fb Twitter

Sunday, February 19

Holiday di Patong, Phuket Thailand #1

Minggu lepas bermula la perjalanan ke utara yang pertaman kali menuju ke Phuket, Thailand selama 5 hari. Beberapa hari sebelum tu baru cari money changer untuk tukar duit. Tapi sekarang rate agak tinggi. Ingatkan banjir teruk tempoh hari turun la nilai sikit. Tapi nan ado..100baht hanya dapat RM9.91 je =_=’ . Lagi pun memang planning untuk tak nak bawak banyak sangat duit sebab hotel dah book pakai Agoda. Duit yang bawak tu hanya untuk belanja makan, transportation dan shopping. To my surprise, duit yang bawak tu lebih dari cukup. Kos I ke sana termasuk flight, hotel, makan, transport dan shopping semua hanya RM1k. Percaya tak? Boleh buat entry destinasi budget tak?tsskkk

Tiket flight ke Phuket ni pun I dah peram setahun. Last year punya Airasia promotion. Punya la eksited nak berlepas ke sana sampai sanggup beli lens camera baru. So, all pictures dekat Phuket ni was capture using my Nikon D90 + AF-S DX Nikkor 35mm 1.8G. Lens 35mm ni memang sangat light weight sesuai untuk wanita macam I ni dan untuk travel.

Flight ke Phuket tak delay dan perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam.


Phuket2
Sebelum sampai tu, flight attendant akan bagi sorang satu borang kemasukkan ke Thailand untuk di isi.  Make sura bawak sekali pen tau. Time tu I tak teringat langsung. Terpaksa pinjam orang sebelah punya pen.

Phuket1 Melopong I masa ni..Subhanallah..lawa nya.. Masa ni dah nak landing dah. Bila tengok permandangan ni, tak sabar rasanya nak ber sun bathing dekat tepi pantai.

Phuket4
Airport Phuket ni betul-betul sebelah laut teringat macam Airport kat Puerto Rico. Masa ni kapal terbang dah rendah dah untuk touch down.


Phuket3  Yeay!..sampai sudah..cepat..cepat kita keluar.


Phuket5 Masa nak pergi keluar ke kastam kena lalu sini. Maybe kat sini waiting area. Tapi masa tu tak ada orang pun. Nampak tak kebiruan laut tu.


Phuket6 

Hambik kauu..ni dekat kastam. Punya la ramai orang. Kebanyakkannya bermata biru/hijau dan ber freckles. Orang Asia boleh dikira boleh dikira pakai jari. Yang muka Malaysian ni lagi la sikit. Kebetulan masa sampai tu ada flight yang lain juga yang baru landing. Sebab tu la sesak macam ni. Lama juga kena baratur kat sini. Ada la lebih kurang 45 minit untuk lepas dari kastam. Bila dah lepas orang kastam tu check dan amik gambar terus keluar dari Airport.

Bila keluar je dari Airport macam-macam orang datang kerumun. Semua sibuk promote suruh amik teksi dia la, amik package la. Sori beb..wa tak layan. Nasib baik I ada buat buat research dan baca blog dulu. Kalau amik teksi dari airport ni memang mahal. Dalam RM60 seorang. Package-package kat airport ni pun jangan la amik. Mencekik wehhh…. Untuk package ni jangan risau. Sampai kat pantai lagi ada banyak agen yang jual. Lagi murah dari kat airport ni. Service pun tiptop!

Untuk ke hotel dari airport, I amik minibus je. Minibus ni caranya kita akan naik van ramai-ramai. Van akan gerak bila dah cukup 10 orang.


Phuket7 U’olls boleh beli tiket untuk minibus ni dekat luar airport. Harga baru 150baht which is RM15 je seorang. Tu kalau nak ke patong la. Kalau nak ke tempat lain, sila tengok gambar kat bawah ni.


Phuket8


Phuket9 Agak hectic juga kat Airport ni. Banyak giler kereta masa ni. Dengan panas lagi.


Phuket10 
Van ni dah sedia menunggu. Bukan kita yang tunggu van. Masa baca tripadvisor dulu, ingatkan van dia buruk sebab tu murah. Tapi van dia amatlah selesa dan tak berbau. Aircond kuat dan siap tinted lagi. So tak terasa kepanasan langsung walaupun duduk 10 orang dalam tu. 


Phuket11 While waiting van ni untuk gerak. Nak kasi penuh 10 orang dalam ni.

Selama 5 hari tu, I decide untuk stay dekat area Patong. Patong lebih ramai tourist dari Kata/Karon maybe sebab club-club malam dan bar bersepah dekat situ especially dekat bangla road. Pelacur dan ladyboy pun senang dapat. Tu agak nya tarikan utama Patong. Tapi kalau datang untuk honeymoon, better stay area Kata/Karon yang lebih tenang dan tak se sesak Patong.

Phuket12

Perjalanan ke Patong amik masa lebih kurang 30 minit. Tapi sebelum hantar ke hotel, van ni akan singgah ke Travel agen dulu. Kat sini durang promote la macam-macam package yang ada. Tapi I still tak terbuka hati untuk beli kat situ pun. Harga pun still mahal lagi.

Phuket13 Van akan terus hantar ke hotel. Ni jalan masuk ke hotel. Kiri kanan ni penuh dengan hotel.



Phuket28 
Ni hotel yang I duduk for 2 nights. Lagi 2 malam I tukar hotel lain plak. I kan memang suka hotel-hotel ni. Sama gak macam kat Bandung and Kuching tempoh hari kan

I book Thai Classic hotel ni untuk deluxe room  selama 2 malam. Dapat RM71 untuk semalam masa book pakai Agoda bayar terus pakai credit card. First time guna Agoda ni.. Memula tu rasa takut juga. Selamat ke tak Agoda ni sebab kena reveal Credit Card information. But so far  im very satisfied sebab it is very secured. Nak book senang, nak check in lagi la senang. Sampai-sampai sana i just tunjuk kan my print out voucher dan tak payah register atau bayar deposit pun. Receptionist tu terus tunjuk kan bilik. Sangat simple dan pantas. Hotel yang I menginap ni macam boutique hotel ada 4 tingkat tapi tak ada lif la. Dapat bilik paling atas kena la menapak sikit naik tangga. Tapi bilik dia boleh tahan besar dan selesa.



Phuket17 
Complete dengan water heater, fridge, balcony, aircond dan wifi (free tau ni..laju plak tu). Kat lobby ada disediakan computer untuk kegunaan customer. Bilik pun besar dengan LCD TV plak tu. Nanti I buat review pasal hotel ni ye..ke tak payah?

Lepas sampai terus siap untuk keluar semula untuk cari makan. Rugi la kan kalau lepak dalam bilik je. So, masa keluar ni hanya berpandukan kan map dan kaki je. Mana kaki nak melangkah, kita ikut saja.


Phuket15

I found this motor depan hotel. Tapi hotel ni tak buat sewa motor. Kena cari kat tempat lain.


Phuket31 Dengan cuaca yang sangat panas dan lapar sebab belum lunch, nampak orang jual buah ni terus tahan. nom..nom..nom

Kita decide untuk ke Jungcylon (shopping mall) sebab masa otw dalam van ada ternampak mall ni dekat dengan hotel.

Phuket33Kat sini ada construction. Nak tambah lagi hotel la tu.

Dari hotel untuk ke Jungcylon makan masa 15 minit gak berjalan kaki. Jungcylon ni salah satu shopping mall yang ada dekat Patong. Kalau yang muda macam I ni jalan kaki masih larat lagi. If bercuti dengan family, better amik tuktuk, sewa kereta or nak senang sewa hotel dekat area pantai. Kat area hotel ni susah nak cari kedai makanan halal. 

Phuket34Found this interesting signage. 


Phuket35 Depan tu sikit lagi nak sampai. *seret kaki*


Phuket48 

Phuket36 
Tapi sadly, tak jumpa kedai halal dalam shopping mall ni. Kat luar pun banyak kedai western. Saya mahu makan nasi sama sambal belacan la..tekak jawa memang tak boleh lari kat mana-mana pun.

Lepas tu ternampak kedai halal jual roti kat depan pintu masuk Jungcylon. Dengan tak bertoleh lagi, terus nak pergi order. Memula mamat yang jual tu tak reti cakap english. Terpaksa dia suruh customer dia orang thailand yang cakap kan. Dah ada orang perantara pulak nak communicate. Entah macam mana terdengar dia borak dalam bahasa melayu dengan kawan dia. Ape lagi…

laaa….boleh cakap melayu ker?

Terus berborak sakan sambil tunggu I punya roti pisang siap.

Rupanya mamat ni dari Narathiwat sempadan Malaysia Thailand. Sebab tu la boleh cakap melayu dengan slang kelantan. Tapi baru je sebulan keje kat Phuket. Interview habis kan aku ni.

Then my roti pisang with chocolate arrived..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Phuket39
Meal kat Phuket. Time lapar semua nya sedap. Roti ni kat tepi-tepi Patong pun banyak jual. Tapi di panggil pancake kedai ni panggil roti. Must try!



Phuket38 
Dari brother kedai ni la I tau kedai Halal yang ada kat area Patong ni. Yang paling dekat dan paling sedap dia tunjuk kan dekat foodcourt pasar basah berhadapan jungceylon. Harga pun murah macam harga standard gerai kat sini. Mana cukup beb makan roti je. Dapat la juga merasa makan nasi + ayam goreng kunyit + telur goreng beli dekat kedai halal tu untuk hari pertama.


Phuket40
Lepas tu pusing dalam Jungcylon tapi tak menarik sangat pun. Floor atas sekali ada banyak kedai IT. So round-round situ je. Harga pun lebih kurang sini je.
   Phuket41 IT Center


Phuket42 They have this XD teater. Memula nak masuk, tapi macam tak berbalot plak. RM25 untuk 7 minit. Bontot tak panas lagi tapi dah abis. Membazir je rasa.


Phuket43 Bahagian luar Jungcylon lebih kurang macam The curve. Banyak bar and kedai makan kat bahagian luar ni.


Asik tengok tempat orang je tak perasan dah petang masa tu terus mencicit keluar untuk pergi ke pantai Patong. Nak cari pantai dari sini pun satu hal gak sebab tak tahu jalan.


Phuket44
Phuket45 
Phuket46 Tak tahu la jalan ni betul ke tak. Redah saja la.


Phuket47 Kau pun sesat juga ker?
 Phuket49 Busy road di Patong.

Kat sana tourist banyak sewa motor. Tapi berhati-hati sikit dengan jalan kat sana. Sepanjang kat sana, sampai 2 kali nampak foreigner jatuh dari motor sebab berlanggar dan bergesel dengan kereta. I pun sama tercium bontot tuktuk. Sesuka hati je nak break tetiba.

Phuket50 Ni perkara normal kat sana. Sepanjang jalan kat sana sibuk la dema nak tarik orang masuk kedai depa. Tapi sebab I ni ada muka Thailand, tak di ganggu sangat pun XD


Phuket51 Full of colors


Phuket52 Tak serabut ke tengok cabal elektrik tu


Phuket53

 Ingat kan jalan dalam ni boleh tembus terus pandai. Sekali salah jalan daaa...

Phuket54

Salah jalan lagi…


Phuket55 Still tak jumpa juga. Terpaksa keluar balik ke main road balik.


Phuket56

 Jagung bakar *drooling*


Phuket57 

Phuket58

Haaa..dah nampak dah pantai depan nun..


Phuket59 Disebabkann Phuket ni dah terlampau famous sebagai tempat pelancongan, jalan mana-mana pun mesti ada hotel. Sepanjang jalan ni penuh dengan hotel.



Phuket60 

Harga massage kat sana. Kenapa la kat sini tak ada harga macam ni. Kalau tak mesti hari-hari pergi memanjakan diri. Manicure baru RM15 je! Kat sini bukan takat double the price, sampai beratus-ratus pun ada.


Phuket61


Phuket62 oh..indahnya..pasir pantai yang putih warna nya..


Phuket63


Phuket64Alhamdullilah.. Dapat juga tengok sunset.


Phuket65

Sunset
 Foreigner and local Thailand sedang bercanda di pasiran pantai


Phuket66 
Lantern
Phuket67 
Next entry I cerita pula aktiviti malam pertama. Apa lagi..explore Bangla Road. Melopong weh tengok keadaan malam kat situ.

 

 

Next Entry:

Phuket #2

www.tips-fb.com

4 comments:

  1. huhu i pernah pegi skali je kot thailand (tu pun bukan phuket) zmn kecik2 dulu..ramai kwn2 ckp best..

    by the way..i dh linked n follow u :)

    ReplyDelete
  2. @choclairissa

    yup..mmg best pun..pulau kat sane lawa2

    thanks dear

    ReplyDelete
  3. Nice, makes me feel that Thailand is not as bad as I thought

    ReplyDelete
  4. @Nath
    I first thought the opposite also.
    But it is actually a nice place for holiday

    ReplyDelete

Ratings and Recommendations by outbrain