Thursday, March 1

Cara paling jimat untuk pergi ke KLIA dari KL Sentral

Ada terbaca dekat post facebook haritu pasal cara-cara nak jimat untuk pergi ke KLIA2 kalau dari KL SENTRAL. 

Wtf, bila baca post tu pun dah naik pening kepala. Belum buat pun dah rasa penat. Tips yang viral tu suruh naik KLIA Transit lepas tu beli tiket sampai station putrajaya kemudian kat station tu kena turun then beli pulak lagi tiket sampai klia. Eh..banyak nau kerja kooo..kuasa la aku nak turun naik train. Kalau bag tak berat takpe la dik oii. End up..aku rasa tiket ERL tu still mahal bagi aku.



Kan ke ade cara lagi jimat. Naik je la bas terus dari kl sentral terus sampai klia2. Baru rm10 (sehala) je dik non. Jimat masa dan tenaga kau sebab tak payah nak tunggu bas lame2. Asal bas penuh je terus gerak. Bas memang sentiasa ada je. Bas pulak memang direct pergi ke KLIA2. Tak de berenti-berenti dah.

Ni kalau naik ETS mesti ade waiting time kan. Pastu nak turun beli tiket lain lagi confirm kena tunggu lagi. Semata la kau. Lagi satu kalau bawak budak2 gigih la kan nak angkut turun naik train tu. 

Bagi yang tak tau, bas untuk ke KLIA boleh amik dekat bahagian luar KL Sentral tu. Yang menghala ke NU SENTRAL. Kalau dari KLIA2 plak, kene turun bahagian bawah tempat banyak2 bas. Kalau tak tahu juga, kau pergi la tanya staff dekat situ. 

So mana lagi jimat sebenarnya? 

2 comments:

  1. hehehe
    betul tu
    naik bas jer senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..bagi saya naik bas la paling senang dan jimat

      Delete

Ratings and Recommendations by outbrain