..lawa-lawa decoration dekat sini.

 #38.

  #39.

  #40

  #41

  #42

  #43

  #44

  #45

  #46

                                     #47. Buruh kasar yang hot..eh?


  #48

 #49
Overvall, USS full of fun and excitement. I rate 8 out of 10. Kurang 2 sebab makanan dan souvenir kat sana terlampau mahal la. Sehelai t-shirt sahaja telah memokai kan kami sebanyak RM50++. Sekeping Fridge magnet pun harga belasan ringgit. So paham-paham la kalau tak ada souvenir dari USS ni.
www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain