Monday, March 5

Boracay Island [Part 2]

Entry Boracay haritu pun tak dan nak habiskan. Tapi disebabkan ada permintaan untuk up entry pasal travel ni, I try rajin-rajin kan diri. Kali ni akan cuba pulun habis-habisan.

Sambungan daripada enrty Boracay ni, mission hari ke-2 adalah check-in guesthouse yang lebih murah untuk malam-malam yang akan datang dan mencari makanan halal. Makanan  dekat sana  sama ada mahal atau pun harga sederhana. Tak ada yang murah pun kat sana. Tapi realitinya memang susah sikit nak cari makanan halal dekat sini. Kalau ada pun maybe ada 1-2 kedai je dekat Pulau Boracay ni. Tapi kalau kedai Arab memang mahal betul. Kitorang punya travel tak ada lah nak bermewa-mewah pun. Yang penting kenangan tu. Nanti baru lah boleh cerita dekat anak cucu. Ahaks..


Ni dekat kedai yang dapat masa tengok dekat dalam Destinasi Budget. 

Kena la jugak dengan citarasa walaupun rasa masin-masin sikit. Tapi kalau 12 hari makan benda yang sama naik jemu jugak sebab memang tiap-tiap hari kedai ni akan masak menu yang sama je. Pilihan memang tak banyak. Boleh la untuk buat makan tengah hari dan malam. Ouh..malam pun lauk yang sama juga. Maknanya lauk tu memang durang masak sekali sampai la malam. Tiap kali makan kat kedai ni selalu juga jumpa orang kita kat situ. Kiranya memang sangat limited la kedai halal kat sana. Kedai Arab ada juga kat situ, tapi tak kan hari-hari nak makan kat kedai Arab. Mau kokak poket. 

Next, perut pun udah kenyang, hari ke-2 punya aktiviti nak releks-releks saja sambil ber sunbathing. 

Laut biru, langir biru, pasir putih

over nau pakcik  ni


Serius tau laut kat sana memang biru clear macam tu. Pasir lembut plak tu

Tapi time ni memang panas betul. Sekejap je dah golap. Tapi takpe..mana nak dapat view macam ni kan. gelap pun gelap la. I sanggup u!





Kat sana ada budak-nudak yang teror buat pasir macam ni. Tapi kena la bayar sikit kat durang. 28 Jan 2015.3 tahun punya backlog ni.


MasyaAllah. Cantik sangat. Layan sunset sambil layan mangoo shake. Heaven!

For me, 4-5 hari pun dah cukup kat sana. Weolls memang cuti lama-lama baru la puas. Tapi disebabkan Pulau ni pun kecik je..rasa cepat bosan gak. Ingat kan kat sana macam Thailand, boleh nak lompat-lompat pergi ke pulau lain-lain. Rupanya nan ado. Tu la tak buat reasearch dulu sebelum pergi.

2 comments:

  1. hehehe
    apa2pun dah sampai
    dan pantai nya cantik sangat

    ReplyDelete

Ratings and Recommendations by outbrain