Friday, August 19

Tempat-tempat menarik di Kuching, Sarawak

Biasa nya kalau sebelum pergi traveling, I suka buat sendiri online research mengenai tempat yang akan dilawati nanti. I lebih suka berjalan sendiri tanpa menggunakan tourist guide mahupun driver. Travel sendiri ni lagi terasa adventure dan tak terikat sangat dengan sebarang aktiviti. Bebas nak buat apa pun.

Macam sebelum ni I pergi Bandung pun main gamble je. Pusing-pusing cari jalan sendiri.

Tempat-tempat ni memang wajib kena pergi kalau melancong ke Sarawak.

1. Sarawak Culture Village


Culturalvillage


I dah buat entry pasal Cultural village atau muzium hidup (bukan macam night at the muzium ye) masa pergi Kuching last month. Boleh baca kat SINI.

Apa yang best sangat Sarawak Cultural Village ni?
Kita boleh belajar pelbagai jenis benda baru. Dari segi kebudayaan, music, makanan, rumah panjang yang berbeza, agama dan pelbagai lagi yang menarik.

  • Sarawak Cultural village terletak kira-kira 35KM dari Kuching dan berhampiran Gunung Santubong. Kira-kira 45 minit drive. Cara nak pergi ke sana boleh la drive sendiri (kereta sewa), sewa teksi, driver atau pun melalui tourist guide. Ada juga sesetengah hotel menyediakan free shuttle van untuk ke sana. Yang ni kena check la dengan Hotel ada di sediakan ke tak. Macam 360 hotel yang I sewa dulu ada service ni. Tapi first come first serve la.  

Culturalvillage63

Entrance Fee:
Adult RM60
Student: RM15 (with student card)
Senior citizen: RM30


Waktu untuk show:
11.00 pagi & 4.00 petang.



Make sure datang pada masa show ni. Sebab pelancong akan di persembahkan dengan pelbagai bentuk tarian mengikut budaya masing-masing. Persembahan ni memang wajib kena tengok. Aksi menyumpit pun ada sekali.

  • Di dalam ni terdapat 7 jenis buah rumah yang melambangkan kebudayaan dan etnik yang berbeza. Antara rumah yang ada ialah:

  • ° Rumah Cina
  • ° Rumah Melayu
  • ° Rumah Melanau
  • ° Rumah Orang Ulu
  • ° Rumah Penan
  • ° Rumah Iban
  • ° Rumah Bidayuh


  • Rumah-rumah ni dibina dengan amat menarik sekali dan memang menyerupai bentuk rumah yang asal. Bila masuk kedalam rumah-rumah tersebut, kita akan di bawa untuk mendalami kebudayaan kaum masing-masing. Believe me, you’lls tak akan rasa bosan punya masuk sini. Experience yang sangat priceless!

Recommendation: Highly recommended







2. Semenggoh Wildlife Centre


semenggoh16




Semenggoh terletak kira-kira 25km dari bandar Kuching. Untuk ke Semenggoh, ada di sediakan public transportation. Sesetengah hotel ada menyediakan shuttle van yang direct terus ke sini. Macam 360 hotel yang I duduk tempoh hari, ada menyediakan free shuttle van.



Entrance fee:
RM3



Feeding Time:
9:00 pagi – 10:00 pagi & 3:00 petang – 4:00 petang.


Orang Utan bukan duduk di dalam sangkar sebaliknya akan di biar kan bebas berkeliaran di dalam hutan.  Sebab itu laj kena datang masa feeding time. Time ni baru akan dibenarkan pelawat untuk masuk ke kawasan feeding dan lihat sendiri Orang utan secara dekat. But don’t put so much expectation ye. Ada masa nya orang utan ni tak keluar mungkin sebab dah kenyang makan buah-buahan yang ada dalam hutan especially pada musim buah.



I managed to see 4-5 orang utan masa I datang tempoh hari. Sangat menarik sebab boleh tengok aksi dari orang utan mengopek kelapa, makan dan bergayutan. Memang tak akan jemu langsung.


Recommendation: Highly recommended

3. Pasar Serikin

serikin06

Untuk kaki shopping sekalian, kalau pergi ke Kuching mesti kena singgah Serikin yang terletak berhampiran sempadan Kalimantan iaitu di daerah Bau. Kira-kira 80km dari bandar Kuching. Kampung Serikin ni tersangat la glam dengan kedai yang di buka pada weekend. Kebanyakkan peniaga adalah dari Indonesia dan barang dagangan semua memang dari sana.


Pasar Serikin dibuka pada hari Sabtu dan Ahad saja dari jam 7.00 pagi sehingga 2.00 petang


Antara barangan jual beli kat sana seperti:
° Telekung
° pakaian dewasa & kana-kanak
° Tudung
° kain
° Handbag
° handicrafts
° Jamu
° etc


serikin39

Barang-barang dari Indonesia ni boleh di dapati dengan harga yang murah..ni orang yang kata. Tapi aku kata..barang tak la murah mana pun dan kebanyakkan kedai kat situ jual barang yang lebih kurang sama. Lagi satu panas terik kat sana. I tak banyak membeli pun masa pergi sana tempoh hari. Tak berapa minat la sana.

  
Lagi satu, Pasar Serikin ni terletak berhampiran beberapa kawasan pelancongan seperti Tasik Bi-ru, Gua Angin dan Gua Farry. So lepas penat bershopping boleh la singgah ke destinasi tersebut.



Recommendation: Nak pergi pun boleh, tak pergi pun tak apa.


Cukup la sampai sini. Nanti I sambung lagi tempat-tempat yang menarik di Kuching. Ada banyakkkk lagi…Tunggu yer :)

p/s: recommendation tu mengikut kesukaan, minat dan citarasa I. Mungkin ada yang suka, ada yang kurang gemar. Different people different taste.

www.tips-fb.com

1 comment:

Ratings and Recommendations by outbrain