fb Twitter

Tuesday, August 30

Sebelum Ramadhan

These pictures was taken wayyy back masa event kecil-kecilan di office sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Asik makan je..mana la tak debab badan gwe nik..tskk..tskk..

 

Enjoice the piccass!

 

jamuan43 #1

 

jamuan41 #2. Arca buah

 

jamuan40 #3 Rendang Daging

 

jamuan37 #4

 

jamuan36 #5 Ayam masah merah

jamuan08 #6 Kek lapis

jamuan04 #7 Kurma

 

jamuan03 #8

 

jamuan01 #9 Kek pisang

 

jamuan44

#10

www.tips-fb.com

Monday, August 29

Berbuka di Red Wok, Bangi

Ini tempat terakhir berbuka bersama rakan-rakan sejawatan sebelum semua nya meninggalkan tanggungjawap di Office untuk cuti paling kurang pun seminggu. Company saya tu memang sangat bermurah hati dan suruh semua staff untuk ambil cuti seminggu. Haa…kau ada? Sebenarnya ada agenda lain yang tersirat :)

 

Disebabkan masing-masing akan bercuti riang selama seminggu, kami mengambil kesempatan untuk berbuka beramai-ramai di Red Wok yang terletak di Bangi. I baru first time dengar tempat ni masa nak pergi berbuka tempoh hari. Walaupun agak jauh dari office, tapi sanggup ku redah untuk melakukan aktiviti sosial. Selalu sangat berbuka kat rumah, apa salahnya makan kat luar pulak. Tak ada la orang nak tag I macam katak di bawah tempurung.

 

Di sebabkan gerak dari office pun agak lambat, pukul 5 baru nak panas engin, mendapat la pukul 7 baru sampai sana. Time tu pula memang kiri kanan depan belakang semua jem. Sampai dah tak ada ruang sikit pun untuk menyelit-nyelit. Tapi nasib baik I dah order dari awal lagi lauk untuk berbuka. Sampai sana ni yang dah terhidang atas meja..

 

DSC_0349 Ni baru separuh dari apa yang I order. Bila semua lauk dah sampai..memang penuh dari hujung meja sini ke hujjng meja sinun..

 

Makanan yang ada banyak ialah dari chinese cuisine aternya ini restorant Chinese Muslim kan.

 

Redwok

Ni yang paling menarik perhatian gwe. Bangkok Tom Yam Soup with Milk. awesome! Kuah memang pekat betul la.

 

Redwok1 Yam Basket with Kung Poh Chicken

 

Redwok2 Siakap steam with Lime sauce.

 

 Redwok4 Sizzling Tau Foo

 

Redwok5 Siakap Sweet Sour

 

Redwok6

Ikan mintak budget dalam RM40. Tapi yang di bagi ni besar betul.

 

Redwok7 Butter prawn

 

Redwok14

Baby kailan with garlic

 

Redwok15

Salt and paper Crispy chicken

 

Redwok16

Fish fillet with mayonnaise

 

Redwok8 Lauk sudah memenuhi meja. Masing-masing menahan kelaparan paling maksima. Tah berapa kali telan liur sebab semua nampak sedap atas meja.

 

Redwok9  Redwok11 lai..lai..lai..semua single ni..heheheh

 

Pasan tak semua lauk yang di order semua nya lain-lain. Masing-masing rotate lauk. Bersimpang siur tangan pass lauk. Weh, bak ikan tu. Nak ayam tu pula. Pass aku udang tu. 

 

Kedai ni paling besar kat situ and ada 2 jenis pilihan. Kalau yang boleh makan tak reti nak berhenti tu, boleh pilih untuk steamboat atau pun ala carte macam yang kitorang pilih tu.

 

Nanti I nak try steamboat kat sini pula. Food wise semua yang kita order tu memang sangat sedap and cukup rasa, cukup garam, cukup paper, semua nya perfect la. Menu pula ada pelbagai jenis lauk-pauk yang tak pernah dengar pun ada. Sebab tu la kitorang order lauk yang berlainan sebab nak merasa semua lauk yang ada kat sini. Dan ternyata memang tak mengecewakan. Bila dah try sekali kat sini, mesti nak datang lagi.

 

Red Wok Restaurant Sdn Bhd
Lot PT 70550, Jalan Kajang Impian 1/2
Taman Kajang Impian
43650 Bandar Baru Bangi

 

For menu, boleh pergi SINI

 

Sampai sini dulu. Tata.. Cepat-cepat nak tamat kan entry ni sebab jadi lapa tengok gambar.

www.tips-fb.com

Persiapan Raya

Tinggal 1 hari lagi kita akan berpuasa. Sunyi sepi je rasa KL sekarang. Rasanya dah ramai yang pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut kehadiran bulan Syawal. Tinggal la saya kesunyian di sini T_T. Me macam biasa la, tetap beraya di PJ dan di sini la kampung dan tanah tumpah saya. Dah lama tak rasa beraya di kampung. Rindu sangat masa zaman sebelum akil baligh dulu, masa tu ada kampung lagi kat Rompin. I la paling eksited bila dapat tahu nak beraya di Rompin sebab confirm dapat collect banyak duit raya dan pagi-pagi raya tu mesti sibuk nak bersolek sakan dengan cousin yang lain. Paling best lagi sebab kat kampung dulu ada dusun. Macam-macam buah ada. Rasa paling nikmat sebab boleh petik dan masuk mulut terus om om om. Tapi yang paling azab sekali kena duduk dalam kereta 7-8 jam baru sampai Rompin. Sebabnya ayahanda suka sangat ikut jalan kampung. Dah serupa macam balik Kelantan je.

 

Oh yaa….macam mana dengan persiapan raya? Dah complete? I kira dah hampir complete dah semua. Biasa nya tak ada la nak bertukar semua baru. Raya kat PJ ni tak sama macam raya kat kampung. Selepas raya pertama dah tak tahu dah nak buat apa. Sebab kawan-kawan pun bukan nya ada nak pergi terjah makan rendang pun.

 

Semalam sempat pergi ke Jalan Tar untuk shopping baju raya. Target 2 baju raya untuk tahun ni sudah terlebih capai. Bukan 2 tapi 3 baju dapat tahun ni. Tak sabar nak beraya dengan baju. Seriusly..banyakkkkkkk baju yang sangat meletopp dekat Jalan Tar. Majoriti nya banyak menjual baju kurung yang lebih kurang sama tapi harga yang berlainan. Pandai-pandai lah memilih.

 

Kuih dan kerepek banyak yang beli dari buat sendiri. Nak tahu kuih apa yang buat sendiri? Semesti nya Conrnflakes honey. Paling mudah dan tak berpeluh ketiak untuk buat. Tiap-tiap tahun conflakes honey dah menjadi makanan ruji untuk Raya.

 

Tadi pun baru mengemas bilik dan pakai bedsheet baru. Rasa bersemangat untuk tidur sekarang dengan hujan yang mencurah-curah lagi ni..mimpi indah please!

 

Esok ada benda paling untuk di settle kan. Kena pergi bank nak tukar duit raya. Hopefully duit raya belum habis lagi. Tapi kalau dah habis, lagi jimat duit aku..harhar..

 

Apapun..saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Pandu cermat jiwa selamat. Tidak lupa juga ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka Malaysia!. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

 

Ucapan tulus iklas dari,

Iyrin

www.tips-fb.com

Friday, August 26

Peeping hole in Metrojaya?

Ouh..this is scary…please be extra careful when changing cloths. That’s why I tak suka nak masuk fitting room untuk try baju. Macam-macam experience dah dengar sebelum ni dan tengok 3gp pun pernah..*opssss*. I just grab and pay terus.

My mum and my 14 year old cousin went to #metrojaya in Midvalley today. My cousin decided to try on some clothes and went into one of the changing rooms. Right after one of the male staff went into a room beside her changing room. My mum somehow felt something was amidst and called a salesperson and asked what that room was. She replied it was the storeroom. Mum then insisted for her to open it. She tried but it was lock, she then knocked and the door shortly opened. The salesman walked out casually with his phone in his hand. Mum insisted she wanted to have a look inside the room and found many holes in the wall which was strategically drilled to see a persons chest and crotch. She immediately called the floor supervisor and showed her the holes. She kept apologising and asked whether mum could identify the staff who was in the room.Mum managed to identify him but of course he denied and stated he was talking on the phone. Mum then told her to ensure no one is to use that changing room until the holes are filled and to check every changing room on every floor. Guys please forward this on. #Metrojaya management please take note what crap is happening in your departmental stores!!!!!!!

source from lowyat forum

www.tips-fb.com

Monday, August 22

Invitation to The Smurfs Preview

smurfs

 

I just got The Smurfs Preview screening passes this coming Saturday *eksited*. Besides, sapa yang tak suka tengok cerita The Smurfs kan. Will definitely bring back my childhood memories.

www.tips-fb.com

[MV] Mizz Nina Ft Flo Rida – Take Over

Have u guys watch this music video? Lagu sangat best, tapi I kinda disappointed dengan kualiti of this MV. I expect macam Holywood punya standard cause featuring Flo Rida in it right? But..but..but..all the way to Miami for this?

 

 

 

 

 

What say u?

 

 

U can do better Mizz Nina!

www.tips-fb.com

Berbuka @ Peranakan Place

Time bulan puasa ni, I selalu berbuka dengan family saja dekat rumah. Tapi last week sempat berbuka dekat Peranakan Place, OU.

 

Nasib baik I book tempat ni awal-awal. Kalau gatal nak walk-in memang geget jari la nampak nya. Fully booked masa public holiday last Tuesday.

 

170820113096

 

Sempena bulan Ramadhan ni, kat sini ada sediakan set menu untuk 2 atau 4 orang. Harga untuk set 2 orang bermula RM49.90. But we ordered a-la carte.

 

170820113095

Dia ni cuti..tapi kena kerja.. Pas berbuka pun kena sambung kerja balik T_T . Dah nak raya ni lagi galak kena keja.

 

 

170820113101

 

170820113105   Honey sotong

 

170820113102

Devil’s Curry Chicken

 

170820113103

Paku belacan

 

I  dah pernah buat Entry sebelum ni sebab kalau datang OU sini la tempat makan kitorang.

 

170820113097 170820113098 Asam laksa ni boleh tahan sedap juga

 

 170820113100    

 

 

 

 

ok. Bai!

www.tips-fb.com

Kasut Raya!

New kasut raya..woot..woot..!

 

 

 

 

190820113128

 

190820113130 

 

Baju raya, bag raya, cadar raya, langsir raya belum beli lagi ni.. nak keluar bershopping pun malas sebab terlampau ramai sangat orang sampai berlaga bontot =_=’

www.tips-fb.com

Saturday, August 20

Diskaun tol sempana Aidulfitri di pada 30-31 Ogos

Diskaun tol akan diberikan antara 5% sehingga 37.5% pada Aidilfitri nanti. Antara tol yang terlibat ialah:

 

Lebuh Raya Utara Selatan (Plus)

Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite)

Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH)

Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura(Linkedua)

Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK)

Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP)

Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (Sprint)

Lebuh Raya KL-Karak (KLK)

Lebuh Raya Pantai Timur

Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)

Lebuh Raya Koridor Guthrie (Guthrie)

Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA)

Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya)

Lebuh Raya Baru Pantai (NPE)

Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas)

Lebuh Raya Shah Alam (Kesas)

Lebuh Raya Duta Ulu Kelang (Duke)

Lebuh Raya Cheras Kajang (Grand Saga)

Lebuh Raya Smart

Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB)

Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP)

Lebuh Raya Lingkaran Kajang (Silk)

Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE)

hohoho..balik kampungg…hohoho

www.tips-fb.com

Friday, August 19

Tempat-tempat menarik di Kuching, Sarawak

Biasa nya kalau sebelum pergi traveling, I suka buat sendiri online research mengenai tempat yang akan dilawati nanti. I lebih suka berjalan sendiri tanpa menggunakan tourist guide mahupun driver. Travel sendiri ni lagi terasa adventure dan tak terikat sangat dengan sebarang aktiviti. Bebas nak buat apa pun.

Macam sebelum ni I pergi Bandung pun main gamble je. Pusing-pusing cari jalan sendiri.

Tempat-tempat ni memang wajib kena pergi kalau melancong ke Sarawak.

1. Sarawak Culture Village


Culturalvillage


I dah buat entry pasal Cultural village atau muzium hidup (bukan macam night at the muzium ye) masa pergi Kuching last month. Boleh baca kat SINI.

Apa yang best sangat Sarawak Cultural Village ni?
Kita boleh belajar pelbagai jenis benda baru. Dari segi kebudayaan, music, makanan, rumah panjang yang berbeza, agama dan pelbagai lagi yang menarik.

  • Sarawak Cultural village terletak kira-kira 35KM dari Kuching dan berhampiran Gunung Santubong. Kira-kira 45 minit drive. Cara nak pergi ke sana boleh la drive sendiri (kereta sewa), sewa teksi, driver atau pun melalui tourist guide. Ada juga sesetengah hotel menyediakan free shuttle van untuk ke sana. Yang ni kena check la dengan Hotel ada di sediakan ke tak. Macam 360 hotel yang I sewa dulu ada service ni. Tapi first come first serve la.  

Culturalvillage63

Entrance Fee:
Adult RM60
Student: RM15 (with student card)
Senior citizen: RM30


Waktu untuk show:
11.00 pagi & 4.00 petang.



Make sure datang pada masa show ni. Sebab pelancong akan di persembahkan dengan pelbagai bentuk tarian mengikut budaya masing-masing. Persembahan ni memang wajib kena tengok. Aksi menyumpit pun ada sekali.

  • Di dalam ni terdapat 7 jenis buah rumah yang melambangkan kebudayaan dan etnik yang berbeza. Antara rumah yang ada ialah:

  • ° Rumah Cina
  • ° Rumah Melayu
  • ° Rumah Melanau
  • ° Rumah Orang Ulu
  • ° Rumah Penan
  • ° Rumah Iban
  • ° Rumah Bidayuh


  • Rumah-rumah ni dibina dengan amat menarik sekali dan memang menyerupai bentuk rumah yang asal. Bila masuk kedalam rumah-rumah tersebut, kita akan di bawa untuk mendalami kebudayaan kaum masing-masing. Believe me, you’lls tak akan rasa bosan punya masuk sini. Experience yang sangat priceless!

Recommendation: Highly recommended







2. Semenggoh Wildlife Centre


semenggoh16




Semenggoh terletak kira-kira 25km dari bandar Kuching. Untuk ke Semenggoh, ada di sediakan public transportation. Sesetengah hotel ada menyediakan shuttle van yang direct terus ke sini. Macam 360 hotel yang I duduk tempoh hari, ada menyediakan free shuttle van.



Entrance fee:
RM3



Feeding Time:
9:00 pagi – 10:00 pagi & 3:00 petang – 4:00 petang.


Orang Utan bukan duduk di dalam sangkar sebaliknya akan di biar kan bebas berkeliaran di dalam hutan.  Sebab itu laj kena datang masa feeding time. Time ni baru akan dibenarkan pelawat untuk masuk ke kawasan feeding dan lihat sendiri Orang utan secara dekat. But don’t put so much expectation ye. Ada masa nya orang utan ni tak keluar mungkin sebab dah kenyang makan buah-buahan yang ada dalam hutan especially pada musim buah.



I managed to see 4-5 orang utan masa I datang tempoh hari. Sangat menarik sebab boleh tengok aksi dari orang utan mengopek kelapa, makan dan bergayutan. Memang tak akan jemu langsung.


Recommendation: Highly recommended

3. Pasar Serikin

serikin06

Untuk kaki shopping sekalian, kalau pergi ke Kuching mesti kena singgah Serikin yang terletak berhampiran sempadan Kalimantan iaitu di daerah Bau. Kira-kira 80km dari bandar Kuching. Kampung Serikin ni tersangat la glam dengan kedai yang di buka pada weekend. Kebanyakkan peniaga adalah dari Indonesia dan barang dagangan semua memang dari sana.


Pasar Serikin dibuka pada hari Sabtu dan Ahad saja dari jam 7.00 pagi sehingga 2.00 petang


Antara barangan jual beli kat sana seperti:
° Telekung
° pakaian dewasa & kana-kanak
° Tudung
° kain
° Handbag
° handicrafts
° Jamu
° etc


serikin39

Barang-barang dari Indonesia ni boleh di dapati dengan harga yang murah..ni orang yang kata. Tapi aku kata..barang tak la murah mana pun dan kebanyakkan kedai kat situ jual barang yang lebih kurang sama. Lagi satu panas terik kat sana. I tak banyak membeli pun masa pergi sana tempoh hari. Tak berapa minat la sana.

  
Lagi satu, Pasar Serikin ni terletak berhampiran beberapa kawasan pelancongan seperti Tasik Bi-ru, Gua Angin dan Gua Farry. So lepas penat bershopping boleh la singgah ke destinasi tersebut.



Recommendation: Nak pergi pun boleh, tak pergi pun tak apa.


Cukup la sampai sini. Nanti I sambung lagi tempat-tempat yang menarik di Kuching. Ada banyakkkk lagi…Tunggu yer :)

p/s: recommendation tu mengikut kesukaan, minat dan citarasa I. Mungkin ada yang suka, ada yang kurang gemar. Different people different taste.

www.tips-fb.com

Thursday, August 18

Check in Di kaunter Airasia dikenakan bayaran RM10!



Sekarang ni Airasia dah makin mahal la. Tambah pula bila dah merge dengan MAS ni. Rasa nya tak lama lagi mesti caj pun dah tak akan dapat semurah dulu. *sigh*


Pagi tadi on the way to office, dengar berita yang Airasia akan mengenakan bayaran sebanyak RM10 sekiranya check in di kaunter bermula 21 September ni. Caj akan di kena kan ke atas penerbangan domestic dan International memalui airport di Malaysia. Sebelum ni dah naik kan fuel charge, sekarang caj check in pula. Lepas ni tak tau pula caj ape lagi nak di kenakan. Sebab sekarang kan dah tak ada internal competitor dah!


Tapi caj ini tak akan di kenakan sekiranya kita buat self check in sendiri melalui web atau mobile (application pada Blackberry, iphone dan Android). Jadi beringat lah, buat la check in sendiri selewat-lewat nya sejam sebelum penerbangan.


Lagi satu, better buat self check in je sebab tak payah la buang masa beratur panjang-panjang kat kaunter nanti. Jimat masa dan tenaga. Kalau dah buat self check-in, nak datang sejam awal pun boleh lagi. Tak ada la kelam kabut. Bording pass pun boleh print sendiri and just tunjukkan kertas tu nanti kat kaunter and boleh straight masuk.


Jadi, kita sebagai pengguna harus lah bijak menggunakan pilihan yang ada. www.tips-fb.com

Bayar Zakat online atau SMS

Assalammualaikum w.b.t

   

Hari ini baru saja saya selesai menunaikan zakat Fitrah. Untuk tahun ini, zakat Fitrah dikenakan sebanyak RM7 untuk kawasan Selangor.

   

Jangan tak tahu yang zakat sekarang pun boleh bayar secara online atau pun SMS. *Thanks for the tips cik Suria*

   

Untuk bayar secara online, boleh pergi ker www.e-zakat.com.my .

   

1. Pergi ke website www.e-zakat.com.my

ezakat

     

2. Kemudian click e-zakat pay di sebelah bahagian kanan tu

ezakat2

     

3. Isi kan data ke dalam borang yang  di sediakan. Setiap yang bertanda (*) harus la diisi. Untuk jenis pembayaran pula pilih untuk Zakat Fitrah dan pembayaran secara online, dikenakan minimum sebanyak 2 kupon sekali transaksi. Jadi, untuk bil kopun, masuk kan bilangan yang hendak dibayar. Kemudian klik button ‘Bayar Sekarang.

     

ezakat3

     

4. Confirmation akan ditunjukkan beserta jumlah pembayaran zakat. Jika setuju, klik ‘YA’

ezakat4  

     

5. Seterusnya akan ke FPX e-payment channel. Kat sini boleh lah pilih bank yang digunakan untuk tujuan transaksi. Lakukan pembayaran seperti biasa and you’re done!. Pantas dan mudah kan.

ezakat5 

         

Another option is boleh bayar melalui SMS. Perkhidmatan ini hanya dibuka untuk pengguna talian Maxis dan juga Celcom. Tak kira la sama ada pra bayar atau pun pasca bayar. Semua boleh guna.

   

ezakat6

   

Untuk pengguna celcom, taip FITRAH SELANGOR dan hantar ke 21999.

   

Manakala pengguna maxis, taip FITRAH SELANGOR dan hantar ke 22032.

     

Sebelum pemotongan dilakukan, akan diberikan niat untuk zakat fitrah dulu.

 

Akhir kata, selamat menunaikan ibadat puasa dan jangan pula bayar zakat last-last minit. Sekarang ni segala nya dah mudah! Boleh la bayar awal-awal. 

www.tips-fb.com

Wednesday, August 17

Wordless Wednesday

strawberry

www.tips-fb.com

Tuesday, August 16

Ayam Golek Nara

Watsupppp…!

  

I nak cerita pasal makanan lagi la.. Bulan puasa ni asik nak cerita pasal makan je kan. Rasanya time puasa ni mesti mengidam nak makan macam-macam kan. Ada yang mengidam ayam golek tak?

  

Kebanyakkan ayam golek yang ada jual dekat bazaar Ramadhan harga lebih kurang RM16-RM18 sekor kan. Tapi petang tadi I beli ayam golek harga RM20! *erkk…tersedak tengok harganya*. Kenapa la semua harga makin mahal ni. Tadi I beli ulam dan sambal belacan dekan Bazaar Kelana Jaya RM4 kau! ULAM saja tau! Tak ada nasi. Tak ada lauk. Semata-mata ULAM. Pulak tu sikit sangat I ambil. Sekali makan je boleh habis. I ambil 3 keping kecil petai..kira-kira dalam 9 biji di caj RM1. Mencekik betul..ape special nya ulam ko tu kak! Rasa sama je macam kat kedai lain.

  

Enuff dengan luahan perasan. I sebenarnya nak cerita pasal ayam golek Nara yang terletak kat Pantai Dalam. I rasa ni la ayam golek yang paling sedap I pernah rasa setakat ni walaupun harga nya mahal..terpaksa tutup sebelah mata la kan nak membayau nye. Ayam golek ni boleh dikatakan amat famous. Member-member office pun suka makan kat sini.

  

160820113085

Ayam yang tengah bersidai beramai-ramai

  

  

Lepas balik kerja tadi terus singgah sini sebab teringin nak makan ayam golek ni. Sekali sampai terkejut tengok sampai keluar beratur. Ni awal lagi. Kalau dalam pukul 5 or 6 mesti lagi panjang beratur nanti.

  

160820113088

Semua ni tengah beratur nak beli ayam golek la ni

  

Lagi satu yang I nampak kan, bila durang dapat je seplastik ayam golek, semua pulang dengan senyum simpul. Wah..muka cam puas hati je dapat berbuka nanti dengan ayam golek ni. Btw, kat sini kena beli sekor terus tau! Dia tak jual separuh mahupun quater pounder.

  

Kalau nak makan kat kedai ni pun boleh. I paling suka tomyam campur dia. Meriah. Ketam, lala, udang, ayam. Semua complete *drooling* .

  

Kat mana lagi ada jual ayam golek yang sedap? Moh la kita share sama-sama!

      

 

www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain