fb Twitter

Thursday, July 4

Heavenly Bali - Penghabisan

Cerita pasal Bali sebenarnya belum habis lagi. Boleh pergi ke Travelogue kalau nak baca cerita sebelum ni. Hard disk 1T pula yang rosak sebab tu la tak  update cerita jalan-jalan I ni -_-'. Sebelum ni pun hard disk 500G yang rosak. Kenapa lah hard disk sekarang tak ada kualiti langsung. Baru je pakai tak sampai setahun dah rosak. Lepas tu mintak tukar yang baru sampai sekarang tak dapat-dapat lagi. Habis hilang semua gambar-gambar Bali dan Phuket. Jadinya mood nak update cerita Bali otomatik terus terpadam. Gambar yang ada pun sikit-sikit mana yang sempat upload dekat FB. 

So, layan kan je la ape yang ada ni. Nak cerita in details pun tak best sebab I suka bercerita melalui gambar. Dapat tengok gambar baru feel sikit. Yang ada ni pun dah bercampur aduk dengan handphone. Dah tak ingat dah yang mana dulu, yang mana kemudian...sakit pula hati kita ni bila mengenangkan hal hard disk tu.



Kalau tak silap ni hari ke-2 di Bali. Supir bawak jalan-jalan dari pagi sampai ke malam. Boleh request dekat supir tempat mana yang nak. Kalau tak tahu nak pergi ke mana, boleh suruh mereka cadangkan tempat yang best untuk pergi. 

Actually tempat ni memang I request untuk pergi. I bagi tahu nak cari painting. Dekat Batuan ni memang tempat penghasilan dan penjualan lukisan. Lawa-lawa pula tu. Macam-macam design dan bentuk boleh dapat kat sini. 


 I'm more to abstract. Lukisan bunga-bungaan ni I tak berapa minat sangat.


Pelbagai saiz dan bentuk lukisan


Dekat sini ada di tunjukkan cara-cara penghasilan lukisan tangan. Sangat details dan penyabar mereka-mereka ni sebab setiap satu lukisan seperti dalam gambar di atas memakan masa juga untuk siap.

Gelak besar nampak. Seronok betul bercerita kan. 

Ni lukisan yang paling I minat. Tapi besar sangat la pulak. I nak beli untuk rumah baru nanti *verangan*

Tapi kan..tapi kan..boleh tahan mahal juga harga lukisan dekat sini. Actually I dah buat online research dan survey-survey tanya kawan-kawan yang lukisan dekat Bali ni memang murah. So I mati-mati la bargain sampai 50%. Tu pun mahal lagi sebab I tengok dekat Krishna lukisan yang sama, size yang sama boleh dapat Rp60k saja!. I beli sampai Rp100++k :'( . Nyesal pula tak cari kat tempat lain dulu. I pulak memang jenis tak suka nak cari-cari sangat. Kalau dah minat terus beli. Tapi sendiri yang menyesal. Padan la muka. 

Tempat yang seterusnya pergi tempat penghasilan silver. Kat sini boleh tengok macam mana mereka menghasil kan sendiri silver. 


I suka sangat seni bina dekat bali ni. Sangat unik dan cantik. Kebanyakkan di sana memang menitik beratkan unsur-unsur traditional ni.





Orang ni tengah sibuk menerangkan macam mana silver di buat.


Actually I tak minat pun sini. Tapi singgah je la untuk cukup syarat. At least kalau orang tanya I boleh la bercerita. 

Step by step nak hasilkan silver. Tapi orang yang tengah kerja kat meja tu belum sampai lagi.

Alat ni masih digunakan lagi untuk menimbang berat. Old schoool kan.



Kat sini pun ada jual barangan silver seperti rantai, gelang, cincin, pendant dan bermacam lagi accessories. Yang penting pandai-pandai la mintak kurang sebab memang yanng ditunjukkan before discount.






Lepas tu supir bawak kami buffet lunch di Kintamani. Jarak perjalanan boleh tahan jauh juga mungkin sebab perut dah berdangdut masa tu. Sampai-sampai terus cari seat yang paling best which is volcano view. Restoran ni bertajuk Grand Puncak Sari. Yang penting halal. Harga seorang dalam Rp60,000.


View paling best. Mengadap gunung berapi yang ada kat depat nun. Dapat duduk sini kejap je sebab tiba-tiba hujan turun. Terpaksa pindah duduk dekat dalam. Dari segi makanan pula, I rate 5/10 sebab banyak makanan yang bergoreng dan tak sedap pun. Boleh kira sangat berapa suap je yang I makan. Buat rugi je sebab buffet kan. Kembang tekak den nak makan sebab belah dalam ada bau-bauan yang kurang enak. Bau tu macam bau colok. Terus terbantut selera. 

Tips: Jaga-jaga juga dengan orang yang menjual barang di depan kedai ni atau yang rajin mengikor kita tu. Supir I pesan mereka ni ada yang menipu customer. Tunjuk barang lain, bila dah bungkus-bungkus barang yang di bagi kat kita nanti tak berkualiti. Contoh nya macam ukiran kayu. Bila nak suruh kita beli bukan main lagi tunjuk ukuran kayu yang gah dan berkualiti. Tapi bila dah siap bungkus kang bagi yang low grade punya. So just be careful ya!

Lepas masing-masing dah kenyang, teruskan perjalanan ke Tegalalng Rice Terrace yang terletak di kawasan Ubud. Kalau nak menikmati pemandangan yang menarik, wajib tau datang sini. Kat sini kawasan penanaman padi yang berbukit. Breathtaking sangat tau! Bagi yang minat ambil gambar tu, mesti tak nak melepas kan peluang untuk bergambar di sini. 



Cam dalam poskad tak?







Lepas dah puas bergambar, kami singgah sekejap di Gunung berapi Batur. Eh..bukan la pergi dekat-dekat. Cuma ambil gambar dari jauh je. Gunung berapi ni masih lagi aktif katanya. Kalau nak lagi adventure, boleh la pergi hiking gunung ni. Melalui Tripadvisor, ramai capat view sangat lawa dari atas gunung. Ape lagi! Berani tak?





Disebabkan ada banyak masa lagi, request untuk berhenti di mana-mana temple sebab I nak ambil gambar. Dekat sana terlalu banyakkkk temple. Maybe beratus atau beribu temple kerana 80% rakyatnya penganut agama Hindu. Temple yang kami singgah ni terletak di kawasan Ubud lagi. 



Ready!

Entrance of the temple. 

I benda-benda macam ni suka la amik gambar. Tapi member yang lagi 2 tu boring je masuk sini sebab setakat tengok-tengok dinding je watpe.

I suka dengan seni bina wall tu. Memang melambangkan Bali.





Inside of the temple

h









Sebenarnya rasa seram juga masuk temple ni. Ye la..patung-patung dari ukiran batu memang ada banyak dalam tu ditambah pula dengan ukiran muka yang menakutkan. Dah la ni tempat pemujaan durang.


Seterusnya malam tu jalan-jalan dekat area Legian. Legian ni tempat yang boleh di katakan agak happening. Banyak kedai makan dan souvenir dekat sini. Kedai urut pun bersepah kat sini dengan harga yang reasonable. Best sangat weh dah penat jalan, kena pula orang urut. Kelab-kelab malam juga banyak terletak di Legian. Bagi yang nak menghabiskan masa malam, boleh la jalan-jalan di area sini. Happening bak hang.



Sepanjang cuti di sana, untuk dinner je weolls melantak nasi padang sebab halal dan senang cari kedai. Kedai ni terletak di tengah-tengah Legian. Setau I,  mana-mana nasi padang dekat sana memang halal dan dijual oleh orang muslim. Nak selamat makan la nasi padang.  


                        

Bali bombing memorial park. Sorry la tak ada gamba full memorial ni. Yang ada gamba si debab ni pulak. Memorial ni di bina bagi memperingati mangsa-mangsa yang terkorban semasa kes pengeboman yang berlaku pada tahun 2002. Seramai 202 orang yang terbunuh semasa kejadian tersebut. 

Next day pergi sightseeing lagi. Tempat pertama singgah adalah Pantai Legian. Walaupun tinggal di area Legian, memang tak berkesempatan langsung nak ke sini sebab timetable yang pack. Dekat Bali ni banyak aktiviti yang boleh di buat dan tempat yang cantik memang banyak. Tapi nak pergi satu tempat ke tempat yang lain memang agak jauh. Sebab tu I prefer pakai supir kerana jarak nya agak jauh. 


Bali memang terkenal untuk surfing. Untuk beginner boleh try main dekat pantai Legian ni dulu. Kalau dah expert pergi main dekat Uluwatu pula sebab ombak yang lebih tinggi dan ganas.

               
Artistik sangat la kan. puiii

Kali ini ke Selatan pulau Bali pula. Next destination was Bedugul yang terletak kira-kira sejam lebih perjalanan dari Legian.



Temple yang agak terkenal dikalangan pelancong kerana ianya agak menarik dan terletak di sebelah tasik. View sangat lawa dan rasa tenang je. Gambar tu macam berkabus sikit sebab hari nak hujan. We spent a few minutes dekat sini untuk bergambar sebelum hujan turun dengan lebatnya. Wajib ok datang sini!


Lepas tu pergi pula ke Tanah Lot. Tempat ini pun terkenal juga dan memang wajib pergi kot sebab temple ni lagi unik yang terletak di atas air. 



I tak berani nak ketengah tu walaupun air laut surut waktu ni sebab ombak nya nampak kuat semacam je.

Ni temple lain yang ada di tanah lot juga




Percutian selama 4H3M di Bali sebenarnya tak cukup untuk pusing satu Bali. Kena pergi lagi ni sebab banyak lagi tempat yang belum sempat singgah.


Our beloved supir *cewahh*.  Rajin bawak kami jalan ke hulu kehilir. Masa ni awal-awal pagi lagi dah hantar kitorang ke Airport. Flight pukul 6 pagi tapi pukul 4pagi kami dah terpacak dekat airport. Tengok tu, baju pun dia tak sempat tukar. Pakai baju yang sama semalam. Agak nya masih belum tidur sebab I pun tak tidur malam tu sebab tu muka sembab semacam.

Jangan lupa kat sana nanti kena bayar airport tax Rp150,000. Jangan spend semua duit kat sana, ada yang kena tidur kat airport pula nanti.



So..I think tu la saja I nak share. Tak dapat nak share banyak-banyak sebab memang gambar dah tak banyak dalam simpanan dan I pun ingat-ingat lupa aktiviti kat sana sebab dah lame sangat peram cerita Bali ni since tahun lepas lagi. 


Till then...Thanks for reading darling :)

www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain