fb Twitter

Thursday, April 10

Koh Phangan - Koh Tao - Koh Samui - Part 2

Memang berzaman la nak keluar entry baru. Ada banyak je masa terluang sebenarnya, tapi kemalasan melanda.. Bila rasa-rasa mood nak update blog tu sampai, baru la rajin nak menjengah.

Entry ni dah lame sebenarnya terperap dalam draft. huhuh 

Jom la sambung story holiday yang belum habis tempoh hari. As mentioned from previous entry, 5 malam dekat Koh Phangan memang tak dapat buat banyak aktivi disebabkan hujan. Ada satu hari tu sewa motor, tapi baru setengah jam meronda hujan turun dengan lebat. Rasa rugi sangat-sangat walaupun hanya 200baht saja. Banyak habis kan dekat sekitar resort dan pantai Haadrin saja.

Read previous entry here:


Pada hari yang terakhir tu awal-awal pagi lagi check out untuk ke Koh Tao pula. Spend 2 nights dekat sana. Untuk transport, kami beli melalui agent di Koh Phangan. Harga 500baht seorang termasuk pickup dari hotel dan feri. Kali ni try naik Seatran pula. Service memang ok sangat-sangat. Gerak on time tapi keadaan laut masa bulan November memang teruk. Terumbang ambing dalam feri sampai muntah berkali-kali. 

Masa ni baru saja lepas hujan. Kat sana ada satu je den tak gemor, hanjing bersepah-sepah kauuu. Tapi pandai pulak behave kan. Tak menyalak pun dekat strangers. Lagi nak gedik-gedik ade la..puiii..nyah kauu!! 

Perjalanan lebih kurang 1 jam setengah dari Koh Phangan ke Koh Tao. Sampai-sampai jeti pickup dari hotel dah sedia menunggu. Yang pickup ni I memang dah email awal-awal dengan pihak hotel supaya sediakan pickup dari pier. Paling best FOC!. hehe .. Patut la FOC, sebab jarak dari hotel ke pier tak sampai 2 minit pun, kalau naik kereta la.

Map Koh Tao. Kecik je sebenarnya Koh Tao ni. Cukup setengah hari pusing naik motor


Di Koh Tao, kami menginap di Toscana Resort. Book from Agoda je. Resort yang sangat lah cantik dan murah. Kami dapat RM101 saja untuk 1 malam. Murah tak? Murah kan... Semuanya perfect dekat resort ni. Cuma location nya agak jauh sedikit dari Pantai Sairee. Lebih kurang 20-30 minit kalau jalan kaki. Satu lagi, resort ni tak disediakan perkihmatan sewa motor. Kena cari dekat sekitarnya. Kalau nak sewa motor, lebih baik cari tempat yang nampak selamat sikit sebab nanti kena tinggalkan passport dan satu lagi banyak yang terkena scam dekat sana. So, be careful! Alhamdulilah, kami tak kena apa-apa. Owner kedai motor tu nampak je ganas sebab bertato dan muka garang. Sebenarnya baik hati sangat. Cakap pun molek je. Don't judge a book ok! Sebelum kunci bertukar tangan, make sure amik gamba motor banyak-banyak. Yang mana ada calar atau terkurang tu supaya tak ada sebarang masalah masa pulangkan semula motor. ok!

 Sampai-sampai je semua rasa excited sangat sebab cantik bak hanggg, sama seperti yang digambarkan dalam website. Tempat dan landscape pun tenang je. 



This is the first thing yang kami nampak. The introduction of the resort.

Wait until u walk inside. Memang tak sangka boleh dapat harga yang murah dengan resort yang macam 4 bintang ni. 

Jom round-round 

 Our room. Luas sangat ok. Tak dapat identify bentuk ape towel tu sebenarnya. Macam tapir pun ye jugak. *confuse*




toilet pun bersih dan besar

Kami dapat bilik 2nd floor. Setiap bilik memang ada balkoni.

Jumlah bilik kat sini tak banyak sangat. Maybe less than 50 bilik je kot. Sebab tu rasa sangat privacy.

Kiri kanan neighboor semua Caucasian. 

Fridge pun besar dalam setiap bilik okeh!

Mini swimming pool with magnificent view.

View from our room



Untuk gambar ni, I guna Gopro Hero 3 +, black edition. I just add a bit of color untuk buat gambar ni lebih menarik. eh..Menarik ke? 





konon-konon berseni la sangat kan

Gopro ni memang marvelous. Gambar high resolution, camera size kecik pula tu. Senang nak bawak mana-mana.

I like the left building the most. Macam ala ala french pun design. 

Relax by the swimming pool

Lounge area


For me, I paling suka Koh Tao. Koh Tao ni pulau yang terkecil berbanding Phangan dan Samui tapi tetap meriah. Pulau ni lebih laid back sikit. Jumlah tourist pun tak seramai Samui.. Pantai yang utama dan menjadi tumpuan di sini ialah pantai Sairee. Lagi satu, kalau minat diving kat sini salah satu tempat yang cantik untuk dive.


Untuk 3 hari dekat sini, tak banyak aktiviti dapat buat sebab cuaca memang hujan saja. Most of the time jalan-jalan pergi makan dan round island naik motor je.


Sampai-sampai semua kelaparan, dan keluar la kami untuk mencari kedai halal. Tapi non ado. Or maybe kitaorang yang tak pandai cari. Puas la pergi dari satu kedai ke satu kedai yang lain.


So we decide makan dekat kedai yang tak serve pork. Sampai satu kedai ni, belek-belek menu dulu tengok ada jual pizza dan makanan western.   


last-last 3 hari dekat sana melantak je kat kedai ni siang malam. Makanan pun sedap-sedap. Jangan verangan la nak jumpa tomyam ke pulut mangga ke sana. 

Farango Pizzaria


Harga boleh tahan mahal. Kat sini makanan memang semua mahal-mahal. Lagi satu best kedai ni sebab ada juga terselit makanan thai kat sini. 

Green Thai, my all time favorite food di Farango pizzaria ni. Kebanyakkan menu thai dalam kedai ni memang sedap. 

Malam pun dinner kat tempat yang sama juga


Selesai makan, terus jalan-jalan di sekitar pantai. Masa sampai tu air tengah pasang. Tak dapat nak bercanda di tepi pantai.









Hari pertama terus sewa motor untuk pusing satu pulau and we end up mango view top. Actually kalau berani boleh la guna motor untuk naik sampai atas. Tapi jadi tak berani sebab jalan tu sangat curam. Dah terbayang motor bertonggeng kebelakang je.

Kalau jalan kaki ade la dalam 30-45 minit nak sampai atas bergantung pada kelajuan korang jalan kaki. Tapi kalau naik motor 5 minit je sampai dah. Gigil-gigil kepala lutut naik bukit atas tu.










Malam hari we olls just jalan-jalan sekitar pantai Sairee tu sambil tengok-tengok bapok. Kat mana-mana pelosok Thailand memang ada saja kaum-kaum ni. Sexy sangat la kau tu kan... (sorry, gamba bapok takde.sebab dah muak tengok)





For second day tu memang tak buat apa. Just round island sebelum pulang kan balik motor. Sewa motor 2 hari pun dah lebih dari cukup. Mostly orang datang sana pun untuk diving dan tak banyak aktivi kecuali sunbathing. Tapi nak sunbathing ape tengah-tengah hujan -_-'


tengok la gamba yang boring ni.








Cuaca mendung je sebab dan tak lama lepas tu hujan pun turun 








hoi..hoi..hoi...buat ape tuuuuu


Cuba teka ada apa di sebalik batu belah ni.....jeng..jeng..jeng...


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.

.
.

.
.
.


Taraaaaa...!!!





Kat sini ada Resort rupanya! Tah ape tah nama resort tu. Lupa dah. Tapi view yang ni yang paling menyengat!












acaner..menarik tak?


Fefeling la tu kan. Ni restoran yang terletak dalam resort tu. Memang romantik habis!







Untuk hari ketiga di Koh Tao, siap berkemas-kemas untuk check-out dan next destination was Koh Samui. Kami pilih Koh Samui paling last sebab dekat nak balik ke Surat Thani nanti sebab ni island yang paling hampir.


Tiket feri dah beli siap-siap dari resort. Harga pun dapat sama saja yang tertera dekat gamba atas tu. Tapi still kena beratur untuk collect tiket.  

Pakat-pakat nak pergi mana ramai-ramai ni?


Terpaksa telan ubat seasick ni di sebab kan trauma mabuk sebelum ni. Beli dekat farmasi di Koh Tao. Harga tak ingat. Lebih kurang RM15-20 macam tu. Mahal kan? 

Tapi wa cakap lu..ubat ni memang buat mengantuk kaw-kaw. Langsung tak bagi chance punya! Tau-tau je dah sampai Koh Samui. Durang ni bagi ubat mabuk laut ke bagi ubat tidor ni?? Bayangkan perjalanan lebih kurang 2 jam lebih untuk sampai Samui I langsung tak sedar. Memang lena la tidur dalam Feri tu. Sedar-sedar je mat saleh kiri kanan dah pegang plastik hitam. Muntah lettew.... Rasa bangga kejap sebab walaupun feri tu terhuyung hayang, I masih boleh lena siap termimpi-mimpi lagi. 


Paling tak best I terkena lagi feri delay. Kali ni paling lama dalam 2-3 jam jugak. Memanjang la kau delay. Lain kali tak payah naik Lomprayah. Kalau laju pun feri tapi delay memanjang sama la jugak sampai. 

So ape lagi...terpaksa jalan kan aktiviti skodeng mat saleh yang topless. Tapi make sure sunglass tak tanggal ye









Kena tunggu lagi sebelum dapat naik feri




Till we meet again 









Untuk kesenangan uollss, ni I letak harga feri. Baik tak i? *puiii




lastly, kalau nak tengok gambar-gambar travel I, boleh follow IG 'iyrinlatip'. I memang tak suka amik gambar sendiri. Sebab tu la tak banyak pun gamba sendiri. Jadi behind the scene pun cukup la.



www.tips-fb.com

1 comment:

Ratings and Recommendations by outbrain