fb Twitter

Thursday, October 20

Bahaya Spa Ikan

 

Fish Spa

 

Di mana-mana pergi mesti perasan ada banyak kedai yang menyediakan perkhidmatan Fish Spa, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Dulu I memang suka buat fish spa ni sebab bagi I, umpama terapi kaki lepas penat berjalan. Kena gigit-gigit manja oleh ikan yang comel dan I suka rasa kaki sendiri lepas itu sebab rasa smooth dan glowing je *ewaahh*. Semua kulit mati dan kasar habis di makan oleh ikan yang ada.

 

Tapi I ada terbaca artikel yang Fish spa ni boleh menyebabkan Hepatitis C, HIV/AIDS dan tibi serta beberapa penyakit lain yang berjangkit menerusi bawaan air. Seram tak seram kan dengar. I bukan suka-suka nak takut kan, tapi it’s a FACT! Kalau di fikirkan, kemungkinan itu boleh berlaku sebab ikan yang sama di gunakan berulang-ulang kali dan tiada jaminan yang ikan dan air tersebut bersih dan sanitize. Kenapa lah sebelum ni tak terfikir langsung. Semua orang pergi time tu, aku pun nak pergi juga. Konon-konon ikut trend terkini la sangat kan. Pemilik kedai tu bukan nya fikir pun pasal kesihatan pelanggan. Janji duit masuk maaa!

 

Bayangkan kita akan share the same water and fish dengan orang sebelum kita yang mungkin menghidapi penyakit yang boleh membahayakan diri kita sendiri. Tobat laa…lepas ni tak nak jejak kaki dah dalam Fish Spa ni! Kedai-kedai macam ni patut di ban saja kat Malaysia ni.

 

 

www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain