fb Twitter

Tuesday, March 27

4th International Hot Air Balloon Fiesta

Terpaksa letak ke tepi entry Phuket sebab kehilangan gambar-gambar yang berharga tempoh hari. Belum sempat pun nak cerita pasal Maya Bay yang sangat lawa, PhiPhi Island yang tenang, Phuket night market yang hectic dan banyak lagi nak share sebenarnya. Rasa nak menangis je bila terkenangkan kembali gambar yang masih belum dapat diselamatkan ni. Nak dekat 2 minggu dah hard disk masih cuba di perbaiki tapi belum menunjukkan kesan-kesan yang positif T__T. Ada la entry Phuket nanti kalau berjaya recover gambar *ayat pasrah*.

   

Last few weeks, I berkempatan untuk meninjau-ninjau kawasan Hot Air Balloon di Putrajaya. Walaupun dah 4 kali buat kat Putrajaya, tapi ni la baru first time dapat tengok balloon yang betul-betul naik pacak di langit nan biru eh..biru ke..silap silap..di langit yang putih sebenarnya. 

   

Tapi sebelum tu tengok gambar domok ni

   

balloon9 Muka confuse. Letak tangan kat dagu sambil berfikir… Kita nak pergi mana ni lawa-lawa?

   

Sampai pukul 5 petang. Waktu paling ngam ngam soii sebab balloon naik pukul 6.

   

Tapi kenapa masa yang I pergi ni semua balloon macam melepek-lepek teratai layu di tasik madu jer nengok. Tak de pun Dart Vader, doremon dan poket ajaibnya or clown. Tak seceria sebelum ni pun. Ke sebab I datang dah hari terakhir so tinggal balloon yang buruk-buruk je. Yang lelawa semua dia siap pack nak balik? 

   

balloon1 Tengah prepare nak naik. Tapi tak naik-naik pun sudahnya

   

 

balloon2 Nampak macam banyak je nak naik kan. Tapi last-last tinggal berapa ketul je yang naik sebab angin kuat T_T

   

balloon3 Kome tengok la tu..tak ceria pun kan

   

balloon4

   

balloon5 Smile uoollsss..Balloon dah nak naik

   

balloon6

   

balloon7

   

balloon Up..up and awayyy…

   

balloon10

   

Kali ni memang tak banyak pun balloon yang berjaya naik. Ada lah dalam 4-5 balloon je. Tapi Alhamdullilah..dapat juga tangap gambar selepas 3 kali terlepas fiesta yang very the hot ni *memang panas pun sebab kesan pembakaran*

   

balloon8 Sebelum balik sempat tengok sunset.

   

 

See you next year.

   

Ok.Bai.

www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain