fb Twitter

Tuesday, November 20

Persediaan Ke Bali

Hari Khamis ini kalau tiada aral melintang akan terbang ke Bali selama 4D3N. Minta-minta semua nya di permudahkan.  Ini lah yang di perlukan setelah sekian lama tidak bercuti ala-ala santai ni. Persediaan semua nya last minit sebab pergi dengan 2 lagi member yang merupakan cekgu, so jadual nya last minit baru dapat sama ada kena jaga SPM, kena pergi kursus atau tidak. 

1. Tiket
Tiket untuk ke Bali baru di beli pada bulan lepas masa raya Haji. Nasib baik ada promotion. Itu pun kira mahal juga tu. Dapat tiket RM390 seorang. Sehari suntuk juga la planning, nak set date lagi, nak pilih time lagi. Tapi tak apa, nak berjalan punya pasal, gwe sanggup.

2. Hotel
Hotel pun dah book siap-siap dari Agoda supaya senang tak payah nak cari masa sampai ke sana. Untuk 4D3N di sana, kami akan duduk dua hotel yang berlainan. Mula-mula plan untuk malam yang terakhir tu macam nak duduk dekat villa yang ada private swimming pool. Harga villa kat sana sangat murah dan cantik pula tu. Villa with private pool senang-senang je boleh dapat dari harga RM400 ke atas untuk satu malam. Kalau share bertiga baru berapa je kan untuk seorang. Tapi tukar plan lain sebab masa balik nanti awal pagi, iaitu pukul 6. Rasa tak berbaloi pula nak duduk dekat villa. 

Jadi kesudahan nya, kami pilih hotel The Pavillion Hotel Kuta untuk 2 malam pertama dan Hotel Adhi Jaya untuk malam yang terakhir. Kedua-dua hotel ni terletak di kawasan Kuta. Jadi senang la nak berjalan nanti. Harga hotel-hotel kat sana memang murah.




3. Supir
Untuk Supir pun I dah inform Pak Yanto untuk jadi supir kitorang bila sampai sana nanti. Tapi akan pakai khidmat untuk 2 hari saja. Hari yang ketiga tu nak jalan-jalan area Kuta saja. Harga untuk 1 hari Rp350,000 dan setengah hari Rp250,000. Dapat email Pak Yanto ni forum Cari dan beliau merupakan seorang muslim. Jadi senang la mintak dia tunjuk kan kedai-kedai yang halal kat sana. 

Sekarang tinggal nak tukar duit dan kemas bag saja lagi. Luggage pun I tak beli extra sebab tak rasa nak ber shopping sangat cuma nak cari painting kat sana je. Orang cakap murah dan cantik kan.
www.tips-fb.com

4 comments:

  1. salam..nak mintak no contact supir ye..tolong send kt email sy.. hariri.hamzah@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.
      Saya tak ada contact no. tapi boleh email supir di yantohood99@yahoo.co.id

      tq :)

      Delete
  2. AnonymousMay 22, 2014 at 1:32 AM
    Saya pun prrnah ambil supir dati Yanto tapi nasib saya amat malang. dapat supir yang pemalas. Kerana hujan semasa di Bali diletaknya kami berjam2 di satu tempat dan supirnya enak2 bermain snooker! Sakit hati betul! Mungkin Yanto ok tapi kalau silap haribulan dpt supir dia yang tak ok, nahas lah.
    Lahi satu JBS di Jimbaran tu mmg ok tapi bila da makan sekali tengok mereka siap hidangkan arak segala. Aduh. Hati2 memilih supir. Yanto itu cuma 'boss' mereka. Banyak juga pilihan yang lain yang mungkin lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf sebab awk dapat pengalaman yang tak best pula dengan supir tu. di mana-mana pun tetap kena hati-hati. thx for sharing sebab boleh jadi rujukan untuk yang lain

      Delete

Ratings and Recommendations by outbrain