fb Twitter

Tuesday, November 20

Pasar Filipina - Day 2 & 3

.!. Dekat Sabah ni, I hanya sempat shopping dekat dekat pasar Filipina saja. Masa terlalu singkat dan pendek. So shopping pun kena lakukan secara pantas. Dekat sana memang banyak sangat Mutiara kalau nak di bandingkan dengan Sarawak. Lawa-lawa dan ada pelbagai warna pula tu. 

Di sebabkan untuk hari ke-2 & ke-3 I banyak habis kan masa kat sini je..jadi nya, I akan compress kan cerita dalam entry ni je la ye. 

Dekat Pasar Filipina ni, banyak terjual nya mutiara, barang-barang tradisional dan pelbagai jenis ikan masin. Barang yang di jual boleh tahan murah kalau di bandingkan di sini. Kenapa namanya Pasar Filipina? Sebab kebanyakkan penjual adalah orang-orang Filipina. 


Ni dekat Pasar Ikan Masin Kota Kinabalu. Di buka mulai jam 8 pagi sehingga 8 malam. Pelbagai produk makanan laut kering ada di sini. Ikan masin, ikan bilis, udang kering, gamat dan macam-macam lagi makanan laut yang dah di keringkan boleh di dapati di sini. Harga pula boleh murah kalau nak di banding kan dengan semenanjung. Semua pun rasa nak beli dekat sini.


Harga untuk sekilogram (di ambil dari Surat kabar hari Sabtu. Kebetulan ada cerita pasal Pasar ikan Masin ni) :

Bilis kering: RM15 - RM22

Udang Kering: RM20 - RM28

Ikan Keropok Sanah: RM25

Ikan Talang: RM15 - RM18

Balat Kering atau gamat: RM300 - RM800

Perut Ikan Kering: lebih RM500


Ni kedai yang I beli. Senang je kedai ni dekat tepi sekali. Tak payah nak berlaga-laga vontot masuk dekat belah dalam. Jijie pun dah memang biasa beli dekat kedai ni. Senang nak tawar menawar.



Kat sini pula tempat yang menjual pelbagai jenis, warna dan bentuk pearls. Ada pearls laut la..pearls air tawar la, pearls air masin la..bla..bla..bla.. I pun tak tahu yang mana satu elok, so mana nampak cantik di mata tu yang I beli. Lagi pun untuk pakai sendiri je. Harga pun tak ada la mahal mana. 



Kebanyakkan kedai kat dalam ni jual mutiara yang lebih kurang sama saja. Jalan 2 3 kedai tengok yang mana berkenan terus saja beli. Laluan dalam ni memang sangat kecil. Muat-muat untuk seorang saja lalu. Nasib baik masa pergi tu tak ramai orang. Mungkin sebab pergi masa weekdays kot. 



 Kerongsang dengan pelbagai warna dan bentuk yang bertahtakan mutiara pun banyak kat sini.








Selepas penat berjalan, perut pun mula la nak berdondang sayang. Di sebabkan selalu sangat tengok gambar-gambar ikan bakar orang upload dekat pasar Filipino ni, I pun beria nak try. Kat sini memang banyaaakkkk sangat seafood. Kebanyakkan kedai kat situ memang jual seafood saja. Semua nya nampak sedap. Nampak saja sedap ok! Tapi rasanya..hummmpp....nanti I story k!

Sebelum tu, meh kita tengok lambakkan seafood yang terhidang di atas meja dan kelihatan 'sedap tu' . Ada ikan bakar, sotong bakar, ketam bakar. 













Terliur tak? terliur tak? hahha..memang saja nak bagi uollsss telan air liur ..

Ok. Bermula lah episod membeli dan menanya harga. Kitorang order sotong bakar secucuk dan seekor ikan talapia bakar. Harga sotong RM12 secucuk, Ikan talapia yang boleh tahan besar harga dalam RM15. Nampak macam gebu-gebu dan garing je kan. 

Bila makan kat sini, teringat suasana masa makan dekat Night Market Phuket. Macam gini juga la style nya


Ni yang kitorang order untuk makan berdua. 

 Sotong bakar

 Ikan talapia


Memang dah tak sabar sangat masa tu nak menyuap dalam mulut. Tapi bila first bite je I dah terus rasa lain macam je ikan dan sotong ni. Ikan dah la liat dan isi pula macam makan plastik je. Kalau Ikan fresh mesti berderai-derai kan isi. Tapi ni tidak! Kulit pun tak rasa ape-ape tah. Tak garing langsung. Ikan liat...mana nak dapat tu? Kalau ikan dah liat, sotong lagi la berganda liatnya. Tak rasa fresh langsung. Rasa macam ikan dan sotong ni dah lama dan di bakar berkali-kali. Tapi sebelum makan tu, penjual tu siap cakap lagi ikan ni semua masih baru. Memang dasar ^&&^*&(*&!!!

Bila semakin lama makan, baru dapat rasa hanyir nya. Memang sah ikan ni dah lama dan tak fresh langsung!. Tapi di sebabkan dah terlampau lapar..terpaksa di kunyah kan juga. Seriusly, ni kali yang pertama dan terakhir I makan kat sini. Yang paling I boleh terima kuah asam kat kedai tu saja. Mungkin salah pilih kedai agak nya. Sebab memang banyak kedai kat situ sampai naik juling mata tengok seafood terhidang depan mata dan tak tahu nak pilih kedai yang mana. 


Tips dari saya:Lebih baik cari kedai yang jual fresh seafood iaitu yang belum masak lagi or boleh tanya kedai yang ada kat situ nak yang fresh-fresh. Kalau boleh mintak durang bakar time-time tu juga. So uolls boleh la tengok dan pilih sendiri nanti. Jangan terkena macam I sudah la ye. Agak nya dah berapa kali display-bakar-display-bakar tu yang ikan jadi macam plastik tu. 

Lepas selesai makan, pusing-pusing pula di sekitar pasar tersebut. Sayur-sayuran yang di jual memang murah. Cili satu dan limau kasturi satu plastik RM1 saja. 


Selepas penat berjalan, terus pulang semula ke Hotel. Malam ke dua, demam semakin teruk sebab asik kena hujan dan terpaksa ke klinik dekat area town sana. 

Meja penuh dengan ubat-ubatan dan buah tu nak bagi cuci perut supaya cepat baik. Ahaks..ada ke macam tu?

Untuk hari ketiga, tak banyak aktivit yang dapat dilakukan sebab flight pulang pada petang tu. Selepas habis kerja, terus ke Hotel untuk kemas semua barang. Sempat ke pasar Filipina sekali lagi dan terus menuju ke Airport.


Sesak gila Airport time ni. Dan flight balik kena delay :( . Naik AA ni kalau tak delay, bukan AA la nama nya!

Hujun mengiringi memergian kami dari negeri Sabah ini. Semoga kita dapat ketemu lagi, tapi kali ini harap dapat pergi ke tempat-tempat tarikan pelancong pula.




/ I cepat-cepat nak habis kan cerita KK ni sebab this week akan ke Bali. Nanti banyak pula pending cerita. Persediaan ke Bali semua dah complete. Tinggal nak kemas baju saja. Excited!



www.tips-fb.com

9 comments:

  1. Next tyme nak makan seafood tak pyh pg philipine market.. Sana tu mahal.. Better tnya local people and they can suggest u better place and better price

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ni tak tahu..maybe next time akan tanya tempat seafood yang lain :)

      Delete
  2. i org kk pun xpnah terlintas nak makan seafood kat pasar pilipin tu sbb utama kebersihan dn ksihatan mmg out, then dorg mmg display-bakar display-bakar display-bakar la seafood kat situ mostly 95% pjaja kat situ buat mcm tu...mmg nampak cantik tp rasa hampeh..1 more dorg guna seafood bom tau ermm ikan kena bom atau guna elektrik shock haa tu sbb la sometime x fresh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh myyy...betul ker?
      seafood bom and elektrik tu yang teruk sekali
      patut la rasa lain macam sikit. terkulat-kulat nak makan time tu

      Delete
    2. hye... i pun org kk jgak.. tp rasanya seafood kat situ tak kot pakai bom or electric shock.. sal peniaga kat situ pun makan ikan yg sama. !!! yg u mkn tu mgkin ikan yg smlm punya tu.. n kalau u nak makan ikan bakar fresh..u datang awal..pastu bole pilih ikan sndri..suh dorg bakar.. !!! pastu kalau nak mkn frsh seafood boleh try mkn kat selera kg air.. sini mang variety seafood!! hehhee..

      Delete
    3. thanks for the information dear :)
      seafood kat sana mmg best pn sebenarnya

      Delete
    4. Pilipins are not so sincere people... Kalo g pasar pilipin tu, kalo nk beli brg2 tu ok la... Tp if nk mkn kat situ, better not... X hygiene langsung kat situ... Xpe, pengalaman mengajar erti kehidupan...

      Delete
  3. I just came back from KK last week. hari kedua My husband pun demam jg masa kat sana sebab kena hujan.

    Haritu tnya jg peniaga2 kat pasar filipina tu, diorang suggest mkn seafood kat tempat yang you pergi tu. Mungkin sebab bukan rezeki I nak makan kat situ, malam tu pulak hujan lebat giler.. so cancelled. I had our dinner at Suria Sabah je huhu.

    But on the 3rd day, I pergi makan fresh seafood dekat Gayang Seafood, di Tuaran. Not bad tapi mahal giler.. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx for sharing dear..nnt ada masa pergi sana lagi nak try plak la gayang seafood tu. tak pernah dgr plak sebelum ni

      Delete

Ratings and Recommendations by outbrain