fb Twitter

Friday, February 27

Boracay Island - Part 1

Sebelum entry ni diperam lebih lama lagi, baik i post cepat-cepat. Kalau tak memang berkurun nak upload blog ni. 

Anyway, ni sambungan daripada entry sebelum ni. Eh, sebelum tu blog ini aku akan jadikan travel blog saja. Kalau pergi bercuti mana-mana je baru update blog. Boleh? Personal story luar dan dalam kain tu better aku simpan sendiri saja la kan. Orang pun tak berminat nak amik tau kan. Tapi tatau la kalau esok-esok bertukar jadi parenting blog pula.

Boracay terletak di Philippine iaitu kira-kira 4 jam perjalanan dari KL. Cara nak ke sana mudah je..Tapi agak renyah sikit. Ok. Ni cara paling jimat untuk ke Boracay. Bermula dari rumah, park kereta di tempat keja terus jalan kaki ke LRT untuk ke KL Sentral. Kemudian naik bas terus ke KLIA2. Dari KLIA2, naik Airasia untuk ke Kalibo. Sampai airport Kalibo naik van ke Aklan. Sampai Aklan baik ambil boat untuk ke Boracay. Lepas tu naik tricycle untuk ke White beach. 


Anyway, currency kat sana pakai Peso. Masa pergi tempoh hari, dapat rate 100peso = RM8.35

Airport dah cantik dah!!. Jakun sekejap

Di waiting area sementara tunggu naik ke pesawat

Jumlah masa perjalanan untuk sampai ke Boracay:

Bas dari KL Sentral - KLIA2 : 1 jam
KLIA2 - Kalibo: 4 jam
Van dari Kalibo - Aklan: 2 jam
Boat dari Aklan - Jeti Boracay: 10 minit
Tricycle dari Jeti - White Beach: 10 minit


 
Permandangan dari Kuala Lumpur


Kalibo dari atas


Dekat Aklan ni macam town biasa. Tak ada apa yang menarik pun. Jalan pun agak busy juga masa tu.

Ni la tricycle yang boleh sumbat ramai-ramai orang tu. Comel giler


Sampai-sampai hotel je dah gelap. So 1 hari tu memang habiskan masa untuk perjalanan saja. Dekat Boracay ni dibahagikan kepada 3 station. Station 1, Station 2, Station 3. Kalau backpackers, boleh duduk dekat Station 3. Banyak tempat tinggal yang murah-murah.

Untuk hari pertama, memang dah book siap-siap guesthouse dari booking.com sebelum bertolak. Tajuk tempat tinggal tu Blue Bamboo Hostel. Disebabkan kami ni honeymoon backpackers style, had budget untuk 1 malam below RM100. Mampoo? Kalau dapat lagi murah lagi bagus sebab cuti boleh tahan lame jugak dalam 10hari 9 Malam. Memang kaw-kaw bercuti kali ni.

First time bernasib baik sebab bilik yang di tempah telah penuh jadi mereka upgrade ke bilik yang mahal sikit.


 Bilik yang telah di upgrade

Ikutkan bilik yang telah di booking shared bathroom with fan tapi upgrade dapat attached bathroom. Aircond ada tapi mereka sorok remote ganti dengan kipas. cit!Remote pun nak sorok. Bilik ni boleh tahan kecik juga. Muat-muat sorang untuk jalan je. Tapi yang best wifi laju. Dapat je wifi mengelitat dua-dua sebab sibuk nak update IG la, wechat la, fb la. Tah ape-ape!






Disebabkan masa survey-survey kat booking.com dengan Agoda, bilik paling murah kat sana pun RM90++ so decide book sehari je la dlu. Sampai sana mesti ada lagi bilik paling murah. Ramalan ku benar belaka. Memang ada bilik murah kat sana tapi tak masuk dalam booking or Agoda. 

Yes! dapat jimat banyak. Tapi bilik memang basic gila la. Attached bathroom, No hot shower, no aircond. Ada kipas pun dah cukup. Lagipun aku bukan tahan aircond sangat. Kalau sejuk-sejuk memang hidung akan tersumbat punya. So kalau korang bukan hati kental macam aku, tak payah la ikut cara aku ni. Nak bilik selesa beraircond bagai, katil nak empuk silakan cari. Memang bersepah kat sana.




Misi pertama sekali lepas dah check in mestilah nak mencari sesuap nasi. Memang lapar teruk sebab last makan dekat KLIA tu pun makan mcsausage saja. Pandai pulak tu tak bawak langsung instant food dari KL. Kedai halal kat sini memang susah nak jumpa. Nak makan seafood tapi mesti ade kerbau pendek tu tersentil dalam menu. otomatik hilang selera. Kembang tokak terus.


Puas pusing-pusing cari kedai makan, end up jumpa kedai Arab. Kalau nama pun kedai Arab, harga dah boleh agak sendiri dah. Tapi di sebabkan memang dah kelaparan terpaksa makan dekat situ juga. Nama kedai The Kingdom of Boracay. Kalau tanya kat mana kedai ni memang gwe tak ingat. Kalau tak silap dekat dengan D'Mall. Kena masuk dalam-dalam sikit.

Harga sepinggan nasi dalam 500peso dalam RM40++. Memang sekali je la makan kat situ sepanjang berada di Boracay.

Sebelum tu beli roti dengan peanut butter bawak balik hotel. Sambil-sambil tu survey sekali bilik check-in keesokan hari nya. Cari punya cari punya cari punya cari, jumpa bilik paling murah 700peso semalam dekat station 3. 700Peso uollss! Terus deal dengan owner. Owner pun sporting. 


Sebab dah malam, kaki pun dah penat, lepas melakukan tinjauan, terus pulang semula ke bilik untuk berehat. Kita sambung esok pula ye.







Jumlah perbelanjaan untuk hari pertama 
Bas dari KL Sentral ke KLIA2: RM10 

Van + boat: 250 peso 

Tricycle: 100 peso 
Guesthouse 1 malam: 900 peso 

Dinner di kingdom of Boracay: 600 peso termasuk minuman  
www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain