fb Twitter

Thursday, May 29

Perjalanan untuk menjadi lebih fit dan sihat

Remember my post here?. Dalam entry ni I just nak share how I tone my body especially my thighs and legs. Untuk kurangkan berat badan, diet dan workout is a must!. Tak boleh pilih salah satu tau. Kalau diet saja tapi tak workout still you won't get badan yang di impi-impikan. Kalau workout 5 kali seminggu tapi tak jaga diet badan tetap akan macam tu juga. Diet dan workout haruslah seiring dan sejalan. Satu lagi, diet bukan bermaksud skip makan, tapi makan makanan yang berkualiti untuk badan. Untuk sehari, I akan makan sebanyak 6 kali dalam kuantiti yang kecil.

Ok. Meh cerita pasal workout dulu. Pada permulaannya, I memang tak suka sangat workout. Nak jogging pun malas. Sampai satu tahap bahagian pinggang dan ke bawah makin lama makin membesar. Tapi badan kecil pula. Nampak tak macam tak balance kan. Dulu pun nak makan I belasah je nak makan apa pun. Nasi memang tak boleh tinggal punya. Luckily I found my soulmate (Mr.Q), dia yang galakkan untuk I bergiat aktif bersukan..cewahhh. Mr.Q, memang jenis akan habiskan 5-6 kali seminggu untuk gym. So badan memang dah katang dah. Mana boleh tahan beb, badan dia makin lama makin taff, badan gue pulak makin lama makin membolat. pergghh..jatuh la market cenggini.! 

So slowly I start dengan swimming. Dulu I lagi suka swimming dari berjogging sebab mudah semput kalau berlari. Nampak sangat stamina bersepah. Lebih kurang 2 bulan juga I swimming. Kemudian I start pula masuk gym. Tu pun cari gym yang bayar walk-in. Tak koser den nak pergi gym yang kena bayar monthly tu sebab registration, gedebak gedebuk semua dah beratus-ratus. Most of the time I memang gym sorang-sorang. Kadang-kadang je I akan gym sekali dengan MR.Q. Yup, memang tak dapat nak dinafikan akan ada seribu satu alasan bila nak gym. Rasa malas la, rasa penat la, rasa lapa la..last-last terus tak pergi. Sebab tu kalau boleh cuba cari partner sorang supaya tak bosan dan boleh jadi supporter.

I keep pushing myself sampai la satu tempoh semangat untuk bergym tu sampai. Alhamdulilah, sampai sekarang I boleh maintain untuk workout 4-5 kali seminggu. Perlu disiplin dan konsistent untuk dapat kan result yang diingini. Jangan mudah putus asa dan jadikan aktiviti bersukan sebagai keperluan hidup.

My main concern adalah untuk kecilkan bahagian peha. Ni memang masalah utama dari dulu lagi. Jadi I akan buat cardio + weight training. Tak ada workout untuk hilangkan lemak di bahagian tertentu. Kalau nak hilang/kurangkan lemak, kena banyak kan aktiviti cardio (swimming, jongging, berbasikal, aerobik, boxing) Untuk workout routine pula, I buat setiap bodyparts tapi akan bahagian mengikut hari.

Selasa : Back + Abs 
Khamis: Leg + shoulder
Sabtu: Chest + Tricep + Abs
Ahad: HIIT cardio

Setiap kali lepas workout, I akan sudahi dengan jogging selama 20 minits. Seminggu sekali akan buat HIIT (high-intensity interval training) dan plyometrics. Kenapa I buat setiap bahagian badan, supaya lebih balance dan uppper body lebih kuat dan paling penting untuk build muscles.

I tak suka nak habiskan masa berlari berjam-jam atas treadmill saja sebab cepat bosan dan tak puas. Tapi I tengok kebanyakkan perempuan suka sangat main treadmill tak pun mengayuh basikal. Bukan tak bagus, treadmil dan berbasikal memang elok sebagai cardio  dan menjadi lebih fit dan badan akan jadi slim saja. Untuk dapatkan badan yang  lebih tone, cuba selang-selikan dengan weight training/ body weight training untuk membina kekuatan dan develop muscles. 

Tapi rata-rata perempuan sangat takut untuk buat weight training sebab takut jadi badan sasa ketul-ketul macam laki kan, takut peranakan jatuh dan sebagainya. Trust me, badan perempuan tak akan jadi ketul-ketul macam tu sebab kita kurang hormon testosterone. Even kalau perhati laki yang jenis main gym pun, badan durang sebenarnya susah untuk besar dan ketul-ketul tu walaupun dah main bertahun-tahun ni kan pula kita yang perempuan ni.

Kalau nak dapatkan bontot tinggi yang pejal, badan yang lean dan perut yang sexaaayyyyy cuba lah try weight training. Kalau nak tahu, weight training amat berkesan untuk membakar lemak sebab otot akan terbina. More muscles = less fats. Lagi satu, badan with more muscles akan rasa lebih ringan, tak mudah penat dan sentiasa bertenaga berbanding badan yang banyak lemak. Mana satu nak?



For beginner, start dengan yang ringan atau gunakan body weight saja dulu untuk dapatkan strength dan form yang betul. Lepas tu boleh lah tambah berat sedikit demi sedikit bila dah dapat kan kekuatan. Jangan paksa diri kalau tak mampu nak angkat berat takut nanti dapat sakit yang lain pula. Buat sekadar yang termampu atau make sure ada coach untuk membantu. I banyak belajar melalui youtube, instagram dan suka tanya orang untuk dapatkan foam yang betul dan macam mana untuk hit muscle dengan lebih effective.



 Semua laki sado kat situ. Aku sorang je perempuan. Peduli la orang nak cakap ape pun yang penting sihat luar dan dalam dan I just hope dapat mengekalkan begini sampai bila-bila.

so...Lets workout!


Next, I share dari segi pemakanan pula ye .

psstt.. 7 months to go..badan kena maintain


www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain