fb Twitter

Friday, August 5

Serikin and Semenggoh Wildlife

Untuk hari yang ke-3, plan untuk pergi Serikin dan Semenggoh Orang Utan. Alang-alang dah sampai Kuching, kena la singgah Serikin jugak sebab ada yang cakap barang kat sini banyak dan harga pun sama macam kat Bandung. Tapi I cakap, kat Bandung barang lagi murah and menarik compare kat sini!

Kalau nak pergi ke Serikin, kena la paksa diri untuk awal pagi. Seelok-elok nya pukul 6.30 pagi dah bertolak dari Kuhing sebab pukul 11 pagi dah panas terik tau! Serikin ni terletak berhampiran sepadan Indonesia. Sebab tu la agaknya panas yang melampau.Di Serikin, terdapat banyak barang-barang jualan daripada Indonesia dan penjual nya pun memang orang Indonesia. Peniaga mula berniaga pada pukul 8.00 pagi sehingga 2 petang. Perjalanan pula memakan masa lebih kurang 1 jam dari Kuching

serikin Arrived! Sampai pukul 8 lebih. Tapi tengok la tuh..dah panas terik. Parking kena RM2.

Untuk sapa-sapa yang tak sampai sini lagi, let’s usha barang-barang yang di jual kat sini.

serikin01 Sunglass shop

serikin02 Mother looking for a blouse.
Kat sini banyak kemain kedai jual baju. Selang satu kedai mesti kedai jual baju je. Kedai jual tudung pula yang kurang.

serikin03 Kuali pun ada. Camne nak bawak naik flight kekdah nya?

serikin04
Cantik kan. Ingat nak beli untuk buat raya nanti. (glam tak hengat punya) Tapi harga nya mencekik la. I pernah tanya kat Bandung, harga nya wayyyy more cheaper dari kat sini.

serikin38
serikin05 Telekung memang banyak kat sini
serikin06 Panas terik masa ni. Bermandi peluh saja

serikin07 Accessories
serikin08  serikin10 pelbagai bentuk cincin permata hati serikin11Keychain. Kalau nak ukir nama pun boleh serikin12 Jamu mak dara *kidding* Actually akak ni jual rempah ratuserikin13Kain langsir
serikin14 serikin15 Kain Sulamserikin16 Tudung salji, kerusi rotan, basikal rotan, semua ada kat siniserikin17 serikin18 Jajan dari Indonesia pun adaserikin19 serikin20 Budak-budak suka la menda ni. Terkuak-kuak dalam airserikin21 serikin22 serikin23cuba teka apa ni..Panjang bebenor serikin24 Actually ni kulit kayu manis. I beli seikat. Harga RM3 je. Boleh buat stok sampai setahun. serikin25 serikin26Rambang mata je tengak accessories ni serikin27 serikin28 serikin29 serikin30 serikin31Kat kedai ni banyak jual alat music. Paling banyak gitar dengan color yang sangat vibrant. My sis teringin nak beli gitar. Kat kedai ni saja dah banyak masa abis. Sudah nya dia tak beli and sampai KL asik teringat taksudah =_=’ serikin33 serikin34 I teringin nak gitar color pink. Nasib baik tak ada kat sini.
serikin35 serikin36 serikin37
Pusing sini sampai pukul 11 je sebab dah tak larat dan panas. Lepas tu lunch Mi kolok dekat kedai yang berhampiran. Sedap jugak mi kolok kat situ. I tengok ada sorang customer tu sampai menjilat mangkuk. Kira sedap sangat la tu.
Habis kan masa sampai pukul 1 and terus pecut pergi cari masjid and Semonggoh Wildlife pula. Masa perjalanan lebih kurang 45 minit dari Serikin. Seelok nya pergi masa feeding hours iaitu pukul 9.00pagi – 10.00pagi atau 3.00petang-4.00petang. Entry fee hanya RM3 saja.
semenggoh11
Sampai sudah! time ni baru lepas hujan
semenggoh12
Sampai sana lebih kurang pukul 2.30 petang Nasib baik kereta boleh bawak masuk dalam. Jadi tak payah bazirkan masa 20 minit jalan kaki masuk dalam. Masa sampai tu punya la ramai pelawat dengan muka yang sangat sexcited.






































semenggoh13
Setiap orang utan kat sini diberi nama. I teringin nak tengok Ritchie sebab orang utan paling besar and tua kat sini. Tapi hajat tak kesampaian sebab Ritchie tak menjelma pun. Mungkin kenyang kot.

semenggoh14

semenggoh19
semenggoh20
semenggoh08
Sebelum boleh masuk dalam, kena dengar staff situ menyampaikan mandat dulu. Banyak pantang larang kalau nak masuk sini tau! Tak boleh bising sebab orang utan tak suka dengan manusia yang ramai, amik gambar tanpa flash, jalan dalam kumpulan. Ni je yang sempat ingat. Padahal ada banyak lagi rules nya.

semenggoh09

Seperti yang diberitahu, ada 21 orang utan dekat hutan ni. Angka yang agak banyak juga kan.

semenggoh10
Tengok dengan mata bukan dengan mulut! .
semenggoh07
Kena masuk dalam lagi untuk ke feeding area.
Kena tunggu lebih kurang 15-30 minit untuk orang utan ni keluar makan. Mungkin sebab malu jumpa manusia kot.
semenggoh15
1st orang utan yang keluar untuk makan. Nampak cam jinak kan. Tapi takut jugak kalau mengamuk tiba-tiba.
semenggoh05

semenggoh06

Lepas tu sampai lagi 2 ekor orang utan. Mak dan anak. Comel betul the baby. Asik berkepit with the mummy je.
semenggoh Ni betul-betul depan mata punya. Setapak je ni.
semenggoh03

semenggoh04
semenggoh16

Overall, lebih kurang 4-5 orang utan yang keluar time tu.

semenggoh01 semenggoh02               semenggoh17 semenggoh18   semenggoh21

















Tepat pukul 4, kami diarahkan untuk keluar. Sangat strict tau. Tak boleh nak bergambar lagi lepas kul 4.

Sangat-sangat recommended untuk datang sini. Im very satisfied dapat tengok orang utan secara live dan pada jarak yang dekat. www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain