fb Twitter

Monday, March 5

Holiday di Patong #3 – James Bond Island

Sambungan daripada entry phuket sini dan sini.

 

Sebelum tu..I awal-awal nak warning sebab entry ni ada banyak gamba..sebab tu la mengambil masa yang agak lama untuk up kan entry Phuket yang terbaru ni. Setiap satu gamba I buat minimal editing tak ada la edit over-over sangat. Just naik kan contrast, brightness dan sedikit sharpening.

 

Aktiviti untuk hari yang ke-2 ialah Day trip ke Phang Nga Bay dan James Bond Island yang I beli dengan harga 1000baht = RM100 seorang termasuk transportation dan makan dengan menggunakan ferry boat. Dari 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

 

Tour iternary untuk sepanjang hari:

8.00am-9.00am : Pick up dari hotel ke pier yang terletak di Ao Por

9.30am: Bergerak dari Ao Por ke Phan-Nga Bay menggunakan ferry boat

11.00am: Sampai di Ko Tapu atau di kenali dengan James Bond Island. Kemudian akan dibawa pula ke Koh Panak Island untuk  sea canoeing. Boat kemudian meninggalkan Koh Panak untuk ke Koh Hong di mana akan dibawa untuk explore gua yang terdapat nya stalactite and stalagmites. Makan tengahari di atas ferry secara buffet dan akhir sekali di bawa Koh Lawa atau Koh Naka selama sejam untuk aktiviti free and easy (swimming atau canoeing)

5.00pm: Return ke Pier dan di hantar pulang ke hotel.

 

Pakej termasuk:

  • * Transport pergi dan balik menggunakan minibus yang ber aircond
  • * Minumam ringan dan buah-buahan di atas boat
  • * Buffet lunch
  • * Peralatan untuk canoe dan well trained canoe paddler
  • * Life jacket
  • * English Speaking guide

 

Jamesbondisland3

 

Ok. Berbalik kepada cerita kita, sebelum pukul 8 dah kena siap-siap sebab minibus akan datang ambil dekat hotel. Seperti yang dijanjikan, tepat pukul 8 van memang betul-betul datang depan lobi hotel. Kami orang yang pertama dia datang ambil. Lepas naik minibus, pergi ke beberapa tempat lagi untuk mengambil pelancong yang lain.

 

Setelah minibus dipenuhi dengan pelancong asing, perjalanan diteruskan ke pier yang terletak di Ao Por. Perrgghhh….boleh tahan jauh juga dengan mengambil masa lebih kurang 30-45 minit. Sampai terlentok-lentok gwe tertidur dalam minibus tu.

 

Apabila sampai di tempat destinasi, kami diarahkan berkumpul di kedai ni terlebih dahulu sementara menunggu yang lain. Kat sini tersedia breakfast yang light-light macam biskut dan air.

 

Jamesbondisland4

 

Jamesbondisland5

Ni harga yang diletak kan di dalam pamplet. Jangan risau..boleh kurang lagi ni.

 

Setelah kesemua nya telah sampai, kami di arah untuk bergerak ke tempat berkumpul ke-2 iaitu di kawasan lapang di jeti.

 

Jamesbondisland6 Jauh nau ferry nya tu. Cuba teka macam mana hendak ke sana?

 

 

Jamesbondisland7 Haaa..ni la transport yang bertanggungjawap membawa kami ke ferry. Sumbat ramai-ramai selagi boleh dalam ni. Agak nya lebih kurang 30-40 orang boleh muat dalam kenderaan ni.

 

Jamesbondisland8

 

Sementara menunggu, sempat beli topi. Sepanjang jeti tu ada banyak kedai jual topi. Rata-rata topi yang sama setiap kedai tapi harga lain-lain. Semakin hampir kat jeti, semakin murah harga. Maybe sebab orang banyak beli dekat kedai yang awal-awal, bila sampai kedai yang terakhir..fullammakk..harga lagi murah plak. Topi yang I beli berharga 100baht je. Murah jugak la kan.

 

Jamesbondisland9 Motif gambar ni? Time ni tengah panas terik. Rasa matahari betul-betul terpacak atas kepala. Tangan tetiba tertekan button snap

 

Jamesbondisland10 

 Actually masa kat jeti ni, ada banyak peloncong dari travel agent yang berlainan. So nanti setiap seorang akan diberi sticker supaya tak bercampur dengan group lain. Nak naik pick up ni pun kena ikut group yang telah di tetapkan.

 

Jamesbondisland11 Ni la rupa ferry boat yang di sediakan. Para pelancong boleh duduk dibahagian atas.

 

Jamesbondisland12 View dari atas ferry

 

Jamesbondisland13

 

Jamesbondisland14 

 

Dekat atas cruise ni disediakan lagi buah pisang dan rambutan beserta air teh dan kopi untuk bancuhan sendiri dan unlimited air coke dan mineral water. Pelik tengok kenapa rambutan ni durang tak usik. Terlupa plak mat salleh ni tak pernah nampak rambutan. So I sorang je la yang banyak ngap..ngap rambutan tu.

 

 

Jamesbondisland2

Naik atas je terus diberi air coke..ahh..refreshing

 

Jamesbondisland15

Ferry dah mula bergerak masa ni. Tapi slow betul la bergerak. Ambil masa kira-kira sejam setengah untuk sampai ke James Bond Island which is our first stop.

 

Jamesbondisland16

 

Jamesbondisland17

 

 

Jamesbondisland18

 

Setelah sejam 30 minit bersantai atas cruise, baru la nampak pulau-pulau kecik disekeliling. kalau tak nampak laut yang biru yang tak berapa biru je di kiri kanan.

 

Jamesbondisland19

Bila sampai ke James bond Island ni kena naik pula boat kecik ni pula sebab hanya boat yang kecil saja dibenarkan masuk.

 

Jamesbondisland20

Langit biru tapi laut nya macam keruh sikit kan.

 

Jamesbondisland21Budak kecik tu happy betul

 

 

Jamesbondisland22 Boat tengah mengambil side untuk parking.

 

Jamesbondisland23

 

 

Kaki mula melangkah mengikut orang lain sesudah turun dari boat. Mata terkesima bila ternampak batu tonggol ni berada betul-betul di depan mata.

 

Jamesbondisland

Alhamdullilah…akhirnya dapat juga tengok tempat ni yang sebelum ni dapat tengok dalam gambar dan internet saja.

 

Ini dia James Bond Island yang terletak di Phang Nga Bay di selatan laut Andaman. Kenapa James Bond Island?

 

Actually nama sebenar batu ni ialah Ko Tapu atau Nail Island. Tapi telah menjadi terkenal semenjak filem “The Man with the Golden Gun" di lakonkan pada 1974 di sini dan semenjak tu dinamakan James Bond island.

 

Cerita lagenda mengenai Ko Tapu:

 

Once upon a time, there lived a fisherman who used to bring home much fish every time he went to the sea. However, one day he could not catch any fish despite tedious attempts and only picked up a nail with his net. He kept throwing the nail back to the sea and catching it again. Furious, he took his sword and cut the nail in halves, using all his power. Upon impact, one half of the nail jumped up and speared into the sea forming Ko Tapu: wikipedia

 

Cerita saintifik pula:

In the Permian period, the area was a barrier reef. Then, upon tectonic movements, it ruptured, and its parts were dispersed over the area and flooded by the rising ocean. Wind, waves, water currents and tides gradually eroded the islands thus formed, sometimes producing peculiar shapes, such as Ko Tapu: wikipedia

Dekat sini kami diberi masa selama sejam. So amik peluang untuk explore pulau ni.

 

Jamesbondisland25 Ni dekat the other side dari tempat yang diturunkan. Nak sampai sini kena naik dan turun tangga.

 

Jamesbondisland26 Kalau rajin sila la baca..

 

Jamesbondisland27

 

Jamesbondisland24

 

Jamesbondisland28 View from different position

 

Reasons kenapa tak ada gambar I sebab I stay behind the camera. Orang yang pegang camera terpaksa berkorban gambar sendiri tak banyak walaupun dulu I kuat camwhore.

 

 

Another reasons bila cuba berada di hadapan camera end up jadi la cenggini..

 

Jamesbondisland29

Sedihnya..orang boikot dengan memblurkan gambar saya

 

Jamesbondisland30 Dan juga ini..haallamakkkk…mana backgroud nya? sedih lagi –_-‘ . So I memang sesuai duduk dibelakang camera saja la jawapnye

 

Jamesbondisland33

Nasib baik gambar ni menjadi..tapi ada plak aishawara rai kat belakang tu –_-‘

 

Jamesbondisland31 Gambar Ko Tapu yang last sebelum diarah menaiki semula boat untuk ke tempat yang seterusnya.

 

Jamesbondisland32

 

Lupa plak nak bagitau..kat sini ada kedai-kedai yang menjual cenderahati. Ada rantai, gelang dan lain-lain. Dan lain-lain tu sebab I tak tahu apa lagi yang di jual sebab I tak berhenti tengok setakat jeling je. Takut kena tarik dan paksa kena beli.

 

Jamesbondisland34 Otw to our ferry.

 

Jamesbondisland35 Pemandangan yang menarik kat sini

 

Tempat yang seterusnya, kami dibawa ke Panak Island untuk canoeing. Setiap canoe diberikan  seorang paddler untuk membawa ke tempat-tempat yang menarik kat area Panak Island ni.

 

Jamesbondisland36

 

Jamesbondisland37

This is the most beautiful place yang I pergi untuk hari tersebut.

 

Jamesbondisland38

 

Jamesbondisland39

 

Jamesbondisland40 Mangrove in beautiful cave yang kaya dengan stalactite and stalagmites

 

Jamesbondisland41

 

Jamesbondisland42

 

Jamesbondisland43Dalam keadaan baring amik gambar ni untuk lepas dari stamakmit. Nampak tak terang yang hujung tu. Kat situ la target kita.

 

Jamesbondisland44 Sampai!

 

 canoeing

Can’t believe my eyes with this mesmerizing view

 

Jamesbondisland45

 

Jamesbondisland46 My paddler dengan baik hati telah menghadiahkan sekuntum bunga yang dianyam sendiri menggunakan daun yang telah layu.

 

Lepas itu, pulang semula ke ferry dan makanan untuk lunch telah tersedia di atas tu. Banyak betul pilihan lauk dan yang paling penting sekali halal. Tapi yang kureng nya..terpaksa makan cepat-cepat sebab dah sampai ke Hong Island untuk sambung canoe lagi.

 

Jamesbondisland47

 

Jamesbondisland48 Kat sini memang betul-betul kena baring

 

Jamesbondisland49

 

Jamesbondisland50 Kuasa Allah, dalam tengah-tengah laut tapi dekat sini air cetek je sebenarnya

 

Jamesbondisland51 Gelap gulita. Tak berani nak bergerak sangat. Sebab tourist guide cakap bahaya sikit kat sini ada banyak batu yang tajam.

 

Jamesbondisland52 Lagoon yang cantik sangat.

 

Jamesbondisland53

 

Jamesbondisland54

 

Last activity visit Naka Bay untuk swimming dan canoe secara sendiri.

 

Jamesbondisland55

 

Dan pukul 5pm kami dihantar pulang semula ke hotel.

 

ffuhhh…penat tapi rasa sangat berbaloi dan pulang dengan memori yang terukir amat indah sekali.

 

www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain