fb Twitter

Thursday, February 23

Holiday di Patong, Phuket #2

I continue lagi cerita dekat Phuket ye. Tetiba rasa rindu sangat dekat Phuket sebab belek-belek gambar yang nak di masukkan dalam entry. Rindu pantai kat sana. Rindu PhiPhi island. Rindu Maya bay. Sekiranya ada peluang lagi, I teringin nak datang semula ke tempat yang romantik ni.

 

As I was saying before, selama 5 malam I memang duduk dekat area Patong sebab nak memudah kan segala urusan. Kat situ banyak kedai makan. Tapi kedai halal susah skit nak cari. Lepas tu kalau malam bosan duduk kat hotel, boleh keluar ke area pantai Patong. Kedai macam 7-eleven pun ada banyak. Kat situ memang happening sampai ke tengah malam. Banyak kedai yang ada. Nak best lagi boleh pergi massage.

 

Phuket83

 

Untuk malam yang pertama di Phuket, misi utama adalah untuk mencari travel agent yang menyediakan pakej tour untuk ke PhiPhi Island. Lepas jalan-jalan dari pantai Patong tu, terus tanya travel agent yang first sekali nampak. Memula tanya memang mahal tapi boleh bargain lagi. l mintak kurang dan dapat 1000baht = RM100 seorang untuk ke PhiPhi for 1 whole day trip sekali dengan lunch dan transport which I rasa memang dah cukup murah. Tatau la kalau kat travel agent lain area Patong ni boleh dapat lagi murah sebab I tak survey kat tempat lain dah lepas tu. Tawar-menawar then terus agree untuk bayar.

 

 

Phuket72

 

Swat Adventure Travel ni tempat yang I beli package. I amik sekali dengan package untuk ke James Bond Island pun 1000baht juga seorang untuk 1 whole day trip + lunch + transport. Service memang A+ sebab pick up dari hotel on time, menu untuk lunch ada banyak dan halal dan memang jaga customer dia dengan baik. Rasa puas hati la laburkan RM200 untuk ke James Bond Island dan Phiphi Island.

 

Phuket71

He’s the owner. Macam muka arab slash Pakistani slash bangladeshi pun ye juga. Tak tahu la asal mana.

 

Masa tengah berurusan di dalam kedai, terdengai riuh rendah dekat luar. I terus meluru keluar untuk tengok apa yang kecoh-kecoh ni. Rupa-rupanya ada van yang tengah promote muay Thai.

 

Phuket73

 

Tonight..tonight..See the best of Thailand.. dok ulang-ulang banyak kali.

 

Ticket price leh tengok kat gambar atas tu. 1,300 baht. Mahal bebenor. Jangan la terkejut nanti sebab segala aktiviti/tour kat sini memang memerlukan kita mengeluarkan duit yang banyak. Mostly mesti RM100 ke atas macam pakej ke Fantasea, Simon Cabarate, ATV even nak naik gajah pun mahal juga.

 

Lepas settle, sambung jalan lagi dekat area Patong ni sampai ke Bangla Road. Makin malam, makin meriah pula sini. Kedai yang ada kat tepi-tepi jalan tu agak mahal sikit compare dekat night market, al maklum la tempat tumpuan tourist.

 

Phuket77

 

I setakat tanya-tanya harga je sebab memang ada plan untuk ke night market yang terletak kat bandar Phuket. Shopping kat situ lagi murah.

 

Phuket78

 

 

Phuket88

 

Phuket89

 

 

Phuket94

 

Bangla road3

 

Phuket74

 

Teringin nak try makan lobster kat sane. Tapi bila tengok harga macam mahal pulak. Rata-rata lobster yang jual dekat area Patong harga dalam 200-300 Baht/100g. Dapat yang gebu-gebu hok gini mesti kurang-kurang pun 600g tu.. erkk *tersedak*

 

 

Jom tengok apa yang happening sangat dekat Patong ni..

 

patong

 

Phuket68

 

 

Phuket75

 

Phuket90

Banyak kedai yang jual lukisan dekat sana. Lawa-lawa beb. Memang berbakat pelukis kat sini.

 

Phuket92 Phuket93 

 

     Bangla road6  Bangla road8    Phuket70      Phuket76   Phuket79 Phuket80 Phuket81 Phuket82  Phuket84 Phuket85 Phuket86 Money exchange memang ada banyak kat situ

 

Phuket87   

Seperti yang di janjikan, I tunjukkan gambar dekat bangla road yang terkenal dengan disco dan bar. Kat sana sepanjang jalan tu memang banyak sangat bar dengan bunyi bising lagu yang di pasang. Boleh juling mata tengok. U can easily masuk tengok-tengok dan keluar balik sebab tak ada cover charge. Minumam beralkohol pun bersepah jual tepi-tepi jalan. Terlalu keterbukaan. Patut la mat salleh suka datang sini..Dah macam las vages je haa *macam pernah sampai plak Las Vages* I setakat lalu dan amik gambar je..Suka tengok tempat dan gelagat orang. Tak berani deh nak masuk..Gambar pun dah banyak di tapis..tak sesuai untuk semua lapisan penonton.

 

Bangla road

 

Phuket91 Phuket95

 

Jalan yang paling sesak di waktu malam. Bangla road

 

Bangla road4

 

Bangla road7

 

Bangla road2

Sampai tercengang tu..tengok ape daaa…

 

Phuket69

Van yang telah diubahsuai menjadi bar..dasyat kan

 

Bangla road5

Anak ayem..ke bapak ayem ni..aku pun confuse..Rasanya durang ni ladyboy agaknya sebab rangka besar dengan berotot pejal –_-‘

 

 

 

 

Next entry..Trip ke James Bond Island plak..Tunggu yer uolls.. >_<

www.tips-fb.com

Sunday, February 19

Holiday di Patong, Phuket Thailand #1

Minggu lepas bermula la perjalanan ke utara yang pertaman kali menuju ke Phuket, Thailand selama 5 hari. Beberapa hari sebelum tu baru cari money changer untuk tukar duit. Tapi sekarang rate agak tinggi. Ingatkan banjir teruk tempoh hari turun la nilai sikit. Tapi nan ado..100baht hanya dapat RM9.91 je =_=’ . Lagi pun memang planning untuk tak nak bawak banyak sangat duit sebab hotel dah book pakai Agoda. Duit yang bawak tu hanya untuk belanja makan, transportation dan shopping. To my surprise, duit yang bawak tu lebih dari cukup. Kos I ke sana termasuk flight, hotel, makan, transport dan shopping semua hanya RM1k. Percaya tak? Boleh buat entry destinasi budget tak?tsskkk

Tiket flight ke Phuket ni pun I dah peram setahun. Last year punya Airasia promotion. Punya la eksited nak berlepas ke sana sampai sanggup beli lens camera baru. So, all pictures dekat Phuket ni was capture using my Nikon D90 + AF-S DX Nikkor 35mm 1.8G. Lens 35mm ni memang sangat light weight sesuai untuk wanita macam I ni dan untuk travel.

Flight ke Phuket tak delay dan perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam.


Phuket2
Sebelum sampai tu, flight attendant akan bagi sorang satu borang kemasukkan ke Thailand untuk di isi.  Make sura bawak sekali pen tau. Time tu I tak teringat langsung. Terpaksa pinjam orang sebelah punya pen.

Phuket1 Melopong I masa ni..Subhanallah..lawa nya.. Masa ni dah nak landing dah. Bila tengok permandangan ni, tak sabar rasanya nak ber sun bathing dekat tepi pantai.

Phuket4
Airport Phuket ni betul-betul sebelah laut teringat macam Airport kat Puerto Rico. Masa ni kapal terbang dah rendah dah untuk touch down.


Phuket3  Yeay!..sampai sudah..cepat..cepat kita keluar.


Phuket5 Masa nak pergi keluar ke kastam kena lalu sini. Maybe kat sini waiting area. Tapi masa tu tak ada orang pun. Nampak tak kebiruan laut tu.


Phuket6 

Hambik kauu..ni dekat kastam. Punya la ramai orang. Kebanyakkannya bermata biru/hijau dan ber freckles. Orang Asia boleh dikira boleh dikira pakai jari. Yang muka Malaysian ni lagi la sikit. Kebetulan masa sampai tu ada flight yang lain juga yang baru landing. Sebab tu la sesak macam ni. Lama juga kena baratur kat sini. Ada la lebih kurang 45 minit untuk lepas dari kastam. Bila dah lepas orang kastam tu check dan amik gambar terus keluar dari Airport.

Bila keluar je dari Airport macam-macam orang datang kerumun. Semua sibuk promote suruh amik teksi dia la, amik package la. Sori beb..wa tak layan. Nasib baik I ada buat buat research dan baca blog dulu. Kalau amik teksi dari airport ni memang mahal. Dalam RM60 seorang. Package-package kat airport ni pun jangan la amik. Mencekik wehhh…. Untuk package ni jangan risau. Sampai kat pantai lagi ada banyak agen yang jual. Lagi murah dari kat airport ni. Service pun tiptop!

Untuk ke hotel dari airport, I amik minibus je. Minibus ni caranya kita akan naik van ramai-ramai. Van akan gerak bila dah cukup 10 orang.


Phuket7 U’olls boleh beli tiket untuk minibus ni dekat luar airport. Harga baru 150baht which is RM15 je seorang. Tu kalau nak ke patong la. Kalau nak ke tempat lain, sila tengok gambar kat bawah ni.


Phuket8


Phuket9 Agak hectic juga kat Airport ni. Banyak giler kereta masa ni. Dengan panas lagi.


Phuket10 
Van ni dah sedia menunggu. Bukan kita yang tunggu van. Masa baca tripadvisor dulu, ingatkan van dia buruk sebab tu murah. Tapi van dia amatlah selesa dan tak berbau. Aircond kuat dan siap tinted lagi. So tak terasa kepanasan langsung walaupun duduk 10 orang dalam tu. 


Phuket11 While waiting van ni untuk gerak. Nak kasi penuh 10 orang dalam ni.

Selama 5 hari tu, I decide untuk stay dekat area Patong. Patong lebih ramai tourist dari Kata/Karon maybe sebab club-club malam dan bar bersepah dekat situ especially dekat bangla road. Pelacur dan ladyboy pun senang dapat. Tu agak nya tarikan utama Patong. Tapi kalau datang untuk honeymoon, better stay area Kata/Karon yang lebih tenang dan tak se sesak Patong.

Phuket12

Perjalanan ke Patong amik masa lebih kurang 30 minit. Tapi sebelum hantar ke hotel, van ni akan singgah ke Travel agen dulu. Kat sini durang promote la macam-macam package yang ada. Tapi I still tak terbuka hati untuk beli kat situ pun. Harga pun still mahal lagi.

Phuket13 Van akan terus hantar ke hotel. Ni jalan masuk ke hotel. Kiri kanan ni penuh dengan hotel.



Phuket28 
Ni hotel yang I duduk for 2 nights. Lagi 2 malam I tukar hotel lain plak. I kan memang suka hotel-hotel ni. Sama gak macam kat Bandung and Kuching tempoh hari kan

I book Thai Classic hotel ni untuk deluxe room  selama 2 malam. Dapat RM71 untuk semalam masa book pakai Agoda bayar terus pakai credit card. First time guna Agoda ni.. Memula tu rasa takut juga. Selamat ke tak Agoda ni sebab kena reveal Credit Card information. But so far  im very satisfied sebab it is very secured. Nak book senang, nak check in lagi la senang. Sampai-sampai sana i just tunjuk kan my print out voucher dan tak payah register atau bayar deposit pun. Receptionist tu terus tunjuk kan bilik. Sangat simple dan pantas. Hotel yang I menginap ni macam boutique hotel ada 4 tingkat tapi tak ada lif la. Dapat bilik paling atas kena la menapak sikit naik tangga. Tapi bilik dia boleh tahan besar dan selesa.



Phuket17 
Complete dengan water heater, fridge, balcony, aircond dan wifi (free tau ni..laju plak tu). Kat lobby ada disediakan computer untuk kegunaan customer. Bilik pun besar dengan LCD TV plak tu. Nanti I buat review pasal hotel ni ye..ke tak payah?

Lepas sampai terus siap untuk keluar semula untuk cari makan. Rugi la kan kalau lepak dalam bilik je. So, masa keluar ni hanya berpandukan kan map dan kaki je. Mana kaki nak melangkah, kita ikut saja.


Phuket15

I found this motor depan hotel. Tapi hotel ni tak buat sewa motor. Kena cari kat tempat lain.


Phuket31 Dengan cuaca yang sangat panas dan lapar sebab belum lunch, nampak orang jual buah ni terus tahan. nom..nom..nom

Kita decide untuk ke Jungcylon (shopping mall) sebab masa otw dalam van ada ternampak mall ni dekat dengan hotel.

Phuket33Kat sini ada construction. Nak tambah lagi hotel la tu.

Dari hotel untuk ke Jungcylon makan masa 15 minit gak berjalan kaki. Jungcylon ni salah satu shopping mall yang ada dekat Patong. Kalau yang muda macam I ni jalan kaki masih larat lagi. If bercuti dengan family, better amik tuktuk, sewa kereta or nak senang sewa hotel dekat area pantai. Kat area hotel ni susah nak cari kedai makanan halal. 

Phuket34Found this interesting signage. 


Phuket35 Depan tu sikit lagi nak sampai. *seret kaki*


Phuket48 

Phuket36 
Tapi sadly, tak jumpa kedai halal dalam shopping mall ni. Kat luar pun banyak kedai western. Saya mahu makan nasi sama sambal belacan la..tekak jawa memang tak boleh lari kat mana-mana pun.

Lepas tu ternampak kedai halal jual roti kat depan pintu masuk Jungcylon. Dengan tak bertoleh lagi, terus nak pergi order. Memula mamat yang jual tu tak reti cakap english. Terpaksa dia suruh customer dia orang thailand yang cakap kan. Dah ada orang perantara pulak nak communicate. Entah macam mana terdengar dia borak dalam bahasa melayu dengan kawan dia. Ape lagi…

laaa….boleh cakap melayu ker?

Terus berborak sakan sambil tunggu I punya roti pisang siap.

Rupanya mamat ni dari Narathiwat sempadan Malaysia Thailand. Sebab tu la boleh cakap melayu dengan slang kelantan. Tapi baru je sebulan keje kat Phuket. Interview habis kan aku ni.

Then my roti pisang with chocolate arrived..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Phuket39
Meal kat Phuket. Time lapar semua nya sedap. Roti ni kat tepi-tepi Patong pun banyak jual. Tapi di panggil pancake kedai ni panggil roti. Must try!



Phuket38 
Dari brother kedai ni la I tau kedai Halal yang ada kat area Patong ni. Yang paling dekat dan paling sedap dia tunjuk kan dekat foodcourt pasar basah berhadapan jungceylon. Harga pun murah macam harga standard gerai kat sini. Mana cukup beb makan roti je. Dapat la juga merasa makan nasi + ayam goreng kunyit + telur goreng beli dekat kedai halal tu untuk hari pertama.


Phuket40
Lepas tu pusing dalam Jungcylon tapi tak menarik sangat pun. Floor atas sekali ada banyak kedai IT. So round-round situ je. Harga pun lebih kurang sini je.
   Phuket41 IT Center


Phuket42 They have this XD teater. Memula nak masuk, tapi macam tak berbalot plak. RM25 untuk 7 minit. Bontot tak panas lagi tapi dah abis. Membazir je rasa.


Phuket43 Bahagian luar Jungcylon lebih kurang macam The curve. Banyak bar and kedai makan kat bahagian luar ni.


Asik tengok tempat orang je tak perasan dah petang masa tu terus mencicit keluar untuk pergi ke pantai Patong. Nak cari pantai dari sini pun satu hal gak sebab tak tahu jalan.


Phuket44
Phuket45 
Phuket46 Tak tahu la jalan ni betul ke tak. Redah saja la.


Phuket47 Kau pun sesat juga ker?
 Phuket49 Busy road di Patong.

Kat sana tourist banyak sewa motor. Tapi berhati-hati sikit dengan jalan kat sana. Sepanjang kat sana, sampai 2 kali nampak foreigner jatuh dari motor sebab berlanggar dan bergesel dengan kereta. I pun sama tercium bontot tuktuk. Sesuka hati je nak break tetiba.

Phuket50 Ni perkara normal kat sana. Sepanjang jalan kat sana sibuk la dema nak tarik orang masuk kedai depa. Tapi sebab I ni ada muka Thailand, tak di ganggu sangat pun XD


Phuket51 Full of colors


Phuket52 Tak serabut ke tengok cabal elektrik tu


Phuket53

 Ingat kan jalan dalam ni boleh tembus terus pandai. Sekali salah jalan daaa...

Phuket54

Salah jalan lagi…


Phuket55 Still tak jumpa juga. Terpaksa keluar balik ke main road balik.


Phuket56

 Jagung bakar *drooling*


Phuket57 

Phuket58

Haaa..dah nampak dah pantai depan nun..


Phuket59 Disebabkann Phuket ni dah terlampau famous sebagai tempat pelancongan, jalan mana-mana pun mesti ada hotel. Sepanjang jalan ni penuh dengan hotel.



Phuket60 

Harga massage kat sana. Kenapa la kat sini tak ada harga macam ni. Kalau tak mesti hari-hari pergi memanjakan diri. Manicure baru RM15 je! Kat sini bukan takat double the price, sampai beratus-ratus pun ada.


Phuket61


Phuket62 oh..indahnya..pasir pantai yang putih warna nya..


Phuket63


Phuket64Alhamdullilah.. Dapat juga tengok sunset.


Phuket65

Sunset
 Foreigner and local Thailand sedang bercanda di pasiran pantai


Phuket66 
Lantern
Phuket67 
Next entry I cerita pula aktiviti malam pertama. Apa lagi..explore Bangla Road. Melopong weh tengok keadaan malam kat situ.

 

 

Next Entry:

Phuket #2

www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain