fb Twitter

Monday, July 30

Universal Studio Singapore [Part 1]

Bersambung lagi cerita percutian di Singapore yang dah lama pending ni. Read here and here for previous entry.

The most efficient transportation dekat Singapore semestinya MRT. So we decided untuk naik MRT saja instead of bas. Ingat kan lebih jimat. Tapi bila dah tambah tolak lebih kurang sama je kalau naik bas.

 

Perjalanan menggunakan MRT ke Universal Studio Singapore dari Citrus Hotel terasa amat lama sebab kena turun naik bas dan kejap-kejap kang kena tuka train. Belum sampai USS lagi dah terasa kepenatan. Tapi bila orang tanya ada la juga pengalaman naik MRT tu.

 

Actually hotel yang tempat kitorang bermalam ni (Citrus Hotel) ada menyediakan perkhidmatan penghantaran pergi dan balik ke USS terus yang berharga RM30. Ingatkan mahal sebab tu kitorang decide untuk naik bas dan MRT je. Tapi sudahnya, baik la bayar RM30 tu je daripada gigil-gigil kaki kena tuka-tuka train ni –_-.

 

Gerak dari hotel agak lambat dalam pukul 10 pagi sebab masing-masing kepenatan sebab berjalan sehari suntuk di Singapore sehari sebelum. Jalan kaki menuju ke JB Sentral yang terletak beberapa ratus meter je dari hotel. Sampai JB sentral agak panjang juga orang beratur untuk lepas kastam sini sebab time tu memang waktu office hours dan ramai yang nak masuk ke Singapura. Dah membazir masa kat kat sini saja.  

 

Lepas je kastam tu I perasan semua orang jalan sangat laju sampai I sendiri pun tak terkejar..pergghh..orang-orang sini memang gini ke? Bila dah nampak orang jalan laju, secara otomatik nya kaki pun akan bergerak laju dengan sendiri nya. Tapi sumpah..boleh semput ikut kelajuan durang ni tambah pula I feeling-feeling diva pakai wedges kan.

 

uss6 I tried to keep up with the speed.

 

Lepas je kastam, kami terus mencari bas yang hantar sampai ke Kranji station di Singapre. Bila sampai  Woodland, kena turun bas untuk dapatkan pula cop kastam Singapore.

 

Settle kat kastam, kena berhimpit pula dalam bas yang akan terus bawa terus ke Kranji station. Part ni I memang blur terus. Macam mana nak beli tiket, station mana nak berenti. So I serahkan pada Suria je.

 

uss10

Kranji Station

     

uss9

MRT yang sistematik. Different colour different train

     

DSC_0015 Ni mesin untuk beli tiket. Tak tahu langsung macam mana nak guna. Nasib baik ada penyelamat keadaan. Dari Kranji kami beli tiket ke Jurong East. Dari Jurong East, tuka train untuk ke Outram Park. Akhir sekali,dari Outram Park tukar train pula untuk ke Harbourfront. Perjalanan mengambil masa kira-kira sejam.

     

DSC_0005 Spacious train. Nak bawak stroller pun boleh dalam ni

     

Bila sampai ke Harbourfront station, kena jalan kaki menuju ke VIVO city. Dalam VIVO City, kena naik ke level 3 untuk menaiki Sentosa Express yang berharga SGD3 untuk ke Waterfront di mana terletak nya Universal Studio. Fuhhh…gigil-gigil kaki dah time ni tapi teruja untuk sampai ke USS.

     

DSC_0021

     

DSC_0022

Tiket train boleh di beli di sini. SGD3 untuk pergi dan balik.

     

And finally, we arrived here selepas 2 hours of journey dari JB. Sampai sana lebih kurang pukul 12. Banyak nya bazir kan masa.

     

DSC_0028 Waterfront Station

   

     

uss98

     

DSC_2486

    

     

uss7 Us in front of the globe

uss

I’m super excited, tapi banyak juga tempat yang terlepas tak sempat nak masuk sebab kesuntukan masa. Opening hours only from 10am till 7pm je.

     

Banyak yang menarik dalam tu. Kami yang dah kertu ni pun terkinja-kinja macam budak kecil.

www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain