fb Twitter

Tuesday, July 3

Pengalaman pencarian rumah

Assalamualaikum..

  

Actually boleh dikatakan agak lama juga I dah start mencari rumah untuk dibeli yang di dalam lingkungan budget lebih kurang 2 tahun lepas. Tapi rata-rata rumah Klang valley ni memang mahal dan kadang-kadang tak munasabah. Orang yang baru merasa nak hidup dengan duit makan gaji macam I ni memang belum mampu nak beli. Sebab tu sampai sekarang belum dapat lagi beli rumah. Rumah apartment kat sini pun harga lebih dari 300K dengan sqft yang yang kecil. Tu baru apartment. Belum lagi landed house –_-‘

  

Kalau nak murah kena luaskan pemandangan lebih dari 30km dari KL. Suburban area macam Puncak Alam, Rawang atau Klang tanah masih lagi murah dan banyak projek-projek perumahan baru yang dalam pembinaan. Kebanyakkan harga rumah teres masih lagi mampu milik.

  

Setakat ni I dah tengok sendiri pembangunan di Puncak Alam.Pembangunan yang sangat terancang. 2 tahun lepas bila dengar puncak alam kalau boleh I nak avoid. I terbayang kan kawasan yang tersangat terpencil dan jauh dari kemudahan asas. Tapi bila tinjau sendiri tempat tu, it totally change my perspective. Seriusly kawasan ni memang banyak potential. Dah banyak rumah yang naik dekat situ kemudian timbul la rasa menyesal tak tengok kawasan tu 2 tahun lepas.

  

Kawasan di situ banyak di bangunkan oleh IJM. Ramai pulak member-member office dah sambar rumah kat situ. Harga yang durang dapat dalam 200++K je! Memang untung. Sekarang, bila I check last week, rumah teres 2 tingkat bersize 20*60 dah harga 300++K dah. Sekejap je dah naik harga beb!

  

Tapi I ada  satu pengalaman yang buat I sakit hati bila pergi tengok showhouse tempoh hari under developer *** . Masa datang tu I memang selebet habis dengan muka berminyak-minyak. Nak pergi tengok rumah je kot sebab tu la tak melawa sangat. So dengan perasaan yang berkobar-kobar, I masuk showhouse and nampak banyak model-model yang di letakkan di situ untuk projek perumahan under developer tu. Terus berjumpa dengan orang yang bertugas untul bertanya tentang rumah di situ

  

Me: Boleh tanya pasal rumah tak? Berapa harga untuk unit yang available? (masuk-masuk terus I terjah harga. Tapi I bertanya dengan penuh sopan santun ok)

  

Pekerja: Rumah ape? (dengan cara yang sangat sinis)

  

Me: Rumah dekat area ni. Ade lagi tak? (Time ni I dah memang meluat dah)

  

Pekerja: Rumah untuk ape? Sebab kita hanya ada rumah baru je. (dengan sengih yang menyindir)

  

Me: Rumah untuk di beli la! Ada unit yang available ker?? (Ni dah lebih ni!)

  

Time ni memang dah mencarut dah dalam hati. WTF! haa..kan dah termencarut. Memang la tujuan aku aku datang sini memang nak tengok rumah baru. Bila orang tanya tu patut nya terus la jawap ni dia tanya kita balik. Amboi..amboi..mentang-mentang la muka aku macam budak baru akil baligh and pakai pun selebet kan. Ko ingat aku ni budak-budak sekolah yang tengah nak cari rumah untuk di sewa dengan rakan-rakan ke? Ni dah kira memperkotak katik kan orang! Berdesup je panas aku time ni. Nasib baik la orang lain tak ada. Alamat nya mana la nak sorok muka time tu. Lepas tu I memang malas nak bercakap dengan dia langsung. Masa dia bgtau pasal harga semua I dah malas nak amik port. Lantak ko la..bebel la sorang-sorang. Pandang aku dengan sebelah mata je macam orang tak berduit sangat..puiii…tak pe..tak pe..hari ni hari kau..  

  

Lepas tu terus I keluar dari situ. Malas nak deal dengan orang yang belagak ‘KAYA’ tu. Please la..do not trust your first impression tu. I pun ada buat business as a part time juga dan di ajar jangan memilih client sebab kita tak tahu rezeki kita di mana. I pernah gatal-gatal pergi tanya rumah yang harga berjuta-juta walaupun tau memang tak mampu tapi layanan amat memuaskan hati je. Tak rasa diskriminasi pun. Tapi kau…rumah baru harga gitu dah belagak tak tentu pasal…

  

puiii….sadis la..

  

 

www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain