Tuesday, January 9

Thailand 2014: Krabi - Koh Phi Phi [Part 2]

Krabi - Koh Phi Phi [Part 1]

Hah! Pejam celik pejam celik nak 4 tahun kau baru nak update blog. Empat ok..EMPAT! Nampak tak...kemalasan yang tahap kronik punya. Sindrom mak-mak sangat. Macam-macam sebenarnya dah berlaku dalam 4 tahun ni. Sebelum ni bujang..sekarang dah kahwin dan alhamdulilah dah ada nak. Anak pun dah 2. Hectic life sangat katanya. Nak pegang handphone pun tak dan dah.

Btw, macam nak sambung balik cerita cuti 4 tahun lepas. Ingat-ingat lupa la susur jalur percutian tu. Simpan cerita lama-lama baru la seronok. Ada element of surprise gitu. Mesti rasa  nak baca pun dah menyampah kan..huahuahua...

Actually dah ada lama dah dalam draft. Tapi sampai sudah tak publish. La ni baru nak update.

Read previous entry HERE

Untuk hari yang ke-2, memang dah ada dalam plan untuk ke Koh phi Phi island and spent 2 nights di sana pula. Pagi tu terlambat sikit turun. Tau-tau driver van dah hon-hon sambil bercekak pinggang dekat bawah. Orang lain pun dah tunggu dalam van tu. yaaaa hampunn...On time durang sampai. Nasib baik tak kena maki. Haa..make sure korang standby awal2 la ye. Jangan perangai macam kitorang ni. Memang jenis mintak kaki ni



Dapat beli tiket ke Koh Phi Phi dengan harga 500baht (return) (ni harga 2 tahun lepas. Sekarang punya harga tak pasti pula). Perjalanan dari Krabi ke Koh Phi Phi dalam sejam lebih. Kali ni bila naik ferry ada perasaan nervous takut terbelahak sebab pengalaman di Koh Phangan dahulu. Tapi nasib baik laut tenang saja. Sampai di jeti Koh Phi Phi terus jadi jakun sekejap. Padahal dah 2 kali pergi ke PhiPhi. Tapi kali ni sampai the other side of PhiPhi. Dulu ikut Island Hopping je. So sekarang mereka turunkan kat tempat lain. Koh Phi Phi ni pulaunya kecil saja. Transport yang ada hanyalah basikal. So dapat bayangkan tak betapa kecilnya pulau ni. Kecil-kecil pun tapi happening  uoolllsss... mommy suka! This is so me...


Dekat atas feri

Perghh...laut biru kauuu. Clear lagi..memang cantik sangat-sangat. 


Dekat jeti kena bayar lagi 20baht seorang untuk kos pemuliharaan katanya (sekarang tatau berapa dah).

First agenda kena cari guesthouse yang dah book siap-siap dari Agoda. Cadangnya book untuk sehari je dulu. Sampai sana baru nak cari yang lain. Disebabkan pulau ni kecil, takut bilik murah dah penuh tu pasal la book guna Agoda je (we olls prefer cara backpackers saja. Selagi boleh jimat, kita jimat. Tak ada la nak bermewah-mewahan. Yang lebih penting 1001 kenangan yang akan di bawa pulang nanti.)


Dapat book Coco's Guesthouse. Guesthouse ni jauh kedalam sikit dari jeti. Dah sampai sana pandai-pandai la kau cari sendiri. Tak pun tanya orang. Bukan susah pun.



Overall bilik ok la..biasa-biasa je. Sangat simple tapi nasib baik ada aircond. Memang panas ting ting masa sampai sana. So lepas check in kita rehat-rehat amik nafas kejap sebelum keluar semula berjalan.



Ni la Koh Phiphi Island. Kecik je. Sehari dah habis pusing. Main transport basikal tua. Pulau ni memang penuh dengan backpackers dari serata dunia. 



Laluan untuk ke guesthouse. 

Tangga untuk ke lookout point. 

Ok, lookout point ni wajib pergi tau! Sebab view dari atas memang santek sesangat. Dedulu kami fit. Setakat naik tangga tinggi-tinggi macam ni ape la sangat. Kalau sekarang suruh repeat, rasanya tak sampai separuh jalan dah surrender. Nak sampai atas ni boleh tahan juga kena mendaki. Make sure bawak air sendiri dari bawah.

Almost there...

Sikit lagi... 

Lagi sikit

Fuh...baru sampai point no 1. Kat sini tak cantik sangat. Kita naik atas lagi..ayoh

5 minit je lagi 

tara....sampai!

Layan la view dari atas ni puas-puas. Baru la rasa berbaloi naik atas. Ye dok...








Cabaran untuk turun pula


Koh Phi phi di malam hari



senja

Aktivi di tengah malam. Sapa cakap tak happening..Bosan-bosan time malam boleh layan orang main api berlatar belakangkan lagu disko..hahhah

til then...

2 comments:

  1. Perghh dapat bayang masa view pantai dari atas angin pula datang sepoi-sepoi bahasa. Indahnya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..tenang setenang tenangnya dekat atas tu. Rasa nak pergi lagi je

      Delete

Ratings and Recommendations by outbrain