fb Twitter

Thursday, October 4

Demam Adam & Hawa

Sana sini orang seronok bercerita perihal Adam & Hawa. Di office, di belog-belog even di twitter dan instagram pun meriah dengan #Adam&hawa. Sampai kan ada orang kat office ni borong buku Adam & Hawa sampai bertimbun dekat lobi tempoh hari. Ni mesti pakat beli ramai-ramai. Tak sabar nak tunggu ending lettew. Meh sini pinjam pulak lepas dah abis baca tu. Eceh!

Tapi yang tak seronok nya..kenapa lah setengah jam je waktu siarannya..mana puas macam ni. Pergi dapur bancuh teh cepat-cepat, bila tengok tv balik..eh! dah habis??$%^ T__T . 

Orang lain tengok cerita Adam & Hawa ni mesti sebab tergila-gila kan atau mengagumi lakonan Abam Aaron Aziz. Tapi, saya sekelumit pun tak ada perasaan. Mula-mula tengok..ok cerita ni not bad juga dah la tak pernah baca novelnya..so tatau jalan cerita macam mana. Tapi setiap novel tulisan Aisya Sofea ni memang terkesan di jiwa dan gaya penulisan pun menarik. Drama ni bertambah menarik disebabkan lakonan Aaron dan Nadya Nisaa sangat bersahaja itu. 

Tapikan, perasaan ini tiba-tiba jadi berdebar-bedar dan tak keruan ketika Johan datang menyambut kedatangan Ain dan Azie di Airport. Ini lah dia Cinta pandang pertamaku! ahaks


Sekarang, mood untuk tonton Adam&Hawa sedang membuak-buak hanyalah di sebab adanya Abam Johan ini saja..rawrrrr! *hidung berdarah* Dah la setia menanti Ain habiskan Masters di Australia. grrr..mana nak dapat laki macam ni..mana? Tapi Am pun sanggup tunggu Ain abis kan degree dan masters. Untung lah..dua laki sanggup tunggu. 

Malam ni kita ngedate lagi ye Abam Johan..eh





www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain