Saturday, January 6

ASB online

Tak tahu lah kalau ramai dah tahu ke belum. Tapi saja je nak share dekat sini.

Awal-awal tahun macam ni mesti ramai yang tak sabar nak check duit dividen ASB kan. Sekarang dah senang dah sebab boleh check online je. Tak payah susah-susah beratur dekat bank lagi.

Cara nya mudah je:
1. Daftar nombor telefon bimbit di cawangan ASNB atau agent untuk pengesahan TAC.

2. Layari web www.asnb.com.my dan click 'Daftar sini'.

3. Lengkapkan proses pendaftaran dengan mengisi semua maklumat.

4. Selesai! Simpan kata laluan sementara.


Sekarang dah mudah nak check balance dan tambah pelaburan. Hari-hari nak check pun boleh. Tapi untuk sebarang aktiviti pengeluaran, tetap kena buat di mana-mana agent ASB. Lagi satu, sekarang dah tak perlu pakai buku lagi. Hanya menggunakan kad pengenalan saja. 

No comments:

Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain