fb Twitter

Thursday, November 22

Restoran Tupai-tupai @ Shah Alam

Happy Belated Birthday kepada diri sendiri iaitu sebulan yang lepas. Diri sendiri telah menghadiahkan 2 pasang baju kurung dari Jovian Mandagie. Kira hadiah paling mahal dapat *sendiri beli sendiri nak kepoh*.. Seumur hidup selalu beli baju kurung pun yang murah-murah saja. Ni kira dah pecah rekod beli baju yang mahal.



Tahun 2012 ni, dapat menyambut hari lahir bersama-sama rakan seperti 3 tahun sebelum ini. ecehh

Tahun 2009, celebrate birthday dekat Marche, The Curve. Masa ni celebrate sekali dengan birthday Nadia. October babies kan sangat fabulous *tak ada kene mengena*  Birthday cake telah disponsor oleh geng bas sekolah. Siap ada tema lagi Red and black ..sooo sweetttt... Sporting betul durang ni sebab datang mengikut tema yang telah di tetapkan. Sayang korang ketat-ketat *ehh..ayat sape la ni kan*

 Gambar atas sebelah kiri tu saja nak tunjuk kan badan yang slim lettew...pfftttt

Semua nampak muda jelita lagi

Tahun 2012 ni tak ada party-party dah. Makan dengan kawan secara low profile tanpa tiup-tiup kek lebih seronok sebenarnya. Kami pilih untuk dinner bersama di Tupai-tupai Shah Alam di malam ambang perlawanan bola sepak antara Kelantan Vs ATM. Nasib baik tak sangkut dalam traffic bersama-sama perminat susah mati Kelantan dan ATM. fuhh..our timing sangat perfect!


Tweet...tweet

Pertama kali makan di tempat ini. First impression, suasana yang sangat selesa kena pula dengan lightning yang ala-ala suam kekuningan itu. Romantik je. Harga pun boleh tahan sebab tu la nampak cam eksklusif sikit.  Menu yang ada kat sini sama seperti dekat restoran yang lain. Ada juga disediakan buffet kat sana. Tapi kita order ala-carte saja malam tu.

Ini menu-menu yang di order di sana

 Tomyam. Tekak ni asik nak makan tomyam saja. 



 Baby kailan masak garlic

 Butter prawn


 Siakap 3 rasa



Ahli-ahli berjemaah yang terlibat hari tu adalah ahkak-ahkak yang selalu inter frame dalam belog syok sendiri ni. 




Review dari saya untuk tempat ini:

Ambiance:
8/10 - Restoran yang selesa dan luas. Dan tutun atur meja yang memudahkan untuk berjalan. Kalau nak suasana yang lebih romantik pada waktu malam, boleh makan di bahagian luar yang bertemankan lampu yang malap dan bintang-bintang di langit. cewaaahhhh

Makanan:
4/10 - I rasa semua lauk serba tak kena pada malam tu. Rasa macam tah apa-apa. Tomyam nampak saja pekat, tapi tak rasa macam tomyam langsung. Ikan siakap masak 3 rasa tu lagi la tak tahu apa rasanya. Ikan tak garing langsung. Butter prawn tu bila selak-selak di sebalik serabut tu, ada lah dalam 4-5 ketul je udang. Tu pun tak fresh. Terpaksa sharing pula nak makan.

Harga:
Cekik darah! Tak padan dengan portion nya. Tak sedap pula tu. nuff said! will not return again.



www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain