fb Twitter

Tuesday, December 4

Heavenly Bali - Day 1 [Part 1]

Assalamualaikum W.B.T

Dah dua minggu balik dari Bali tapi suasana dan keindahan Bali masih lagi terbayang-bayang di ingatan. Tak sangka Bali sebenarnya sangat cantik dari dalam gambar. Makanan, scenery, kebudayaan, seni ukir, cuaca dan rakyat Bali semuanya indah sekali *cam skema je ayat*. Rata-rata rakyat Bali sangat ramah dan begitu sopan tutur bicaranya. Kalau cakap dari Malaysia mesti durang akan mention cerita Upin dan Ipin. Cerita favorite durang gamaknya. Sepanjang berada di sana, rasa selamat walaupun travel bersama dengan 2 rakan gedik yang lain. ahaks!

Percutian selama 4D3N rasa terlalu cepat. Belum cukup puas berada di sana dan banyak lagi tempat yang belum sempat dijejaki. Duduk seminggu di sana pun I rasa tak cukup sebab Bali ni besar dan luas. 

Memulakan perjalanan seawal 7 pagi kerana flight akan berlepas pada pukul 9.30 pagi, semua dalam mood excited. First time la kata kan.*thanks kakak bagi tumpang tidur kat rumah ^_^*  Perjalanan ke LCCT menggunakan kereta dan parking di airport LCCT. RM16 sejam dekat parking lot berhadapan Tune Hotel. 10 minit saja jalan menuju ke LCCT airport.

Sempat curi-curi masa untuk breakfast dan selepas itu terus ke boarding area. Flight take off tepat pukul 9.30 pagi. Bagus dah service sekarang. Semua on time. 







Geng bas sekolah. Nampak separuh pun jadi la.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sampai di sana pukul 11.30am. Waktu di KL dan Bali sama saja. Jadi tak perlu nak adjust jam pun cuma dekat sana siang nya awal sedikit. Pukul 4 lebih dah masuk waktu Subuh.

Ketika hampir hendak mendarat, cuaca agak kurang elok kerana hujan lebat. Pilot terpaksa berlegar-legar lebih kurang setengah jam sebelum boleh mendarat dengan selamatnya. 


Alhamdulilah..dapat juga menjejak kan kaki di Bali ini. Permandangan pertama di Airport ini yang menyambut kedatangan kami. Seronok tak terkata. 

Selepas selesai di kastam, Supir kami telah setia menunggu di bahagian luar. Supir kami ialah Pak Siswanto dan pak (apa ya nama sorang lagi..terlupa sudah). Mereka ini sangat peramah, baik hati, sopan dan humble. Layanan pun tiptop..rasa macam pwencess je sebab tiap kali nak keluar dan masuk kereta mesti durang akan bukak kan pintu. Sini ado? Selain menjadi tourist guide dan pemandu, mereka juga merangkap photographer kami. Mereka juga muslim jadi senang tunjuk kan kedai-kedai makan yang halal. 90% penduduk di Bali beragama hindu. Vavi guling memang banyak bersepah, tapi makanan halal pun senang nak cari. Tak susah pun. I pun tak paham kenapa orang cakap susah nak dapat makanan halal kat sana.

sekali 2 orang pemandu pelancong kitorang. Rate pun murah. Rp250k untuk setengah hari dan Rp350k untuk satu hari sampai malam. 

Memang sepanjang 4 hari di sana kami menggunakan perkhidmatan Pak Siswanto ini. Senang sikit nak bergerak sebab jarak tempat-tempat yang menarik tu agak jauh antara satu sama lain. 

Sampai-sampai saja, kami minta di bawa ke kedai makan sebab masing-masing dah kelaparan. Kedai yang di bawa ialah dekat kedai makanan Sunda ini. Orang Sunda memang lawa-lawa, sesedap makanan nya..*eh..tetiba*










Bila dah convert ke RM, harga lebih kurang sini saja

 Nasi timbel

 Jus tomat. My favorite drink. Kalau buat sendiri entah kenapa tak sesedap macam kat kedai -_-'






Selepas lunch, Pak Wanto terus bawa ke hotel kami untuk check in dan solat sebelum meneruskan aktiviti kami untuk hari pertama. Lokasi hotel kami memang betul-betul di tengah bandar Kuta. Nak ke pantai kuta pun senang.  Nak ke Legian lagi la senang. About 10 minutes walk to Pantai Kuta dan Legian. Tak regret pun duduk hotel ni. Cuma laluan nak ke hotel ni sunyi sikit waktu malam dan fames dengan lorong 'Magic Mushroom'.


The alley



Bila sampai hotel ni, memang sama macam dalam gambar di website. The landscape, the greeny, the swimming pool. Emang nya enak bangat duduk di sini. Walaupun simple, tapi tenang sangat dan sunyi bila malam. Jumlah bilik di sini pun tak banyak dan terasa privacy. Kebetulan masa kitorang datang tu memang tak ada yang duduk sini pun. Kat sini pun tak strict sangat sebab kami datang bertiga, walaupun masa book dah terang-terang bagitau max 2 orang untuk 1 bilik.




Swimming pool nya size kecil. Tapi best! Malam-malam berendam kat sini. Tak ada orang pun




Our lucky room. Betul-betul mengadap swimming pool. 

Toilet pun bersih dan besar. Cuma kadang-kadang water heater tak function. Gigil-gigil kesejukan mandi.



2 single bed. Last-last kitorang combine katil dan tidur rapat-rapat. Sweet je..ahaks

Iternary untuk hari pertama:
Uluwatu 
Kecak Dance di Uluwatu (sambil tengok sunset)
Dinner seafood di Jimbaran
Balik ke Hotel


Next, I sambung cerita dekat uluwatu dan Jimbaran pula ye..stay tune :)







www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain