fb Twitter

Saturday, January 28

[Review] Etude Golden Ratio

Selamat berhujung minggu. Tapi kenapa mesti rasa weekend ni cepat sangat berlalu. Tak puas pejam celik tetiba esok dah kena kerja balik TT__TT .


Pernah dengar Etude House tak? Sebelum ni I tak pernah dengar and kalau nampak kat mall pun, mesti tak terasa pun nak masuk. Setakat jeling-jeling je. But lepas terbaca review dekat blog, time-time tu juga rasa nak pergi beli. Kebanyakkan cosmetic yang dijual dekat kedai ni semua datang dengan packaging yang cute dan menarik dan harga pun tidak lah terlalu mahal dan tidak terlalu murah juga. Tapi paling I suke Golden Ratio, Face Glam.


Etude4

Kegunaan Face Glam ni untuk menambahkan effect shining dan glowing. Trend Glowing effect kan tengah in sekarang. Semua berebut-rebut nak putih and glowing kan. Harga dalam RM60++ kalau tak silap. 


Etude2Ada 2 jenis color dan untuk kulit I, I beli warna gold. Satu lagi warna rose yang sesuai untuk warna kulit yang terlalu putih bagi mendapatkan hasil kulit muka merah-kemerahan gitu.


Etude3
Memandang kan Etude ni dari Korea, So faham-faham je la. Tapi jangan risau. Dekat tepi kotak ada instruction in English.



Etude

Face glam ni ada 2 layer. Layer yang dekat atas digunakan sebagai highlighter yang boleh disapukan dekat T-zone, dagu, tulang pipi dan sekitar hidung. 

    Etude5 Ada cermin yang comel juga!


Etude6 Yang ni pula layer paling bawah. Macam foundation tapi cair sedikit dan ada shining dalam cairan ni.


Etude7 Etude8 Shining effect.


Cara yang selalu I guna untuk pakai Face Glam ni, I akan campurkan Face Glam dan Foundation (I suka pakai Loreal  White Perfect. Dah bertahun-tahun pakai dan masih lagi setia). Blend dekat tangan dan terus sapukan dengan menggunakan foundation brush. I lebih gemar menggunakan foundation brush instead of sapu pakai tangan je sebab nanti sapuan lebih sekata dan kemas. Tak rugi rasanya belanjakan duit untuk beli berus foundation yang berkualiti.


Kalau nak gantikan foundation tu dengan BB cream pun boleh juga.


Lepas tu boleh la pakai highlighter untuk di sapukan di tempat-tempat yang tertentu untuk menonjolkan bahagian tersebut.


Dan hasil nya…















www.tips-fb.com

2 comments:

  1. amboi2 pndai tol touch-up iyer :)..mcm ne nk nmpk kn pipi cm telo bkilat gitu?gune pe iyer???

    ReplyDelete
  2. @Lydia
    senang je dia..pakai foundation/bb cream> face glam :)

    ReplyDelete

Ratings and Recommendations by outbrain