fb Twitter

Monday, June 10

Hyatt Regenacy, Kota Kinabalu, Sabah

Minggu lepas berkesempatan untuk pergi ke Sabah lagi. Kali ni decide untuk tinggal di hotel berdekatan Pasar Philippine supaya senang nak shopping-shopping especially nak beli mutiara yang murah-murah kat sana. Trip ke sana kali ini agak lama juga, iaitu 4H3M dan most of the time memang tak dapat keluar dari kawasan town di sebabkan kekangan kerja. 

Kebetulan masa sampai tu banyak hotel yang fully booked. Last-last dapat dekat Hyatt Regency Hotel. Nak tak nak terpaksa la duduk sebab terlalu letih. Dah la sebelum tu terlepas flight airasia kemudian kene tambah lagi duit lebih kurang RM180++ dan terpaksa tunggu lagi beberapa jam di airport. Ok..ni memang salah sendiri sebab tak check-in awal-awal. Sesampai di Sabah sudah pukul 9 malam..fuhhh..memang letik nokss..

Tapi kan..tapi kan... letih terus hilang bila check in dan masuk bilik. Super impressed with the room dan katil tersangat la empuk dan selesa. Kalau baring je terus tenggelam. Interior decoration sangat moden dan bilik tersangat la luas dan besar. Time tu memang rasa dah tak nak keluar bilik dah. 


Lobby  area

My room number

The Alley


The room. 


Bilik sangat besar and super comfy. Sinki yang moden, bilik air yang luas, TV yang besar. Betul-betul berpuas hati dengan penginapan kali ini. 

Lepas penat berjalan, ape lagi party buih la sorang-sorang dalam bilik. eh




Morning view



                     
I sangat-sangat rekemen duduk di bilik seaview kerana sunset yang sangat menikam kalbu. Bukak langsir luas-luas sambil menikmati matahari terbenam di atas katil *cewah*. Seriusly uolls pasti terpesona.   



                     
Disini lah tempat breakfast sebelum ke tempat kerja. Banyak sangat pilihan makan sampai tak tahu nak makan apa. Last-last amik makanan yang paling senang bihun sup dan buah. Tu la menu setiap pagi. 

Remember last time I had a bad experience makan dekat pasar Filipina. Kali ni makan juga di sana sebab kita ikut je colleague yang hendak makan di sana. Tapi kali ni tak makan yang dah sedia di masak, tapi sebalik nya cari kedai yang menjual makanan laut yang belum di masak.

Bab pilih lauk serah kan pada yang pakar. Saya makan saja. 

Kalau ikan dah lama mata warna merah kan? So kene cari ikan yang mata masih lagi putih suci. 


Sotong besar-besar kau!


Udang dan lobster yang gebu-gebu

Menu untuk dinner:

Sotong goreng tepung. Sangat terbaik. Crunchy2 bila makan. Sotong pun masih fresh dan lembut.

Ikan siakap. kot? Tak sure ikan apa ni. Masak black pepper. Pun sedap. Isi ikan pun lembut je dan ikan di goreng garing.

Ketam masak bercili *drooling*

Butter prawn

Overall, untuk makan malam tu boleh di kata kan sangat berpuas hati sebab sebab lauk semua masih segar dan masakan pun enak. Nasib baik tak terkena lagi seperti peristiwa sebelum ni. Dah serik!. Harga pun boleh tahan murah. Untuk lauk semua ni total harga dalam RM120++

Tak sempat nak berjimba sangat di Sabah kerana masa tersangat terhad. Teringin hendak ke Karangbunai pula. Mungkin next time pula.



www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain