fb Twitter

Monday, February 28

Tony Roma's Famous Ribs

If suka dengan Ribs, wajib try hidangan Ribs dekat Tony Roma’s. I bukan la pencita daging sgt, tapi last weekend  setelah mencuba famous Ribs dekat Tony Roma’s sampai sekarang terbayang-bayang lagi. Di luar garing dan dalam still moist lagi..terer la durang masak. Memang sedap patut la sampai my friend sanggup order 10 ribs sekali makan. 10 TAU! Aku makan 1 pun dah semput dah. For my set, the price is RM49.90 which include two pieces of beef rib, mashed potatoes, shrimp and coleslaw.

Tony Roma'sSumpah! I makan 1 ketul rib je. Mashed potatoes pun tak larat nak habiskan.

Tony roma'sDia lagi tamak. Sampai 4 Ribs order. This set harga RM69.90 which includes of coleslaw and fries.

Tony Roma'sThis set was ordered by Nassir. *sorry, tak ingat nama set nih*

 

 

 

Tony Roma's As for dessert, we are having Chocolate Avalanche (RM12.90)

 

Tony Roma's I know right!..very tempting kan

 

 

Tony Roma's      Dessert Trio.

www.tips-fb.com

Friday, February 25

3rd Hot Air Ballon di Putrajaya

Hotair

Yollsss.. tau tak belon-belon udara panas akan kembali lagi!..This year, I akan pastikan dapat melihat hot air ballon ni. Mesti comel-comel kan ballon berterbangan di udara (ada darth vander, clown, itik ,gajah). Last year I pergi juga, baru sampai dan parking je hujan turun mencurah-curah –_-“ . Terhenti terus kegembiraan sebab tak dapat tengok ballon di naik kan. Dah la nak cari parking sangat hazab!. Ouh..mcm mn i boleh tau ader macam-macam jenis belon tuh? Mesti la tengok FB kawan-kawan *tengok dengan perasaan jeles yang menebal*

I dah siap tanda dekat calender lagi untuk event ni yang akan berlangsung pada 17 hingga 20 Mac 2011 di Monumen Alaf Baru, Precinct 2, Putrajaya. Jum..! Kita pergi! *Selepas subuh aku gerak!*

  hotair1 

Sambil-sambil tuh boleh tengok gelagat photgrapher sambil jeling-jeling dekat camera and lense power durang >_<

*gambar ihsan dari google*

www.tips-fb.com

TM Training Centre banjir teruk

Semalam heboh dekat FB dan twitter pasal Traning Centre (TMTC), Jalan Semarak KL yang berhampiran dengan menara Celcom ditenggelami air sampai 50 kereta tenggelam dan beberapa staff dan pelajar terperangkap. Kejadian berlaku petang semalam selepas hujan lebat dekat KL. Pagi ni dapat gambar dari email menunjukkan keadaan dekat TMTC semalam. Fuh…scary la..sampai jalan keluar pun banjir juga. Nampaknya, lepas ni kalau nak pergi sana if ada training tak boleh bawak kereta la.

 

TMTC Ni jalan nak masuk ke TMTC. Air tinggi sampai ke lutut. Nak parking kat luar pun dah tak boleh la kalau sampai macam ni.

 

 

TMTC2 Ni dekat parking area. Ni saja tempat parking yang ada and I memang selalu parking sini. Memang menangis tengok keadaan kereta macam ni

TMTC3 Sampai paras dada air. Kawasan parking nih memang jenis kawasan rendah. Air memang senang nak naik kalau hujan lebat.

 

TMTC4

 

 

*kredit to the owner of this picture*

Firah, kau ok tak kat sana? Balik la office cepat. Rindu weh :P

www.tips-fb.com

Thursday, February 24

Tips untuk penggunaan dan penjagaan contact lens

iyrin

*im using contact lens Dollyeye Celeb Nudy..Interested can contact me*

 

Knowing me, contact lense and I seperti aur dengan tebing, seperti langit dan bintang. Memang tak boleh dipisahkan. Eceh..yo yo oo je. Kalau nak pakai kene betul-betul berdisiplin. Tak boleh sambil lewa je sebab melibatkan mata. Tapi jangan la pula sampai takut nak pakai. Ok je bila dah biasa pakai dan jaga dgn betul. Tau tak, kalau tak jaga dengan elok..senang kene infection. Dulu masa baru-baru pakai contact lense and tak tau camne nak jaga sampai 4-5 kali setahun kene infection and kene tadah telinga dengar bebelan doktor..wtf..bosan tau! Mata merah, berair-air dan perembesah tahi mata non stop. Sampai nak bukak mata pun tak boleh sebab terlalu bengkak. Yes, I know..Geli kan!

 

DSC_6649

 

Tapi sekarang jarang ada masalah mata..i’ve learnt through experience. Dah terkena baru nak insaf.

 

1. Sebelum memakai lense, make sure tangan bersih dan cuci lah tangan dahulu. Macam I selalu buat, lepas mandi I akan terus pakai atau cabut contact lense. Boleh menggelakkan bakteria atau kuman berpindah kepada contact lense kita. Salah satu sebab dulu I kene infection dulu sebab selalu terlupa nak cuci tangan dulu. Kan dah mendapat. Tapi jangan pulak basuh dengan sanitizer! Memang cari penyakit tu.

 

2. Dinasihatkan penggunaan lens untuk tempoh masa 8 jam sahaja. Jangan pulak pakai sempai esok pagi. Boleh merosakkan mata. Untuk yang baru berjinak-jinak, pakai untuk beberapa jam saja untuk serasikan mata dengan lens. Penting untuk tanggalkan contact lens sebelum tidor. 

 

3. Cepat-cepat cabut lens kalau lepas pakai mata rasa pedih atau gatal. Basuh dengan bersih lens dullu dengan menggunakan Multi-purpose solution. Jangan la pulak pergi basuh dengan air paip –_-“ sebab air paip mengandungi bakteria. Kalau lens terjatuh pun kene bersih kan semula dengan Multi-purpose Solution tau!

 

4. Make sure pakai lens sebelum make up dan tanggalkan lens sebelum nak mencuci make up di muka. Simpan di dalam bekas khas. Bekas lens tu pun hendak lah hari-hari di cucikan.

 

5. Bagi yang jenis jarang-jarang pakai contact lens, solution tetap kene tukar kan juga supaya bakteria tak beranak pinak nanti.

 

6. Jangan..saya ulangi JANGAN berkongsi contact lens dengan sesiapa pun even your BFF pun tak boleh!

 

Peringatan:

      • Sekiranya ada masalah dengan mata, gatal-gatal atau mata merah, segera lah berjumpa dengan dokter supaya tak meleret nanti.
    •  

    • Kalau boleh, elakkan menggunakan contact lense semasa mandi di swimming pool. Tengah seronok buat kuang lentang dan berenang kupu-kupu tiba-tiba terlanggar dinding sebab mata kering sampai tak boleh buka. Air klorin memang cepat mengeringkan mata.
    •  
    • Sekali sekala bagi mata pun nak berehat juga. Hari-hari pakai lense memang penatkan. Jadi untuk pakai la kaca mata (bg yang rabun) untuk seminggu dua supaya dapat bernafas.

 

 

 

www.tips-fb.com

Wednesday, February 23

Little Taiwan

Tak tahu macam mana tah boleh pergi makan kat kedai ni. Konon-konon nak try something different.  Tiba-tiba nak makan Taiwan cuisine pulak (buang tebiat). Memang menyesal tak sudah. Kalau dah tekak jawa, jawa jugak.  Biasa makan sambal belacan, ikan masin, tempoyak..bila try makanan ni, sampai sudah tak sanggup nak telan.

Littletaiwan1Tak ingat dah apa nama makanan nih. Tu la..tamak..nak amik yang mahal aje. Sekali tak habis.

LittletaiwanNampak je macam sedap siap letak api bagai kat bawah nun. Slurpp..slurpp…slurpp..ehh..kenapa rasa macam pelik je nih

Selepas hirupan ke 5 aku surrender. Sup dia terlalu pekat for me. Bila dah sejuk lagi la tak sedap. Masa api tengah membara panas tu, cepat-cepat la perabiskan.

Littletaiwan3  

Jangan salah sangka ye, makanan I yang dalam kuali kecik tu saja. Yang lain nih en naz yang punya. Kimchi nya tuh pun tak berapa sedap. Masam la. Tapi dua je yang I suka..sotong goreng tepung itu dan tembikai tu..sedap nya. Kalau berminat nak try, pergi la dekat Little Taiwan. Ala..yang Maria Tengku Sabri jadi duta tu. Yang I tau ada dekat Cineleisure, The Curve and OU.

www.tips-fb.com

Belog Nazterjah

I tumpang simpati dekat one of my blogger friend, Nazterjah sebab belog dia kena ban T_T . Patut la sejak dari minggu lepas cuba masuk tapi tak berjaya. Ingatkan dah tukar alamat website (boleh kecil hati kalau tukar tak bgtau ni -_-”). Belog dia memang agak famous dan ramai sangat follow.

nazterjah

Mari ramai-ramai terjah blog baru Nazterjah kat sini.. Support ramai-ramai >_<

Blog Nazterjah ni menarik sebab memaparkan:

  • Gossip Artis 
  • Info Mengenai Teknologi
  • Berita Terkini
  • Segmen Terbaru.
  • Promosi Blog 
www.tips-fb.com

Tuesday, February 22

AirAsia Promotion

Airasia promotion

Sapa tak tau ni memang rugi. YES! AirAsia is having a promotion now. Cepat-cepat.. pergi tengok banyak harga tiket yang murah-murah. As usual, bila time ader promotion, mesti website AA lagggingggg gila. Sampai dah step terakhir pun dapat ERROR jugak. Terpaksa la repeat balik step. So kene banyak bersabar. Adalah pekara normal kalau kene refresh sampai empatpoloh kali still tak berjaya..(En Tony..! sila upgrade website.untung juta-juta pun tak kan tak boleh nak upgrade juga?) Tiket pergi Bandung semurah RM79 je. Niat di hati nak pergi Bandung lagi, tapi nanti banyak perabis duit plak. ouh..sapa belum baca pasal my trip pergi Bandung, boleh baca kat sini, sini, sini, sini dan sini

Airasia promotion

Booking period dari 22 Feb – 27 Feb. Travel period pula dari 13 Sep – 29 Feb. Masih sempat lagi nak beli lagi nih. Btw, I manage to buy ticket to this destination…

.

.

.

.

phuket-beach *gambar dari google*

Sapa boleh teka?… yess…It’s Phuket..ouh..tengok gambar pun dah jatuh cinta. PHUKET!..kami datang..!

www.tips-fb.com

Monday, February 21

Makan tak kenyang. Mandi tak basah

Sob..sob..sob

Tersedu sedan sebab baru lepas tengok Korean Drama. Cerita kalau tak ada part sedey memang tak sah kan. Tisu pulak asik kene re-stock je. Last week layan sampai 2 drama Korea dari siang sampai malam sampai ke pagi. Gigih tak keluar bilik kecuali nak makan dan mandi tu pun buat cepat-cepat dan sambung landing balik atas katil. Im actually bukan la suka sangat tengok cerita drama yang sampai berbelas-belas episod nih. Lain la  macam my sis yang memang addict sampai tengah preggy nih lagi teruk mengidam nya. Sampai ke malam layan cerita Korea (baby keluar nanti mesti comei macam org Korea). Sampai nama manja pun kitrg letak Mei Ling..(wtf..ni nama cina derr bukan Korea..dushh) 

Tapi kalau bila dah start tengok, mesti tamau berenti. Pakai pengggal kah durg nih sampai tak boleh berganjak. Last tengok cerita Fullhouse (dah berapa tahun nye cerita nih). Tiba-tiba hari tuh datang mood nak layan cerita dan sekarang tengah gila tengok drama Dream High dan You’re Beautiful (akak aku yang preggy..aku pulak terkenan).

 

 

dream-high

 

taecyeon

Jatuh cinta dengan jejaka Taecyeon ini. I kan memang suka dengan muka jahat dan notty tapi sebenarnya baik hati . Ada satu part tu time meleraikan baju..ouhh..gugur jantung. 6 Packs ok..6 PACKS! Kau ader??..Cerita Dream High ni masih baru lagi. Belum habis pun di tayangkan kan.  Tinggal lagi 3 episode kot kalau tak silap.

 you-are-beautiful

Second drama I layan cerita you’re beautiful. Cerita ni asik banyak cenggeng je dengan I sekali meraung..menghayati betul kan. Balik nanti nak sambung balik tengok drama nih. Seronok gila!

www.tips-fb.com

Friday, February 18

Hidup untuk kerja atau kerja untuk hidup?

I nak tunjukkan satu benda kat y’olls.. jeng jeng jeng

.

.

.

.

.

180220111808

Omigod!!…Dah macam tong sampah kan meja nih..meja siapa ni wehhh??!!$#%#%… Nampak tak gamba yang yang tergantung tuh..haa..tu la tuan punya meja yang pemalas aka tuan punya belog. Mesti tak budget ni meja pompuan kan..*sampai hati*. Hari ini hari yang busy. Pagi ader training, balik office kene sambung keje plak. Kalau dah busy jadi la seperti ini..macam ada taufan yang melanda. Sampai botol air atas meja tuh pun tertonggeng tak sempat nak tegakkan. Calculator sampai 2. Tamak! Jangan tatau I ada kelebihan menggira menggunakan 2 calculator serentak menggunakan tangan kiri dan kanan..har har har. Paling sedih tak sempat nak makan buah Orange tuh.. Jangan la ada sape2 ambil..Kalau ambil gak lantak la, jangan mengadu kat I kalau saket perut sebab dah seminggu Orange tu tak berusik. ..*Kan dah kantoi curi buah I*.

Paling benci kalau hari Jumaat kena balik lewat (walaupun tak ada la lewat sangat). Orang lain dah bersuka ria dengan family di rumah. Tapi i????…*komitment..komitment..hinss!*

180220111809HOI!!…tu buat keje ke main twitter??!!

Disebabkan semua dah balik tinggal I sorang je..kene la pakai earphone tuh sebab takut. I admit, I memang takut sorang-sorang kat office ni lepas dengar macam2 cerita pasal momok kt office ni *tengok cerita hantu tak takut plak!..hnss* Walaupun masih lagi terang kat lua..tapi tetap berdebar-debar juga..Nasib baik la ader lagu Hattan “Rendang tak berbuah” boleh la mengubat hati yang lara (peminat setia Hattan nih).

 

180220111811Tengok tuh..tak nampak pun bayang manusia.. T___T (jangan nampak bayang lain sudah la)

Tengah-tengah takut tuh..cuba melarikan minda ke tempat lain dengan melihat ke tingkap..

180220111812I pun boleh jadi CCTV gak kan..Sila contact I kalau nak tau traffic kat sini >_<

Nak balik kene la usha jalan dlu..Kalau tak..sia-sia stuck dalam jem dengan perut dah berdangdut.

180220111813Bukan terbakar..tapi tengah fogging tuh. Fuhh..tabik la..fogging sampai ke setiap floor tuh.

180220111814Disebabkan dah meremang segala bulu-buluan yang ada, tepat pukul 7 I bungkus-bungkus barang..cabboottttt!!.. eh eh eh..file ni jangan lupe bawak balik ye. Banyak lagi nak kene settle kan.. *tido dengan file lagi la nampak nye –_-“* Bila la dapat tido dengan husband sendiri nih..*pangggg* (ape kau mengarut nih setan!).

180220111815 Sebelum balik..kita layan dlu sunset nih..mane sunsetnya? Tak nampak pun..biasa la..kamera 3.2mp je

Dah..jum..jum..jum balik. Mak tak sanggup nak duduk lama-lama kat office ni.

 

 

/eh..ader kene mendena ke tajuk entry dgn topik nih?

www.tips-fb.com

Thursday, February 17

Belog terbaik pilihan Nazterjah

Sampai office pagi tadi terus bukak blog and terharu bila di pilih sebagai Blog terbaik pilihan Nazterjah. Actually I memang dah lama follow blog Nazterjah nih (dia tak tau nih..hehe) tapi as a silent reader jer sebelum nih (malu-malu konon dulu.. LOLz). Almaklumlah..dulu I nih buta blog and tak berapa aktif. Baru sekarang baru nak aktif dan rasa dihargai bila ada orang baca belog Iyrin ni (walaupun belog ni tak seglamer org lain) :) .

Ok.. Jum kita tengok lagi blog terbaik pilihan Nazterjah yang very the kebabom!!

Blog Perempuan tebaik pilihan Nazterjah:

ailyl 1. http://www.memorianna.blogspot.com/

weedaleim 2. http://www.weedaleim.blogspot.com/

lassie 3. http://www.lassiegewdix.com/

iyrin 4. http://www.iyrin.blogspot.com/

tomato 5. http://www.tomatokering.blogspot.com/

Blog Lelaki terbaik pilihan Nazterjah

izamir 1. http://www.izamirridzwan.com/

unwanted 2. http://www.unwanted86.blogspot.com/

budakmalaysia3. http://www.budakmalaysia.com/

ewanrani 4. http://www.ewanrani.blogspot.com/

han 5. http://www.johnjeninz.blogspot.com/

www.tips-fb.com

Wednesday, February 16

[Tips] Khasiat Putih Telur untuk Wajah

Ok, I ada satu pertua yang boleh dipraktik kan bersama. Tak kira la laki atau pompuan. Mesti ramai yang berlumba-lumba nak dapatkan kulit muka yang mulus dan tulus dan sanggup abis kan duit sampai beribu-ribu kan. Tapi I memang tak sanggup! I pakai cara yang mudah dan murah saja dengan menggunakan putih telur (abis la..kene marah dengan mak asik abiskan telur kat dapur dia =_=’). Putih telur nih I gunakan sebagai masker.

 

Tau tak manfaat putih telur nih dapat mengurangkan kesan parut jerawat, mengecilkan liang-liang roma dan baik untuk kulit yang kering dan berminyak. Selain itu juga, dapat menanggalkan withehead dan blackhead. Boleh membuatkan kulit muka lebih tegang dan halus selain awet muda dan melembabkan kulit sebab mengandungi protien (sebab tu la I kelihatan seperti 20 kan..haha..sila jangan muntah).

 

Cara nya mudah saja:

     

  • Ambil sebiji telur kemudian pecahakn kedalam mangkuk. Ambil putih telur saja tau dan asingkan kuning telur.

     

  • Pukul telur dalam mangkuk

 

Putih telur 

 

  • Dengan menggunakan kapas (koyak kan kepada 2), celup dalam telur dan terus tepekkan ke seluruhan muka.

Masker

 

  • Biarkan sehingga 30 minit atau sampai kering.

 

Bila dah kering, boleh cabut mask dari muka, basuh dan keringkan. Mesti rasa muka licin sebab blackhead dan whitehead telah dibuangkan sekali. Tak payah pakai Biore porepack pun. Jimatkan.. Cuba try dan lihat lah hasilnya.

 

 

 

 

www.tips-fb.com

Tukar Tayar

Selama 5 tahun pakai Danny, baru sekarang terhegeh-hegek nak tukar tayar (sila jgn contohi). Sangat kesian..sebab tayar dah botak teruk dan keras kematu je. Rasa macam naik lori bila drive. Aku selalu amik ringan pasal tayar sebab fikirkan tak jalan jauh. Kalau takat umah-office-umah baru 7KM je sehari. Total milage pn baru 65000KM. Tu pun setahun 2-3 kali je jalan jauh sikit.

 

Michelin

 

Dah puas survey harga tayar dekat 6-7 kedai area Kota Damansara, lastly decide tukar kat kedai ni. Dapat RM175 untuk satu tayar jenis Michelin. Gwe tuka 4 tayar terus. Dapat free alignment and balancing.

 

Pakai tayar standard je nih sebab tak tukar rim pun

 

 

Size: 175/65/R14 . Huraian untuk nombor-nombor ni

175mm = saiz lebar tayar

65% = saiz ketebalan tayar

14inci= saiz rim

 

Apa yang aku tau, Sime tayar, Silverstone, Maxxis kualiti tak berapa elok sebab baru pakai beberapa bulan, tayar akan cepat bengkak. Sebab tu la aku choose Michelin.

 

Sebelum tukar, kene tengok jugak rangkaian nombor yang ada dekat tayar untuk pastikan tarikh dikilang (minggu dan tahun). Biasanya, tayar boleh boleh tahan lepas 2 tahun dikilangkan.

 

130220111774Ni lah tayar pilihan

 

Sedikit panduan, berhati-hati lah bila nak tukar tayar takut kene tipu dengan tokey kedai especially perempuan. Mentang-mentang perempuan, korang amik kesempatan kan..haipp!!  Panjang akal je durang nak tpu nanti. Pergi la dengan kawan atau husband masa nak tukar tuh.

 

130220111782

 

Kedudukan tayar pun kene selalu tukar setiap 3 bulan atau setiap 10,000KM dengan tukarkan tayar kanan depan tukar ke kiri belakang dan tayar kiri depan tukarkan ke kanan belakang. Masa nak service kereta tu boleh mintak tukarkan kedudukan terus. Tujuan nya kerana tayar depan selalu cepat haus berbanding tayar belakang. Ini dapat memastikan keselamatan semasa drive.

 

Kena selalu juga check keadaan bunga atas tayar. Kalau bunga dibahagian kiri dan kanan lebih cepat haus berbanding tengah, ini bermakna tekanan angin kurang dari yang sepatutnya. Namun, sekiranya bunga dibahagian tengah lagi cepat haus berbanding kiri dan kanan, bermakan tekanan angin tinggi.

 

I tukarkan juga chamber tayar depan sebelah kanan sebab dah makan dalam. Kena RM35 je. Ok..Nasib baik kedai ni tak tipu aku. Masa blogwalking arituh, ada baca org pernah kena tipu sampai RM100 untuk sebatang camber saja =_=”

 

Overall, aku suka kedai nih sebab staff kat sana tak amik kesempatan. Tak ada pun nak suruh tukar yang bukan-bukan. Bila aku suruh check je dia akan bgtau apa problem kat kete aku nih. So far dia kata kereta aku nih tak ada problem sangat. Wahh….pemandu berhemah jugak aku nih kan >_< (sebenarnya selalu bawak 70km/j je..hahha..siap la sapa naik kereta ngn I..dari 30 minit, boleh sampai 45 minit).

www.tips-fb.com

Saturday, February 12

Tips Melancong di Bandung [bhgn 2]


Dah abis baca Tips Bandung sebelum nih? haa..Belom?Kalau belom sila baca cepat.. Skang Gwe nak sambung and share  lagi tips Bandung untuk memudahkan perjalanan nanti. Hopefully dapat lah tolong korang sikit walaupun me bukan la otai sangat dengan selok belok kat sana.





Beg/Pakaian
Ni sangat penting sekali. Jangan datang sane bawak baju penuh satu beg macam nak terus pindah sana(tau la awek and balak kat sane ensem-ensem…haip!). Bawak baju sehelai dua atau datang la sehelai sepinggan pun tak pe. Bawak beg kosong je lagi afdal. Dalam beg tu korang letak lagi bag kosong (bag dalam bag :)). Jimat..tak payah beli bag kat sana banyak-banyak. Sampai je sana korang boleh shopping baju untuk guna sebab baju dan seluar memang murah. Lagi satu, dapat jimat space untuk letak barang yang beli kat sana nanti.

Bawak juga bag pack supaya senang korang nak lanting-lanting kan barang masa shopping nanti. Berat kalau nak sangkut beg plastik yang banyak kat tangan dan juga tak selamat sebab barang senang tercicir kalau leka.  Macam yang jadi kat aku hari tuh, nyaris-nyaris ok barang nak tercicir dalam angkutan T_T. Nasib baik perasan. Kalau tak, tak merasa la glamor pakai seluar Eksekutif yang baru beli tu..hehehe





Convertor
Pastikan ada convertor. Korang boleh sediakan sendiri atau pakai aje application yang ader dalam HP (sekarangkan semua org dah pakai HP mahal-mahal).  Aku pakai nokia E71, so kat HP ni memang dah ader convertor. Just masuk kan rate dan ting…! It is ready to use. Memudahkan untuk kira and budget masa nak bayar nnt sebab duit durang juta-juta kooo (duit Rp500 pakai syiling je). Kadang-kadang still confuse lagi nilai nya... Untuk yang first time datang sana mesti tak biasa lagi dengan duit durang ni..





Sediakan duit kecil
Kat sana, korang akan banyak guna duit besar-besar je (macam Rp50K, Rp1000k). Tapi pastikan juga korang ader simpan duit kecil jugak. Penting untuk ape? Kat sana peminta sedekah bersepah kat tepi-tepi jalan. Apa salah nya bagi sedikit duit kat durg nih..Kalau bg Rp5000 pun durang dah tersenyum lebau sampai ke telinga. Nak naik angkutan pun kene pakai duit kecil gak. Kat sana durang ada tips, kalau naik teksi atau ader orang tolong angkatkan bag ke atau ape-ape aje..jangan lupe bg tips.. bg la dalam Rp1K-Rp3K..tu kira sedekah la.




Makanan

Aku suke pergi ke Indonesia sebab tang makanan nya yang meletop!..sampai mkn KFC kat sana pun aku rasa best sangat. Dapat makan aiskrim durian memang tak toleh kiri kanan dah.  Brownies kat Kartika Sari memang wajib kena try. Ader brownies bakar and kukus. Hari tu I beli brownies bakar, tahan lama sikit..sampai makan pun secubit-secubit…syg nye nak abis kan..sedap sgt!


Untuk yang berperut sensitip tuh..jangan makan kat tepi-tepi jalan. Kita tak tahu tahap kebersihan nya macam mana. Nnt buat spoil mood shopping je asik cari toilet untuk memerut.. haru beb...





Spa dan Massage
Orang kata kalau pergi Indonesia kene try spa or massage kat sane… Bila dah try baru tau best ke tak kene ngomol-ngomol.. Hari tuh tak sempat nak message satu badan..tapi dapat urut kaki pun rasa nikmat apatah lagi kalau dapat urut satu badan..ppergghhh..mesti nak suruh urut sampai esok..plss..plss..



Sampai sini dulu…kalau ada apa2 sila la tanye..




Tata..









www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain