fb Twitter

Monday, April 18

Anda dan Gadget Kesayangan Anda

18th Apri, 2011

header-ada-lebah

 

Dah lama tak join segment dekat belog. I sangat tertarik dengan segment yang incik Hackers buat so secara automatik nya saya nak untuk join segment ni.  Tajuk segment “Anda dan Gadjet kesayanga.”

Antara gadget yang palinnnnng saya sayangi ofkos la my Nikon D90 which I bought it last year.

D90

 

I memang tak boleh berenggang sedikit pun dengan camera ni. Pergi mana-mana pun mesti I akan usung kesana kemari. Bagai aur dengan tebing. Eceh.  Sampai nak pergi tengok wayang pun I tetap akan bawak. Tapi yang selalu jadi mangsa tukang bawak camara mestilah incik Naz. Tiap kali nak keluar kereta mesti kene bising dulu dengan incik Naz. *kes malas nak bawak la tu sebab berat*  Bising-bising pun tapi dia tetap bawak kan juga >_<

My E71 would be in the list of the favorite gadget juga. Walaupun ada yang cakap E71 is not ‘smart’ enough, tapi it is enough for me. Nak guna Wifi boleh, GPS boleh, dictionary ada, convertor pun ada memudahkan kalau pergi overseas. Tak ada la terkial-kial nak kira duit.  For GPS service, I just install Garmin and cakap je nak pergi mana, I boleh bawak punya and mesti tak akan sesat pun.

NokiaE71

 

Eh..lagi satu, my company’s laptop boleh di consider gadget kesayangan saya tak?heheh.. Al kisah nya, I never bought my own laptop sebab masa belajar dulu my mum tak pernah bagi kelulusan untuk beli laptop. Menagis air mata darah sekali pun tak guna sebab tu memang keputusan muktamat dia.  Sudah nya terpaksa pakai dekstop yang gedabak tuh sampai habis blajar. Bila dah start kerja pun that dekstop still function and company provide laptop at the same time. So, untuk beli laptop baru adalah sangat membazir kan. *kita lenjan dulu ape yang ada..har har har*

 Dell

 

I bukan la kaki gadget macam orang lain yang tiap kali ada gadget baru keluar terus beli. Ni saja la yang ada =_=’ 

 

 

www.tips-fb.com

Monday, April 11

Casey Abrams

11th April, 2011
"Your Song"
-Casey Abrams (American Idol 10)-

It's a little bit funny this feeling inside
I'm not one of those who can easily hide
I don't have much money but boy if I did
I'd buy a big house where we both could live

If I was a sculptor, but then again, no
Or a man who makes potions in a travelling show
I know it's not much but it's the best I can do
My gift is my song and this one's for you

And you can tell everybody this is your song
It may be quite simple but now that it's done
I hope you don't mind
I hope you don't mind that I put down in words
How wonderful life is while you're in the world

I sat on the roof and kicked off the moss
Well a few of the verses well they've got me quite cross
But the sun's been quite kind while I wrote this song
It's for people like you that keep it turned on

So excuse me forgetting but these things I do
You see I've forgotten if they're green or they're blue
Anyway the thing is what I really mean
Yours are the sweetest eyes I've ever seen


casey-abramsjpg


auuuuu…Im melting..a boost for me to start my Monday morning <3



www.tips-fb.com

LHDN

11th April, 2011

Cepat betul rasanya tahun 2011 ni kan. Sekarang dah bulan April dah. Pejam celik dah hampir setengah tahun berlalu. Bila dah nak masuk bulan April ni, mesti ramai yang tengah sibuk mengisi borang LHDN kan. Have you done yours? I dah submit mine and this is my first time hantar borang LHDN nih. Hik hik hik.. Sebelum ni pandang ringan je pasal bab-bab cukai nih and malas nak hantar borang BE tu balik ke LHDN (dulu kene pakai pos)..opss…sila jangan contoh ni. 

Last week baru tengok dekat Astro Arena ada sesi diskusi tentang isu perlepasan cukai. Sekarang ni dah senang sangat nak buat. Just login dekat e-Filing then isikan semua data yang diperlukan. Akhir sekali sebelum submit to LHDN, akan di keluarkan awal-awal jumlah tax sama ada terlebih atau tekurang bayar. This year I akan dapat balik tax yang terlebih bayar last year ..yeahhh!!

 

LHDN3

 

Siapa-siapa yang belum buat tu cepat-cepat la hantar sebab tarikh last hantar e-Filing (untuk borang BE) pada 30th April 2011. Jangan tunggu last minute baru nak buat tau!. Nanti semua nak hantar last minute system boleh jadi lagging macam yang terjadi dekat website Myeg tempoh hari. 

 

 

 

 

www.tips-fb.com

Thursday, April 7

Dalacin T

7th April, 2011

Hi…rindu tak? rindu tak? (ada ke orang nak rindu ni).  Rasa dah lama tak update blog nih. OK. I nak cerita pasal Dalacin T which is antibiotik untuk jerawat. Mesti dah naik bosan kan pompuan ni asik nak cerita pasal product muka je. But this product sangat elok tau untuk mengering kan jerawat. Betul ni. Tak tipu!. Lelaki pompuan boleh pakai. And some more, hanya boleh dapat melalui Pharmacist je. So ini adalah barangan terkawal. Tak boleh di jual sesuka hati je. Bau pun memang bau ubat.

Setakat ni, I rasa Dalacin T la yang paling berkesan untuk mengempiskan jerawat dekat muka I yang dah makin kertu ni. Semua orang pun memang benci jerawat. Biasanya I boleh jadi meroyan bila nampak jerawat naik mencanak-canak dekat muka. Especially time tengah datang ttuuuutttt… Mula la guna macam-macam cara nak hilangkan jerawat. Tepek dengan colgate la, pakai anti blemish punya cream yang harga agak mahal. Sedihnya, semua tu tak berkesan.

Tapi, sejak guna kan Dalacin T ni, sekejapan je jerawat kering. Kadang-kadang jerawat naik hari ni, tonyoh Dalacin T time malam and esok nya bangun pagi tak nampak dah gunung berapi tu. *mata bersinar-sinar*

DalacinT

Botol dia kecil je dan hanya 30 ml. Tapi setelah 5 bulan pakai still ada lagi. Harga pun murah dalam RM 30++ (tak ingat the exact price). Jimat dan murah kan. Cara nak pakai ni kena basuh muka dulu dengan pencuci muka (apa-apa pencuci muka yang memang korang pakai sekarang) dan kemudian terus tonyoh Dalancin T dekat bahagian jerawat saja. Tonyoh light2 je tau. Lepas tu jangan letak apa-apa dah sebab nak bagi lebih mujarap dan mustajap. 

My friend cakap pakai ni pun boleh memudar kan parut jerawat dengan pemakaian hari-hari. Dia pernah try and memang parut jerawat dia hilang. So, boleh la try.

 

DalacinT-2 

Worth every penny. Lepas ni tak payah dah beli product yang mahal-mahal tuh. Boleh la simpan duit utuk shopping >_<

 

 

 

 

www.tips-fb.com

Nadia & Hadi

7th April, 2011

I was blown away with this video during My friend’s (Nadia) Solemnization night. Majlis akad nikah yang diadakan di rumah Nadia (the bride) dekat kota Damansara. Serius! I sangat kagum dengan cara dan idea yang kreatif dari Videoman ni. Tak pernah jemu pun tengok walaupun dah di ulang banyak kali. Touching lagi ada la.

Video ni dipertontonkan masa majlis bersanding di Merak Kayangan. Balik rumah terus I cari video ni di FB Nadia and repeat berulang-ulang kali.

Jom sama-sama layan video clip ni!

* sorry, I tak letak video dekat sini takut berat and kalau upload dekat youtube nanti ada orang marah pula.

 

 

www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain