fb Twitter

Friday, December 14

Heavenly Bali - Day 1 [Part 2]

So..let's start our journey!

Untuk hari pertama di Bali, supir dah planning untuk bawa kami ke Uluwatu dan malamnya akan dinner di Jimbaran. Perjalanan ke Uluwatu mengambil masa lebih kurang sejam dari Kuta iaitu dalam anggaran 30km ke sana. Jalan sana bersimpang siur dan macet bangat. Sebab itu makan masa juga untuk sampai ke sana.

*pic googled*

Melalui peta di atas, uluwatu terletak dibahagian bawah kuta. Nampak macam dekat je kan. Tapi sampai naik kebas vontot gak la duduk dalam kereta tu.


Buat Miss Rinie yang nak tahu contact number supir kami, ini nombor beliau:
Siswanto: 081 338 511 748 / 081 805 530 938

Memang puas hati ambil dengan pak Siswanto ni. Terlebih concern pula kat kitorang masa sesat dimalam hari ke-2. (Actually malam tu kitorang nak ke Legian, tapi salah masuk junction. Last last tak jumpa jalan pulang T__T). Ada a few kedai yang di bawak oleh supir memang agak mahal sikit. So pandai-pandai la nego atau cari kedai lain saja. Lagi satu, Pak Wanto ni sangat flexible dan negotiable. Kalau hendak pergi atau tak hendak pergi sesuatu tempat just bagitau saja. Bisa diatur dong.

Sampai Uluwatu lebih kurang pukul  4 lebih dan matahari pun dah nak hampir terbenam. Malam sana kan awal. Nak ambil gambar pun terpaksa dilakukan dengan pantas sebab lepas tu nak tengok kecak dance pula. Bayaran masuk ke Uluwatu Temple ialah Rp20,000/pax. Nak tengok kecak dance pula kena bayar Rp70,000. Sebelum masuk ke dalam, kena pakai sarong yang disediakan di pintu masuk utama.  

Ini kali pertama menjejak kan kaki dekat Uluwatu. SubhanAllah, terlalu cantik tempat ni. Dalam banyak-banyak tempat yang pergi di Bali, Uluwatu ni tempat yang paling I suka. Terlalu indah sehingga tak terungkap dengan kata-kata. 



Breathtaking view. Rasa tak nak balik saja.


Sepatut nya datang sini awal sikit supaya dapat sightseeing dengan lebih lama lagi. Terlalu sekejap saja rasa. Kami sangat bertuah hari tu kerana seekor monyet pun tak ada. Member bagitau kat Uluwatu memang meriah dengan monyet yang hyperactive. Semua benda nampak nak ambil. ouh..mungkin pawang dah halau monyet main jauh-jauh agaknya. Sebab sebelum tu supir ada bagitau pawang kat situ handal-handal belaka siap boleh halau hujan lagi.  





Don't you love this place already?







Nearly sunset di Uluwatu.





kebetulan masa kitorang sampai sini tengah ada upacara keagamaan. Masa durang tengah merenjis-renjis ni, terkena sikit dekat I sebab duduk kat tengah-tengah tu. Semerbak ok badan. Hopefully bukan air jampi serapah la kan.


Selepas pusing-pusing ambil gambar, terus beli tiket untuk tengok Kecak dance kerana menuruk supir kami kalau lambat nanti tiket akan kehabisan. He was right..memang fullhouse la masa tu. 

Nanti akan diberi kertas yang mengandungi jalan cerita Kecak dance ni. Kena baca dulu baru paham persembahan tu.




Show start pukul 6 lebih macam tu. Tapi pukul 5 lebih seat dah hampir penuh. Sweet sangat supir kami masa ni sebab pergi beli kan air mineral. Macam faham-faham saja semua dah kehausan.  

Petanda acara akan dimulakan..


 Memulakan pembukaan acara.



For me, kecak dance ni wajib tengok. Sambil berlatarbelakangkan sunset dan jalan cerita yang menarik di tambah pula dengan element suspend. Kecak dance ni menceritakan tentang kisah Ramayana dan isterinya, Sita. Nak tahu jalan ceritanya, kena la tengok sendiri and rasa sendiri the excitement. Apa yang menarik nya kecak dance ni, sepanjang sejam persembahan, tiada sebarang alat musik yang digunakan. Hanya menggunakan suara oleh abang-abang sasa yang merdu itu. Ditambah pula dengan lentuk liuk penari-penari kecak dance, memang terpersona.

It's good to learn and study different culture and tradition. A new experience and excitement for me. haa..sejak bila pula aku suka benda benda macam ni tah. 


cak-cak-cak-kecak-kecak *fewwitt*

 Ramayana dan Sita beraksi 


Nasib baik jari pantas snap aksi ni. LoL *tutup mata*


Monyet putih yang tengah bertarung untuk selamatkan Sita. *eh..terbagitau pulak*

 Hampir menjadi monyet guling




Part ending yang penuh debaran...

Kalau diajak tengok persembahan kecak dance sekali lagi pun I sanggup. Tak akan bosan. Seriusly best!  

Selepas itu, supir terus bawa kami dinner di Jimbaran. Di sini rata-rata restoran menyajikan seafood. Seafood nya semua segar-segar tak seperti di Pasar Filipina. Nak rasa suasana romantik boleh lah candle lite dinner di tepian pantai ni sambil mendengar desiran ombak. No wonder Bali is the best place for honeymoon.  Jimbaran ni terletak satu jalan hendak ke Kuta dari Uluwatu. Dari segi harga pula, memang agak overprice sikit. Tapi sekali sekala apa salah nya. 

A'roma Bumbu Bali nama diberi.







Ini menu untuk malam pertama. ha..lain macam je bunyi.

 Ikan bakar. Sumpah sedap sangat. 





Semua lauk pauk ni berjumlah Rp300++k. haa...mahal kan..kan

Sambil makan-makan, turut disajikan dengan persembahan tarian daripada penari Bali ini. Disebabkan masa tengah makan tu hujan renyai-renyai, terpaksa pindah kedalam pula. Tak sempat nak feeling lebih-lebih T_T




Selepas saja dinner, supir terus bawa pulang semula ke Hotel. Walaupun agak kepenatan, dengan masa yang ada malam tu kitorang gossiping sambil ber camwhore di swimming pool. Waduh..waduh..tenang bangat rasanya. Swimming pool itu kami yang punya sebab tak ada pelancong yang lain. LoL 



End of day 1. Now preparing for the next trip hari Ahad ni and yeah..i like to keep myself busy dengan cara traveling agar boleh melupakan kisah suka dan duka although it's been for several months already. To be exact dah setengah tahun dah pun. Habis la duit ahkak macam ni T_T.




www.tips-fb.com

2 comments:

  1. Salam...bole bg email supir tk...emailkan kat amir.eija@yahoo.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam
      ni email supir
      yantohood99@yahoo.co.id

      Delete

Ratings and Recommendations by outbrain