fb Twitter

Wednesday, December 18

Holiday Trip - Koh Phangan - Koh Tao - Koh Samui (13D12N) - Part 1

Longest vacation ever. Hamik kau..nak cuti sangat kan...Sekali cuti sampai 13 hari. Cost was about 1k++ untuk seorang. Backpackers style saja. Tempat tinggal cari yang murah-murah je, makan berjimat. Mampu? Vacation kali ni lebih seronok sebab dapat pergi 3 pulau yang berdekatan. Spend 5 days dekat Koh Phangan, 3 Days dekat Koh Tao dan 5 hari dekat Koh Samui

Ketiga-tiga pulau ni memang berdekatan antara satu sama lain. Dekat tak dekat jugak la, naik ferry makan 1-2 juga untuk sampai. Siap muntah-muntah bagai. Kebanyakkan penumpang memang mengalami masalah yang sama. Sampai ada yang terbaring-baring dalam feri. I would advise jangan la pergi sini masa musim monsoon (start bulan April hingga November) sebab ombak tinggi, cuaca pun tak menentu. Kadang hujan, kadang panas. Tapi masa I kat sana memanjang hujan nya T_T



Seperti biasa, cara yang senang dan jimat nak ke LCCT naik bas dari KL Sentral. Park my car dekat office, naik LRT ke KL Sentral dan dari KL Sentral terus ambil bas untuk ke LCCT. Di KL Sentral sana ada 2 bas. Kalau bas warna kuning tu RM8. Skybas warna merah RM10. I naik je mana yang nak jalan dulu.

Untuk ke Koh phangan, Koh Tao atau Koh Samui, cara yang paling senang sekali beli tiket flight direct ke Surat Thani. Dari sana kena naik bas yang memakan masa lebih kurang sejam setengah untuk ke Donsak Pier. Dan naik feri pula untuk ke pulau-pulau tersebut. Masa pula bergantung kepada tempat yang di tuju. 
Donsak - Koh samui: 45 minit
Donsak - Koh Phangan: 1 jam setengah
Donsak - Koh Tao: 4 jam setengah




Perjalanan ke Surat Thani mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah dari LCCT. Sampai di Airport Surat Thani nanti boleh beli dengan agen untuk ke destinasi pilihan. First island yang akan kami pergi ialah Koh Phangan. Kos untuk ke sana 700baht lebih kurang RM70. Kos termasuk bas dan feri saja. Sampai sana pandai-pandai la cari transport untuk ke hotel.

   



Di airport Surat Thani



 Ni bas yang akan ke Donsak pier

Untuk ke Koh Phangan, kami pilih untuk naik Lomprayah Ferry sebab nampak macam mewah je dalam Internet tapi bila dah naik baru tahu service nya out! Bayangkan untuk ke Koh Phangan mengambil masa dua jam lebih instead of sejam setengah. Masa dari Koh Tao untuk bertolak ke Koh samui pun ferry lambat. Bukan sejam. Tapi dekat 3 jam ok!. Aishh..dah terkena sebelum ni tapi gatal lagi nak naik Lomprayah. Padahal ada je feri dari company lain.

Sampai sudah di Donsak pier 

Selain Lomprayah, boleh gunakan perkihdmatan Seatran atau Raja Ferry. Seatran punya service memang tiptop. Masa gerak dan sampai on time. Tak ada delay pun macam Lomprayah. Tapi kebanyakkan penumpang ramai yang memilih Lomprayah mungkin sebab harga dah termasuk insurance. Kalau Seatran tak ada Insurance.

Terlupa pula nak ambil gamba ferry sebab masing-masing terlebih eksited. Macam good-good je kan Lomprayah tu. Tapi service mengecewakan la. 

 Ni tatau dari company mana.


Satu hal lagi yang tak best, sepatutnya feri bertolak pukul 4 petang dari Donsak ke Koh Phangan, tapi pukul 5 pun belum setel lagi naik ferry. Dah la time tu ramai orang nak ke Koh Phangan. Sampai tak cukup seat dalam ferry. Ada yang terpaksa duduk atas tangga. Kesian betul tengok. Mungkin ramai nak kesana untuk menyambut acara bulan penuh. Koh Phangan memang famous dengan acara tersebut. Selain fullmoon, blackmoon, halfmoon dan parti buih juga turut diadakan. Tapi paling ramai orang dan meriah semestinya fullmoon. Kebanyakkan nya semua omputih. Asian yang ade pun local je la. Baru la betul cuti di obersi ..hehe.


Mula-mula naik memang seronok. Pilih pula untuk duduk open air di tempat atas sekali. Tapi lepas setengah jam perut mula la rasa tak selesa seperti digoncang-goncang. Ahh..sudah..Loya-loya yang kronik! Cuba untuk ku tahan, tapi terkeluar juga McSausage pagi tadi. Ingat kan aku sorang je ada masalah tu. Rupanya ramai lagi yang seasick. Laut pula time tu memang bergelora dan terumbang ambing duduk dalam fery. Better beli ubat seasick siap-siap agar kejadian sebegitu tidak dialami.

Sebelum sampai di Koh Phangan, feri akan berhenti di Koh Samui dahulu untuk turun dan mengambil penumpang. Dah la proses mengambil dan menurun penumpang sangat lama. Dengan seasick lagi, terasa amat la lama. Beberapa kali menyumpah dalam hati bila mahu sampai daaa. 


Sampai di Kohphangan hari dah gelap. 1 hari di gunakan untuk travel saja. Pukul 7 sana dah macam pukul 8. Sampai pier nanti ada banyak yang offer transport untuk ke hotel. Kalau nak murah cari minivan yang berharga 100baht seorang. Lokasi hotel kami terletak di Haad Rin


Kami book Seagarden Resort and Spa dari Sawadee. Sawadee dan Agoda memang kedua-duanya reliable. Customer service pun pantas. So tak payah nak risau sangat. If ada problem email atau call saja mereka. Kalau boleh confirmkan balik dengan hotel kalau dah book dengan Agoda atau Sawadee agar tak ada masalah bila nak check in nanti.

Harga resort dan lokasi memang marvelous. Kalau yang jenis pergi ke Koh Phangan semata-mata untuk acara bulan penuh, hotel ni memang tak mengecewakan. Bilik basic je tapi paling best lokasinya. Hanya 2 minit jalan kaki ke pantai (di mana kejadian Fullmoon berlaku), dekat dengan 7-11, kedai makan, massage dan kedai baju. Walaupun dekat dengan Fullmoon, tapi tidak kedengaran bunyi bising di bilik. Tapi they required minimum stay 5 nights kalau masa fullmoon.

 Seagarden Resort & Spa

Hotel view at day time


 Nice landscape from resort 


 Memang selesa dan tenang je resort ni.


Haad Rin di malam hari. 

Spa & massage.

Lepas check in hotel, terus keluar untuk mencari sesuap makanan. Sebelum tu beli simcard sana dulu. Simcard sana memang murah. Bayar 299Baht dapat unlimited Internet selama 7 hari. Kalau nak beli cari Happy simcard ye. Laju plak tu internet.

Dari segi makanan, memang susah nak cari makanan halal. Pusing punya pusing punya pusing tetap tak ada. Tanya orang memang tak ada. Yang memang halal pancake. Tak kan hari-hari nak makan pancake je kan. PAncake pun mahal 50baht Size lagi kecik dari roti canai. Kerana terpaksa, kami cari kedai yang tak serve pork. Tawakal je la. Sepanjang-panjang 5 hari kat sana memang makan pun kurang. 



Our first meal di Koh phangan. Share ramai-ramai. Di sebabkan susah nak makan, hilang terus selera makan. Jangan harap la nak merasa tomyam ke seafood ke kat sana. Mungkin ada..tapi kena cari di tempat lain. Dekat area Haad Rin tu memang takde.

Kemudian terus pergi ke pantai untuk berjimba..ahaks. Ada fire dance dan kebanyakkan lagu yang di pasang sepanjang pantai berirama trance. Memang once in a lifetime experience and epic. Dapat merasa sekali cukup la kan sebab orang cakap best. Nak rasa la juga ape yang best nye. 

Fire dance 







Sepanjang 5 hari di sana, kebanyakkan nya hujan sama ada di belah petang atau malam. Sedikit kecewa sebab kurangnya aktiviti luar. Planning nak sewa motor jalan satu Phangan tapi tak dapat. Terpaksa habiskan masa di sekitar Haad Rin je. 

Selepas hujan



                   
                      Merasa jugak makan padthai ni. Sedap sangat ok! Tapi ada masa fullmoon saja.


Koh Phangan memang pulau untuk kaki-kaki party. Setiap masa ada saja event nya. Dari segi pantai di Haad Rin pula, air nya tak menarik dan keruh. I sampai takut nak mandi sebab masa fullmoon ramai yang menjadikan pantai sebagai toilet. Sedih! Mungkin pantai yang lain lebih cantik. Weolls tak sempat nak explore.

                 
Fullmoon

                                                                       

Haad Rin Beach after party.




Kalau bosan tatau nak buat apa, boleh sewa motor untuk round island dan boleh explore pantai yang lain. Harga sewa motor 200baht (RM20). Kebanyakkan tempat perlu tinggalkan passport kalau nak sewa motor. 

Tips during Fullmoon: 
- Kalau datang sana semata-mata untuk ke fullmoon, better pilih tempat tinggal dekat area Haad Rin. Senang untuk jalan kaki saja sebab kos teksi boleh tahan mahal dan cekik darah.
- Selain duduk di Koh Phangan, boleh juga tinggal di Koh Samui dan cari agen di sana. Mereka ada menyediakan perkhidmatan pergi dan balik ke Koh Phangan. Koh Samui lebih meriah. Koh Phangan meriah masa fullmoon je. Lepas fullmoon tempat tu jadi sunyi balik.
- Semasa fullmoon, jaga diri dan kalau boleh jalan secara berkumpulan sebab sekurang-kurang nya 20,000-30,000 orang ada masa tu.
- Book hotel/resort early untuk elakkan bilik yang murah dan dekat kehabisan.



www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain