fb Twitter

Wednesday, November 14

Tutorial - Cara memasukkan watermarks dalam gambar

Today I macam nak buat tutorial sebab dah lama tak ada buat entry tutorial ni. Maybe ni cara basic bagi yang dah expert. Buat yang belum tahu, I nak share cara-cara untuk masuk kan watermarks dalam setiap gambar seperti yang I buat dalam blog ni. Sebelum ni I pakai Windows Live Write and by default, setiap kali I masuk kan gambar, watermarks yang I dah set kan auto insert. Tapi sejak WLW ada masalah hari tu, I terpaksa cari alternative lain.

Watermarks sangat penting sebab untuk mengelakkan gambar dari di curi dan claim sebagai gambar mereka sendiri sebab pernah terjadi dekat member sendiri. Penat-penat ambil gambar, penat-penat edit, tapi orang lain suka-suki je ciplak. Sakit hati kan.

Cara yang paling mudah untuk masuk kan watermarks, I suka guna PhotoScape yang merupakan free software. Here, u boleh masuk kan watermarks secara pukal (wah..dah lame tak pakai ayat pukal ni) atau pun nak masuk kan satu-satu untuk setiap gambar pun boleh.


1. Download dan install Photoscape

2. Buka dan klik pada 'Batch Editor' untuk masuk kan watermarks ke dalam gambar.


3.

Step 1: Pilih folder yang mana tersimpannya gambar anda. Klik pada folder tersebut.
Step 2: Gambar dalam folder akan di tunjukkan di kotak nombor 2
Step 3: Select all atau pilih gambar yang hendak di edit. Drag and drop ke dalam kotak nombor 3.


4. Gambar yang di pilih akan dipaparkan seperti di bawah.



5.


Di bahagian kanan, klik pada object dan check pada 'Text 1' untuk masukkan jenis tulisan dalam watermarks. Klik pada simbol yang berwarna kuning itu.

Kalau nak masuk kan watermarks jenis bergambar, boleh check pada 'Photo 1' dan masuk kan gamba anda.


6.

Untuk yang hendak masuk kan jenis text, boleh pilih tulisan, warna dan size seperti yang dikehendaki. Kemudian klik 'OK'.


7.

Watermarks would appear seperti dalam gambar di atas. Boleh adjust posisi text tersebut ikut kesukaan dan minat anda.

8.

Klik pada 'Convert All' untuk masuk kan watermarks pada semua gambar.

9. 

Save pada destinasi folder, tunggu sehingga semua gambar habis di convert. Akan mengambil sedikit masa untuk gambar yang banyak. Then your are done!.

Senang dan simple kan. 


Lagi satu I memang suka guna Photoscape bukan untuk masuk kan watermarks saja, tapi salah satu cara yang mudah untuk edit gambar selain dari Photoshop CS5 yang selalu I gunakan. 




www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain