fb Twitter

Monday, September 23

Phuket - second visit

Sebenarnya vacation ni dah lama sangat terperap. Sejak bulan 12 tahun lepas lagi. Tapi di sebabkan asik tangguh je..sudah nya baru sekarang nak upload. Weekdays memang susah nak update entry..curi-curi masa untuk update time weekend je. Tu pun I buat schedule entry. Nak update pun kene cari mood juga, perut kena kenyang, badan mesti wangi2..eh.

Kenapa tah I pilih Phuket lagi kali ini. Last I sampai Phuket bulan 2 tahun lepas dan dalam tahun yang sama bulan 12 mengenyam pergi Phuket lagi. Mungkin  sebabnya kaki dah gatal nak berjalan sangat dan pergi pun berdua dengan my girlfriend. So sebab tu la decide nak pergi Phuket sebab within our budget dan I dah familiar dekat sana. So rasa lebih selamat nak berjalan nanti. 




I just update in 1 entry je la ye untuk 5H4M punya trip ni... Nak baca entry phuket yang lebih padat dan detail boleh baca di sini:





Warning! Ada banyak gamba dalam entry ni..kalau nak skip sila kan.. 


As usual, nak masuk mana-mana negara memang kena la isi borang ni. Just prepare your own pen je la nanti.

Untuk 5 hari tu, kami pilih untuk menginap di The Bird's cage Patong Guesthouse lepas baca review dan study location ni. Walaupun taraf guesthouse je, tapi jangan main-main dengan guesthouse ni okeh!. Memang sangat selesa, murah dan location nya di tengah-tengah Patong tapi quiet. Mudah sangat nak makan dan merendek. 5 minutes walk to Bangla road, 10 minutes walk to Jungceylon Mall and 15 min walk to beach. Di sekitar  tempat ini ada kedai dobi, tempat sewa motor dan travel agent. Cool tak cool la kan Guesthouse kitorang ni.

  • Patong Beach - 0.4km
  • Jungcelon Shopping Mall - 0.4km
  • Bangla Road - 0.4km

Hotel pula, I suka book guna Agoda sebab senang dan dalam masa yang sama boleh collect points yang boleh digunakan untuk redeem hotel yang lain. Alhamdulilah, So far I pakai Agoda tak pernah ada problem. Just bawak confirmation booking dan pihak hotel akan bagi kunci tanpa minta sebarang deposit. 



Actually kitorang sampai awal tapi hanya boleh check cek in pukul 12. Sementara nak tunggu pukul 12 tu kitorang letak bag dan terus jalan-jalan cari kedai makan. 

Yang tak best nya bila nak check in pukul 2 tu kena tunggu pula sampai pukul 3 sebab bilik belum ready. Sampai terlentok-lentok dekat lobi tunggu bilik. Dah la budak reception itu tak user friendly langsung. Cuma ada sorang perempuan tu je yang macam terlebih ramah. Sejuk juga hati sikit. I rate guesthouse ni 7 out if 10. 




Dapat bilik tingkat 4. Kat sini tak ada lif  pun. So memang kena naik tangga la jawapnya. Tapi I jenis tak kisah pun naik tangga dan bag pun tak berat. Setiap floor ada 4 bilik so agak privacy sikit.

Harga bilik RM 125++ untuk sehari.




Bilik besar, kemas dan besih. Tapi masa tak banyak habis kan dalam bilik pun. Buat untuk tidur je.


Toilet pun besar dan bersih


View dari tingkap. Permandangan mungkin tak menarik sangat. Yang bangunan tu sekolah tau. Tiap-tiap pagi boleh dengar budak-budak pergi sekolah. Gile best sekolah kat Phuket.


Sangkar burung sangat.

Pros:
- Lokasi yang sangat strategik dan murah
- Bilik selesa dan kemas. Setiap hari mereka akan kemas kan bilik.
- They can arrange transport untuk ke airport.
- Ada motor untuk disewa. Sewa untuk sehari 200Baht saja. Tak payah nak serah kan passport. Kalau kedai lain confirm kene tinggalkan passport punya. Ni memang cara durang kat sana. 

Cons:
- Tak ada lf. Ada tangga saja. Kalau yang jenis tak selesa naik tangga tu..this is not the right place for u.
- Ada reception laki yang sombong. huh!
- Waktu cek in kami sangat lambat. *sigh*
- Wifi kadang-kadang laju..kadang-kadang slow

Yang cons tu i pejam mata je la..not a big issue pn. 


First day tu free and easy activity. Jalan-jalan dekat beach dan malam pusing-pusing dekat Bangla Road saja. Actually bukan nya pergi join the crowd pun..tapi suka tengok lady boy terkinja-kinja dekat situ. Mengeletis! 

Perdagangan body memang main attraction durang dekat sana. So what do you expect kan.

Malam masih muda geng
            
                     


Day 2



Untuk hari ke-2, plan untuk pusing-pusing sekitar Phuket sambil membonceng motosikal.

             
Ini motor yang di sewa. Hanya 200Baht saja. Isi minyak 50Baht satu botol. Bila nak pulang kan motor balik minyak masih banyak lagi sebab dua-dua tak reti sangat bawak moto. Member boleh la bawak tapi sejak kemalangan 5 tahun lepas dia jadi cuak sikit. I? memang ke luat la nanti jawapnya.

Sudah nya tak berani bawak jauh-jauh sangat sebab tu minyak macam tak luak pun. 

                   
Dalam pada takut-takut naik moto, sampai juga ke sini... Karon view Point. Tempat awesome dengan permandangan yang menarik. 

Ade lagi tempat yang lagi awesome, which is Promthep Cape. Tak sempat sampai dah sesat -_-' . So decide untuk balik semula ke Patong.




Karon Beach. Tempat ni tak serabut dari pantai Patong

Memang tengah panas terik masa ni. 

                  
Chill by the sea

Pada malam harinya pergi ke Night market yang terletak di Phuket Town. Night Market ni hanya di buka pada hari Sabtu dan Ahad saja. Barang-barang yang dijual di Night market ni jauh lebih murah kalau di banding kan di Patong. So kalau yang minat shopping atau nak beli souvenir tu better beli kat sini je. 

Kitorang ke sana dengan menaiki tuk-tuk. Agak mahal caj yang dikenakan. Kalau tak silap dalam 500-600baht untuk ke Night Market. Nak mintak kurang pun bukan main susah. Perjalanan lebih kurang 20-30 minit. So nanti mereka akan bawa ke sana dan hantar semula ke Patong. Baik sewa kereta untuk sehari je terus.

          


Dekat night market ni ada kedai makan yang halal. Pandai-pandai la cari. Tapi kedai non-halal memang banyak. 


Nothing much I beli kat sini. Just beli beberapa helai baju, souvenir ala kadar dan terus chow. Actually tempat ni pun I dah pergi sebelum ni. Tapi biasa la perempuan. Tak pergi tempat-tempat macam ni tak sah. 

Masa dalam perjalanan balik, pemandu tuktuk tu boleh plak buat lawak pergi melencong ke jalan lain. Bukan jalan untuk balik ke Patong. Kitorang dah takut dah masa tu. Kata nya nak bawak pergi tempat yang cantik *suspend*. Waktu pula dah menunjukkan pukul 11 malam dah. Kereta tak banyak dan hari memang gelap. Dah la nak berbahasa dengan dia sangat susah. Macam ayam dengan itik bercakap. Kitorang memang tak ada idea mana dia nak bawak pergi. haaa..sudah..Memang berpeluh dah time tu. Dengan lalu kawasan yang gelap dan kiri kanan pokok je plak tu. Dalam kepala ni apa-apa jadi memang aku loncat dulu dari tuktuk tu. 

Rupa-rupa nya dia nak bawa ke sini....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Damn u sudin..lemah jantung kejap..dah pikir bukan-bukan dah tadi. Nak bawak ke view point rupanya. Tak sangka kat Phuket Town pun ada tempat macam ni. Nak ke sana memang akan lalu kawasan bukit yang gelap. 

Ingat kan lepas dah bawak ke sini nak terus hantar balik. Tapi melencong laggi!!!...kali ni siap bawak pergi makan-makan lagi. Katanya die lapa..Tapi bila makan nye sikit je. Tak macam lapa pun. Time ni memang tak boleh sabar. Cepat-cepat minum dan mintak terus hantar ke Patong. Memang kene tegas dan garang sikit. Just be careful bila jalan berdua especially perempuan. Jangan terlebih ramah sangat. Nanti kang jadi macam kitorang ni. 

Alhamdulilah..selamat sampai ke Patong semula. Cepat-cepat turun dari tuktuk tu takut dia nak bawak ke tempat lain plak nanti. Balik tu tak puas lagi kitorang sambung jalan-jalan lagi dekat area Patong. Kebetulan kat sana ada bukak gerai-gerai di tepi pantai yang jual baju, makanan dan bermacam lagi. Mungkin persediaan untuk menyambut tahun baru tak lama lagi.

Tapi tak sangka ada jual ini jugak!


dessert ok!

Macam crunchy2 je




hah..memang saja letak gamba ni banyak..kembang tekak tak? Belalang kunyit kita boleh makan kan? 

Tah ape-ape tah game ni. Game ni kena baling bola, bila kena dekat tempat sepatut nya, pompan2 tu akan jatuh kedalam air di bawah. Pasrah je muka pompan2 tu. So depressing. 


Day 3

Tak ingat la itinerary. Tah betul tak tidak...wakaka..aku main belasah je. 

Untuk hari ke tiga ni we olls cari travel agent yang boleh bagi harga yang paling murah untuk naik gajah, Phiphi Island trip dan Phuket Fantasea. Kat sana agent ade banyak. Wajib bargain and mintak harga kawkaw murah punya. Harga dan barang-barang di area Phuket ni memang mahal. So kami kene pandai-pandai manage budget.

Untuk Phiphi island trip, dapat dalam 1000 Baht seorang including buffet dan menggunakan speedboat.
Naik gajah pula dapat 850 Baht seorang for 1 hour.
Phuket Fantasea dapat 1000++ Baht. Yang ni memang tak ingat sangat. Amik pakej without buffet dapat jimat lagi banyak.

So for the 3rd day tu sempat pergi naik gajah. Mereka akan arrange transport untuk ke tempat kejadian. 

              
First time nampak gajah betul-betul depan mata. Eksited melebihi takut. Takut, takut jugak. Tapi bila lama-lama tak rasa apa dah. Siap boleh pijak-pijak lagi gajah tu. 

Memang kene pijak pun gajah ni untuk naik ke atas.


Selfie shoot dekat atas gajah


Tapi I rasa naik gajah ni macam tak menarik dan memboring kan. Ingatkan akan lalu la kawasan hutan atau sungai ke..rupanya nan adoo..jalan dekat track durang saja. Boring! rasanya boleh skip je aktiviti ni. Tak berbaloi je bayar mahal macam tu. Mungkin agent lain track nye pun lain kot. 

For dinner pula..macam biasa mesti akan cari kedai Kesuma ni. Halal dan tak berapa nak murah sangat. heh.! Walking distance juga dari tempat tinggal.



Table for two. Ada macam 5 orang makan tak? hehhe..licin ok kitorang santak.

Kailan ikan masin. Harga dalam 80-100 Baht. Tak ingat :(

Ikan siakap tiga rasa. Harga tak ingat.

Sotong goreng tepung. Pun tak ingat harga. Maafin ya!

Day 4

Bangun awal pagi dan terus bersiap untuk ke Phiphi Island. Sebelum ni pun dah pernah sampai. Tapi nak pergi lagi sebab tempat tu cantik sangat. Tunggu van jemput cinderalla ni dekat tempat tinggal. Lebih kurang 8 lebih dah sampai. Durang ni punctual juga sebab nak ambil customer lain di sekitar Phuket. 

Sampai Jeti lebih kurang 9 lebih. Agak jauh juga dari Patong untuk ke jeti. Pukul 10 lebih bertolak dan sampai ke first island hopping sejam lebih kemudian. Perjalanan boleh tahan jauh juga.

First stop. Khai Island. My favorite Island di sana.

My tips for Island hopping:
- Sila la bawa dan pakai banyak-banyak sunblock. Cuaca kat sana sangat panas bak hanggg!
- Bawa sunglass ataupun topi untuk melindungi diri dari sinaran UV.
- Guna comfortable flipflop atau kasut.
- and lastly, bring camera and enjoy yourself there! You will be amazed with beautiful island.

                     

Chair for rent. 100Baht. Kat sana semua kene bayar. huh! Mencik!
                   
                   
Pasir putih yang lembut.




Banana boat pun kena sewa
             

              

Kami di suruh chill di pulau ni lebih kurang sejam. Kemudian hop to the next island.


Second stop. Maya Bay. Tetiba dah sampai Krabi. Teror tak? haha

Crystal clera and turquoise water. I don't wanna go back please!


             
Exploring the island
             
                
Cantik gile air dekat sini. 

Lepak di Maya Bay pun lebih kurang sejam juga. Dan terus ke Phiphi Island untuk lunch buffet di sana.


Banyak sangat dah berupah PhiPhi lsland ni dari last yang I datang hari tu. 

Lunch buffet so-so je. Yang I ingat spegetti kureng sangat la. Tapi Mat saleh suka la. Sebab memang makanan ruji durang. Kemudian pergi snorkling dan pulang semula ke darat. 

Balik ke Bird's Cage dan berehat sebelum ke Phuket Fantasea sebelah malam. Van akan jemput di tempat tinggal dan terus bawa ke sana. Sampai lebih kurang 7 lebih dan banyak habis kan masa mengambil gamba sebelum ke teater room. 

Kat sana scene memang cantik. Ala2 fantasi dan fairy tale. 





obor-obor ke ni?


Lampu kat belakang tu boleh tukar-tukar color. 

Im using tripod. Gigih usung tripod dari KL. Baru la ade gamba berdua. Kalau tak aku amik gambar ko..ko amik gamba aku plak -_-'












Suka la kene peluk kan. Binatang ape tah. Main amik gamba je.

Restoran belah dalam tu. Kalau amik pakej buffet boleh la mentekedarah kat situ. Cantik kan.











Camera tak boleh bawa masuk ke dalam Palace of Elephant Teater. Dekat sini la berlangsungnya persembahan binatang. Camera dan handphone kena tinggal kan dekat bahagian luar. Tapi jangan risau. Insyallah selamat harta korang. Overall, it was a live animal show. Ada gajah, burung, rimau, monyet. Menarik juga untuk kanak-kanak. Macam I tak berapa minat sangat. Tapi boleh la sekadar nak merasa. Pergi sekali cukup la. Dah la seat jauh kebelakang. 

Last Day

Untuk hari yang terakhir ni, nothing much to do. Sekadar jalan-jalan tepi pantai dan habis kan duit untuk beli souvenir lagi sementara tunggu flight pukul 7 malam. 








Found new friends. Sekarang dah jadi kawan lame dah. They all pula kebetulan flight balik KL yang sama.











Gamba terakhir sebelum pergi ke airport. 

Till then...wait for my next trip plak hujung tahun ni... mana? Still dekat Thailand lagi..heheh
www.tips-fb.com

2 comments:

  1. Salam..maaf ganggu...k.iyrin ada emeil atau fb?saya nk tye pndpt akak tntg percutian di phuket..tq..

    ReplyDelete
  2. wsalam..boleh email mizzerinz@gmail.com

    ReplyDelete

Ratings and Recommendations by outbrain