fb Twitter

Wednesday, November 21

Merlion Park, Singapore

Setelah sekian lama, baru berkesempatan nak menghabis kan entry Singapore kali ini. Untuk hari yang terakhir sebelum pulang semula ke Kay El, kami ambil peluang untuk shopping sedikit di Mustapa Center dan terus ke Merlion Park untuk sightseeing. Merlion merupakan melambangkan negara Singapore dan tugu ini amat terkenal sekali di serata dunia. Actually banyak lagi tempat-tempat menarik kat Singapore ni, tapi di sebabkan kekangan masa, kita pergi tempat yang top listed saja.

Sampai sana pada matahari tengah tegak di atas kepala. Sekejap je ketik dah becak dan segala peluh keringat semua keluar. I suka view pada waktu malam sebab cahaya bangunanan di sana sangat menakjubkan. Dan teringin nak buat night photography di sana. 

Tapi tak apa, dapat jejak kan kaki di sana pun sudah memberi seribu kenikmatan. Menggunakan GPS, jalan menuju ke Marina Bay sangat mudah dan berhampiran dengan Singapore Flyers. Btw, I menggunakan Papago sebagai GPS kat sana. Senang saja nak ikut instruction yang diberikan. I pernah guna Garmin, tapi kurang membantu. Sesat lagi ada lah. Dan jalan yang ditunjukkan kadang-kadang tak munasabah.

Memulakan langkah selepas kereta sudah parking di basement. Rate kalau tak silap dalam $2.50 per hour. Menghabiskan masa kira-kira sejam saja untuk sesi photo bombing di sini. 



One Fullerton

Marina Sand Bay. Cuaca sangat baik pada hari tu. Langit clear dan awan yang membiru



Teringin naik naik sampai atas tu. Ada infinity pool. Tak dapat menginap di sana pun tak apa. Asal kan dapat naik ke atas pun dah cukup. Next trip maybe.


Singapore Cruise ni boleh bawak pusing-pusing di sekitar Marina Bay.


Ini lah dia si Merlion yang terkenal itu!

Nampak gagah di situ.

From different angle




Tempat ini wajib datang sebab di samping boleh berehat di situ, kita juga boleh melihat bangunan-bangunan yang sangat unik dan berseni buatannya. 

Overall, Singapore trip ini sangat fun dan easy cuma yang kurang nya currency yang agak tinggi.



End of Singapore trip..




www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain