fb Twitter

Wednesday, December 21

Braces Story

Iyrin Iyrin

 

Cak!

 

Eh.Bukan. Bukan. Ni bukan gambar sekarang. This picture was taken like 4 years before. Look how skinny am I. Muka pun ada shaping lagi. Sekarang ni dah macam tong drum je dan dagu pun dah berlayer layer.

 

I miss wearing braces. Masa mula-mula pakai tu sakit nya hanya Allah je yang tahu. About 1 week tak dapat makan makanan yang keras-keras. Terpaksa makan benda yang senang kunyah. Tapi ada satu masa tu tak dapat tahan mengidam, nak makan epal juga. Terpaksa la makan dalam keadaan yang sakit sampai bergenangan air mata.

 

I pakai braces ni dalam tempoh masa 2 tahun dan kalau boleh tak nak bukak sampai bila-bila sebab I suke sangat tengok orang pakai braces. Nampak cute je. *wth..budget comel la tu pakai braces*

 

Masa pakai braces ni perlukan disiplin yang sangat tinggi. Every month kena datang jumpe dentist dan biasa nya dentist akan ketat kan lagi braces. Setiap kali jumpa dentist, tiap kali tu la kena makan bubur je >.< . Di sebabkan ada metal di atas gigi, hygine mulut lagi strict kena jaga. Kena selalu gosok gigi especially lepas makan. Kalau tak mesti ada sisa makanan yang tertinggal. Kang ada pula terselit ayam goreng la , paprik daging la, pizza la. Tak enak di pandang orang nanti.

 

Dulu I mempunyai masalah gigi yang tidak teratur dan bersimpang siur. Cekal kan hati untuk pakai braces juga walaupun terpaksa korbankan 4 gigi. Orang lain ada 32 biji gigi tapi I ada 28 je sebab terpaksa cabut masa nak pasang braces ni. Masa nak cabut gigi geraham dulu tak sakit pun tapi di sebabkan dokter tu super horror, cabut gigi macam nak cabut pokok ubi , sampai sekarang masih lagi terbayangkan tingkah laku dokter tu. Dalam process nak pakai braces, cabut gigi adalah pengalaman paling menyeramkan.

 

Selepas 2 tahun, doctor confirm untuk cabut bila tengok keadaan gigi dah cantik dan teratur. *cewah*

Nak tengok tak gambar selepas?

 

Recovered_JPEG Digital Camera_3646 Gambar ni di ambil dalam tempoh masa seminggu lepas bukak braces. Kenapa nampak lain bebenar muka gwe dalam ni.

 

Bila buka braces ni, terasa ringan je gigi sebab dah tak ada besi yang melekat lagi. Tapi sebenarnya, lepas je bukak kena immediately pakai retainer tak boleh tanggal-tanggal sebab time ni gusi masih lagi lembut dan senang sangat nak bergerak. I mean like 24/7 kena pakai sama macam pakai retainer cuma nak makan je boleh tanggal. Tapi di sebabkan I degil dan kekonon nak budget hot, I pakai waktu malam je. Siang I memang tak sentuh langsung retainer.

 

Masa mula-mula bukak tu memang retainer dentist bagi memang sama cam dalam gambar ni. Bahagian depan di saluti plastik. Tak tahu apa fungsi nya.

 

retainer1

 

Bila next visit, dentist tukarkan kepada retainer yang biasa cam ni pulak.

 

retainer

 

 

Di sebabkan tak menjaga pemakaian retainer, hasil nya gigi mula bergerak sedikit dan ada rupa untuk kembali ke gigi sebelum pakai braces dulu especially gigi yang belah depan ni T___T. Sekarang ni menyesal tak sudah. Before this I pernah pergi ke dental clinic kat Damansara and doctor advise untuk buat balik retainer. Retainer yang I pakai sebelum ni sebelum di ganti baru sebab dah patah and rosak. Kos untuk buat retainer baru around RM500 tu pun I buat je ni plastic and invisible which I found quite interesting compare to metal retainer yang mudah patah. Walaupun dah setahun lebih pakai, tapi tak ada sebarang effect pun pun keatas gigi yang dah bergerak ni. Retainer ni boleh maintain the alignment saja untuk starightkan balik gigi mungkin susah.

 

retainer (1)  Ni retainer plastik yang paling latest dan sekarang kena buat baru sebab dah hilang pagi tadi masa mandi T__T

 

 

180620112173

 Ni gigi paling latest *sorok muka*

 

 

Next week I have an appointment untuk jumpa dengan dentist and hope he can advise untuk provide better solution for my problem ni. During telephone conversation, he quote me to use MYOBREACES *case to case basis* or maybe kena revert back to metal braces yang I pernah pakai sebelum ni. He informed that the cost for MYOBRACES ni around RM400-RM500 and kena pakai dalam masa sejam saja dan result dapat tengok dalam masa 6 bulan. I don’t feel like spending another dime for metal braces treatment yang expensive (RM4000 – RM7000) kalau hasil nya selepas beberapa tahun gigi gerak balik >.<  . In fact, gigi I sekrang ni tak ada la kronik sangat sampai kena pakai normal braces balik cuma yang depan tu je lari sikit.

 

 

www.tips-fb.com

1 comment:

  1. Hi. Nak tanya, so sekarang ni apa yg u buat untuk straightkan balik gigi u ye? Sbb i pun ada masalah sama. Gigi dah gerak sikit sbb tak pakai retainer.

    ReplyDelete

Ratings and Recommendations by outbrain