fb Twitter

Tuesday, September 18

Shopping di Mustafa Center, Singapore

Ni kesimanbungan cerita Singapore I yang tah bila nak abis tah ni. Kalau pergi bercuti dan tidak di sertakan sekali dengan aktivi shopping rasa nya percutian tersebut macam tak lengkap pula. At first, I memang tak letak kan budget untuk bershopping pun. Niat di hati untuk berjalan makan angin je. Tapi bila dah sampai sana, tiba-tiba rasa macam rugi pula kalau tak beli apa-apa. Bukan nya selalu dapat datang sini kan. Bila dah rasa macam tu, rasa serba salah pula menerpa. So rasa janggal pula kalau pulang dengan tangan kosong. Tapi tiap kali pergi mana-mana mesti ada feeling feeling macam tu. Pokai la makcik camni asik shopping je T_T .

Untuk malam pertama tu, selepas ke Marina Bay, we'olls decide untuk tamatkan malam pertama dengan singgah di Mustafa Center. Terletak di Jalan Syed Alwi, perjalanan amat mudah sekali sebab berpandukan GPS. Memakan masa lebih kurang 15 minit saja dari Marina Bay. Sekejap je dah sampai sana ni pun dah habis slow dah I bawa sebab tak familiar dengan jalan kat sana.



Nak parking pun tak ada la susah mana. Just park my car dekat outdoor parking, just a few steps away from Mustafa ni. Walaupun dah malam, coupon tetap letak juga sebab takut kena saman je. Almaklum la..kat sana kan sangat strict.

Permandangan di hadapan Mustafa

Di luar Mustafa ni amat meriah dengan gelagat manusia dan banyak kenderaan masih lagi berpusu-pusu untuk kesini. 

Mustafa ni tempat membeli belah yang sangat besar dan dibuka 24 jam. Habiskan masa satu hari dalam ni pun tak cukup nak tengok semua barang. Macam-macam boleh dapat kat sini tau. Segala jenis perfume, alat solek, toiletteries, vitamin/supplement, snack, fruits dan even barangan electronic pun ada di jual di bawah satu bumbung. Dekat bahagian atas pula ada restaurant. 


haaa..tak meroyan ke tengok perfume kat sini. According to the SA, semua perfume ni original.


Banyak sangat barang kat sini dan ada juga barang yang tak di jual di KL, tapi senang di dapati kat kedai ni.






Sebelum nak balik ke KL, sempat singgah shopping lagi di Mustafa untuk kali ke-2. 


Kat sana ada 2 kedai Mustafa. Satu yang lama dan satu lagi kedai baru sikit dan berhadapan antara satu sama lain. Yang baru ni lebih luas dan susun atur yang lebih kemas. Nak shopping pun rasa lebih selesa compare dengan yang kedai lama, ruang untuk berjalan agak terhad dan sempit.


Overall, tempat yang wajib singgah untuk membeli barang-barang keperluan harian. Harga pun tak ada la mahal mana. Perfume pun kalau ada promotion boleh dapat dengan harga yang lebih murah. 

It was the best shopping experience so far!
www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain