fb Twitter

Thursday, August 2

Universal Studio Singapore [Part 2]

Ok. Kembali kita kepada part 2. Dalam entry lepas I ada cerita yang I sanggup pakai wedges untuk kelihatan lebih kebabommm kan. Kebabom la sangat. Well..actually that was really really bad idea. Dalam hati menyumpah-nyumpah kenapa la gatal sangat nak pakai wedges pergi USS. So uncomfortable sebab dalam tempoh 2 jam tu untuk sampai ke USS kena banyak berjalan dan turun naik bas lagi. Nasib baik I bring along my flat shoe tapi sudah nya terpaksa pikul bag yang berat lepas ditambah kasut wedges tu belum campur lagi dengan make up bag, camera with 18-105mm lens bawak extra lens lagi pula tu. Mau lebih 2.5kg bag I time tu dan pergi mana-mana pun kena bawak bag sekali T_T. Super berat nokkkssss…

        

DSC_2466 On the way to Waterfront Station dengan menaiki Sentosa Express. See the happy face there!

        

Fyi, untuk tiket USS, I dah booked and beli dari Citrus Hotel yang berharga SGD74 sebab tengok tarikh yang kita akan pergi tu musim peak dan untuk mengelakkan kekecewaan kerana kehabisan tiket. Tapi we were so lucky sebab masa tu tak la ramai seperti yang di jangka kan mungkin sebab time kita pergi tu hari bekerja walaupun peak season.

        

uss7 Globe ni tempat yang wajib bergambar. Yeay! dah sampai USS.

        

uss9

        

uss12Masuk-masuk akan berada di Hollywood Street. Lawa sangat kat sini sebab bangunan semua cantik-cantik. Yang best nya kat mana-mana pun boleh ambil gambar. Tak ada orang nak kisah pun except masa naik ride je la

        

 uss14  Ini Cafe!dohh

        

uss15 Memang tak ramai pun orang time ni walau pun dah pukul 1. So kami bebas melakukan apa saja. Tak payah nak berebut-rebut pun.

        

uss18 Walk of fame

        

uss19

Betty Boop shop. Kenal tak Cartoon character ni? Cartoon dah agak lama ada tapi masih lagi famous. Macam-macam ada dalam ni untuk collector Betty Boop

        

uss20 Inside Silver Screen Collectibles Shop.

        

uss6 I menang Oscar for Best Lover..pfftthhh

        

uss23Kaki terus melangkah untuk ke Madagascar theme pula sebab takut tak sempat nak pusing semua kan.

        

Actually dekat Hollywood street ni macam-macam ader. Mel’s Drive-in, Universal Studio Store, The Dark Room, Monster Rock Theater tapi kami tak singgah sebab kejar masa.

        

uss62

        

uss26Woody woodpecker. One of my favorite cartoon masa kecik dulu. Dok ulang banyak kali tape pun tak boring tengok. Dulu pakai tape ok..takde CD2 ni. Tak cukup lagi, pergi kedai sewa tape pula.

        

uss2 Meriah sangat dekat Madagascar ni. Rasa seperti berada di dalam filem yang betul-betul.

        

uss63

Wajib ambil gambar kat ni sebagai kenang-kenangan.

        

uss64Actually kat sini staff USS akan ambil kan gambar dan akan terus print terus. But you can decide nak beli ke tak nak. Posing sakan tapi kitorang tak beli pun.

        

uss65 Kat belakang tu ride untuk Madagascar: A Crate Adventure. Ni first river ride yang kitorang naik. Nama pun first ride, so boleh agak la excited nya macam mana kan. Kita akan di bawa menjelajah ke dunia Madagascar menggunakan river boat. Comel-comel. Suka!

        

uss68 Queue tak lama pun. Dalam 2 minutes je. Strictly prohibited untuk ambil gambar dalam ni. So..no picture inside.

        

uss72

Welcome to Far Far Away!

        

Ni la dia istana Fiona dan dalam tu ada Shrek 4D Adventure. Apa yang menarik pasal 4D ni, you can see, hear and feel the air, the water, spiders macam the real one. Sampai kasut I tercabut sebab terkejut rasa macam ada spider betul-betul bawah kaki..eeewwwww . Nasib baik tak tercampak atas kepala orang yang duduk kat depan.

        

uss37

And they live happily ever after…The End

        

Eh..belum habis lagi..

        

Then we queuing untuk naik Enchanted Airways rollercoaster. Nak rasa lebih adventure lagi duduk la paling depan sekali rasanya jeritan horror kitorang lagi kuat dari orang lain padahal tak ada la takut sangat.

        

uss33  Kena queue agak lama dalam 15 minit.

        

uss36 Even the staff pun comel sebab baju ikut tema. Baru la betul-betul rasa macam dekat Far Far Away.

        

uss73 Dah penat menjerit, singgah di Fairy Godmother’s Juice Bar untuk beli air and souvenir. Botol air yang panjang harga SGD15 kalau tak silap. Tak ingat the exact  price. I belikan Sara tumbler harga SGD10.

        

uss74 Sejuk tekak nak mengabis kan air yang banyak tu

        

uss43

Leaving Far Far Away Kingdom

        

uss45 Next is Jurassic Park theme.

        

uss53 

        

uss77

        

Tak tahu kenapa, masa tengok filem ni kecik-kecik dulu, rasa ni la cerita yang paling scary. Tapi bila besar ni rasa tak heran pun. erkk

        

uss48 Canopy flyer.

        

uss47 

Kat sini kena queue yang paling lame. about 35 minutes. Tu time tak ramai orang. Kalau masa betul-betul peak tatau la kena beratur berapa lama pulak. But, if you are single rider, you can cut the queue sebab ada single rider lane.

        

uss49

Again, kena duduk depan sekali..Ride ni sangat best sebab kaki hanging dan view pokok-pokok tapi sekejap sangat.

        

Next, naik Jurassic Park Rapid Adventure river raft ride yang macam ada dekat Sunway Lagoon tapi lebih menakutkan. I tak ambil gambar untuk ride ni sebab dah simpan camera dalam bag untuk mengelakkan basah. Baju hujan ada disediakan yang berharga SGD3. I tak beli pun tapi ada orang baik hati bagi I baju hujan dia. Kalau tak..mesti habis lenjun. Camera tu paling penting sekali.

        

uss50  style la ada drying pods ni tapi kena bayar.

        

uss51

        

End of part 2. Actually banyak lagi I nak cerita. Tapi Windows Live Write ni asik lagging je dari tadi. So I akan sambung di part 3 pula. Ramai character yang sempat I jumpa dan bergambar dan banyak lagi tempat-tempat yang best dalam ni. Stay tune ya!

 

www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain