fb Twitter

Wednesday, November 2

Popia Nestum

Saya suka dengan Popia Nestum yang saya masak sendiri =_=. Wtf..angkat bakul sendiri..nom nom nom . Percaya tak saya first time makan popia nestum ni masa raya yang lepas ni. Call me outdated. Tak kisah pun. Bukan salah I, sebab memang tak pernah jumpa kat mana-mana kedai pun sebelum tu. Lagi satu kalau nampak biskut or apa-apa kuih dalam bekas tranparent dan mesti penutup warna merah mula la terbayangkan rasa yang lebih kurang sama. Sebab tu la tak berapa suka sangat dengan kuih raya. Rasa sepesen je. Panggil la kuih semperit ke, kuih sugi ke, kuih almond ke rasa tetap sama untuk tekak I. Tapi segala jenis kerepek or muruku memang favorite saya!

 

Kebetulan masa last raya member nak let go popia nestum dia harga lelong. Ok. Terus beli sebekas. Tengok tu. Bukan main kedekut lagi beli sebekas je. Fikir agak lama time nak beli tu. Sebab takut tak abis. Nak beli tak nak?..nak beli tak nak?.

 

Bila dah sekali rasa..terus menyesal tak sudah. Rugi nya tak beli 3-4 bekas. Sampai orang dah abis raya pun sibuk dok message2 tauke kuih tanya stok ada lagi ke tak. Sudah nya I mintak sendiri resipi nak buat. Rupa nya senang je nak buat. Ingat kan susah sebab tengok bergulung-gulung. *Blame diri sendiri sebab tak pernah buat kuih*

 

Bahan-bahan nya: *cewah..dah macam buku resepi chef wan plak*

Kulit Popia

Nestum

Horlick

Gula kastor

 

IMAG0347

Air tu saya gunakan untuk sapu dekat hujung kulit popia supaya senang melekat.

 

Cara-caranya:

1. Gulungkan kulit popia bulat-bulat. Make sure jangan gulung dekat-dekat sangat. Biarkan longgar sedikit. *huh..betul ke aku explain ni?* Belajar dari kesilapan sendiri. Kenapa jangan gulung dekat-dekat sebab nanti bila dah goreng, popia tu jadi keras. tak crunchy pun. Dok sedak.

 

IMAG0348

Ha..gulung macam ni

 

IMAG0349

 

2. Kendian, potong kan kecil kecil. Ikut la saiz kesukaan sendiri. I suka yang kecil je. Senang nak masuk mulut 4-5 sekaligus kalau dah lapa sangat.

 

IMAG0350

 

3. Kemudian goreng kan kulit popia tu dan tos kan.

 

4. Untuk membuat serbuk nya pula, kisarkan dan campurkan nestum, gula kator dan horlick sekata. I letak horlick sikit sebab nak bagi rasa sedap lagi. Horlick tu optional. Ikut kesukaan masing-masing.

 

5. Akhir sekali, campur dan gaulkan nestum dan kulit popia yang dah digoreng tu.

Siap!

 

IMAG0351      ini lah hasilnya

 

Kalau makan dekat office time-time sejuk memang nikmat sungguh. krup..krupp..krupp . Tau-tau dah habis sebekas aku baham.

 

IMAG0242 

 

IMAG0241 

 

IMAG0239 

 

 

Lepas ni boleh la amik order Raya untuk popia nestum. Anyone? hehheheh

www.tips-fb.com

4 comments:

Ratings and Recommendations by outbrain