fb Twitter

Monday, November 19

Kota Kinabalu, Sabah - Day 1



Hola! 

Last week I pertama kali menjejak kan kaki di bumi Sabah. A bit jakun..sikit-sikit nak bergambar. Hah!..jangan tertipu..I bukan orang Sabah or Sarawak. Muka saja ada iras-iras. Biasa la..Muka International memang macam ni. Macam Cina pun ya..macam kadazan pun ye kan *ni bukan I yang cakap..tapi orang yang bagitahu*.

Nasib baik member rajin layan kan je and dia memang fasih jalan-jalan kat sana. So memang banyak bergantung dekat dia saja. Cakap je nak ke mana, mesti dia tau jalan punya dan semua hotel yang ada kat sana pun dia dah hafal.

Menggunakan perkhidmatan Airasia, flight dari KUL-BKI take off tepat pada waktu yang dijadual kan iaitu pada pukul 12 tengah hari. Sengaja mahu ambil flight tengah hari untuk sampai awal di sana. 

Awan yang berkepul-kepul dari pandangan atas. Masa sekarang kan musim hujan. Nampak sangat cantik dari atas.

Sebab cantik, I nak letak lagi gambar. Blueeghhh


Bila mula menghampiri bumi Borneo, kagum dengan keindahan pantai yang menghijau di sama dan bentuk muka bumi yang menakjubkan. MasyaAllah..indah nya ciptaan Allah dan rasa sangat bersyukur dapat juga menjejak kan kaki di sini.





Sepanjang 3D4N di sana, kami telah pilih untuk Ming Garden Hotel & Residence. Hotel ni boleh dikatakan masih baru, so serba serbi masih elok dan cantik. Duduk kat sini pun sebab ada swimming pool. Planning nak beraksi kuak lentang dalam swimming pool lepas habis kerja..tapi non ado..dive atas katil je la nampaknya.

Hotel yang tempat kitorang duduk ni memang selesa sekali. Bilik sangat besar untuk dua orang. Toilet bersih with modern style. Rasa tak nak keluar dari bilik saja. Bantal dan katil pun empuk je rasa bila golek-golek atasnya. Lokasi nya memang di tengah town tapi agak isolated sedikit dari kedai-kedai. Kena ada kenderaan kalau nak duduk di sini.

Bilik cewek-cewek

















Kawasan swimming pool nya pun sangat luas. Siap ada gym, spa dan kids room lagi. 



Tapi slacknya, macam ada sedikit bau je bila I lepak-lepak kat sini. Tak tahu bau tu datang dari mana.

Sampai hotel petang tu terus masing-masing campak barang, rehat, solat dan terus keluar balik. Ouh..lupa pula nak bagi tau untuk kenderaan, kitrorang memang dah deal awal-awal lagi dari semenanjung. Member yang settle kan sebab dia ada kenal orang. Dapat kereta BLM auto, rate RM220 untuk 2 hari termasuk hantar ke Airport. Memang standard kereta rate sewa kat situ. Terima kasih Jijie sebab tolong settle kan bab kereta ni. 

Misi pertama mencari makanan sebab masing-masing dah kelaparan. Tapi yang paling lapar I sebab tak sempat nak makan dari pagi dan hanya makan Mc Sausage je masa dalam flight.  


Di area mana pun saya tak tahu. Ikut saja hala tuju Jijie sebab dia yang drive dan tahu selok belok di sana. Bila google, dapat tahu ni dekat Jesselton Point yang terletak berhampiran Wisma Sabah dan Hyatt Regency Kota Kinabalu. Masa sampai tu nampak la abam-abam yang kerja laut baru naik atas darat. haa...ni nak pergi makan ke nak mengushar ni!

*Pang* Back to reality, actually Jijie nak bawak makan nasi padang dekat sebelah Jeti ni je. Nasi Padang Ibu namanya. Im not really a Nasi Padang lover sebenarnya tapi wait until u try kat kedai ni. Confirm balik semenanjung mengidam punya. Sekrang ni pun masih terbayang lagi keenakan nasi padang tersebut.




A bit pricey, tapi harga yang mahal tu belum dapat lagi menandingi rasanya yang enak. I bukan ekzegerate ye..tapi ni memang kenyataan. 

Kena pula lokasinya berlatarbelakang kan laut nan indah. Memang feeling habis la makan kat situ. Makan pun tersipu-sipu *motif makan dengan perempuan pun nak tersipu* . Time tu pula dah nak sunset. Memang lawa view time tu. Member pula cerita dia pernah pergi ke snorkling dari jeti yang sama. Teringin pula rasa nak try snorkling kat Sabah. Tapi mungkin lain kali sebab masa amat terhad kat sana.




Kat sini kalau nak lauk kena la pilih sendiri dan bukan jenis durang letak banyak-banyak atas meja tu. Di sebab kan I tak pandai sangat nak pilih lauk-pauk kat sini, I serahkan semua nya dekat Jijie. Dan pilihan nya semua sedap-sedap.

 Sup Tulang. Sedap sangat


Ni je yang I pilih. Ayam sambal. Sambal nya sedap sekali. Sampai licin I bedal 


 Should try sambal-sambal kat sini. Lain warna sambal, lain rasa nya.


 Sebelah kiri tu atas tu, daging dinding. Pun sedap juga! Pendek kata semuanya sedap la. 

suka gambar ni sebab nampak balance.hahah

Masa ke sana tak sempat nak berjalan sangat sebab tak banyak masa pun nak berjimba. Lepas habis kerja, pusing-pusing area town tengok-tengok dah gelap. Kat sana malam sangat awal. Pukul 5 dah macam pukul 7. By the time pukul 8 otomatik mata dah terpisat-pisat mengantok. Nak jadi kesah, dua-dua pun demam masa kat sana. Pukul 8 je mesti dah sampai hotel sebab dah tak larat nak berjalan sangat.

hah!..untuk satu hari saja dah berpuluh gambar ada dalam entry ni. Jangan serik ye baca. hehe. Next I nak cerita pasal Pasar Filipina yang banyak jual barang-barang tradisional, jual mutiara dan kedai ikan bakar kat situ.



Bersambung....





www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain