fb Twitter

Tuesday, August 2

[Review] MeAmore Spa & Beauty @ Bandar Baru Bangi

Last month dah redeem mydeal voucher di MeAmore Spa & Beauty. Sekarang baru terkial kial nak buat review. Haipp..teruk betul.

Remember tak the package include:

79% OFF Steam Sauna (30mins)
+ Whitening Facial (40mins)
+ Full Body Aromatherapy Massage (30mins)
+ Body Scrub (30mins)  for only RM49 instead of RM235!

Untuk first step, I kene buat body scrub. Kena la tanggalkan mana-mana yang patut and just wearing the towel. Pakai scrub tapi tak sental pun setakat sapu saja. Tapi takpe, sebab lepas buat body scrub tu satu badan bau wangi. I lioke :)

Lepas kena mandi untuk cuci badan dari scrub tu and terusus buat Steam sauna pula. Kena duduk dalam satu bekas yang boleh di zip dalam keadaan yang bogel *ok! ini terasa sangat lucah* and dengan menggunakan herba untuk mengeluarkan toksin di dalam badan. Bau herba agak kuat. Rasa tak selesa sikit. Lepas sauna, di hidangkan pula air teh herba. Sampai habis I teguk. Dahaga sangat sebab lama duduk untuk sauna tu.

Kemudian buat full body aromatherapy massage. Badan di urut dan dibelai-belai manja…cewaahh. Mengambil masa lebih kurang 45 minit. Lepas massage kene tadah muka untuk facial. Tapi I tak suka sangat facial sini la..sebab tak ada extraction. Abis tak keluar la segala macam whitehead, blackhead kat muka ni. Rasa tak bersih.

Conclusion nya, I bagi 1.5 bintang dari 5.


Kenapa 1.5 bintang saja?

Meh sini I huraikan sebab mahusabab nya:


1. Keadaan spa macam tak terurus. Kejap buat facial bilik lain. Lepas tu mandi kat bilik lain. Bayangkan kau kena berkemban saja nak pergi mandi dekat bilik satu lagi. Masa nak ke bilik air tu kene lalu hall tempat orang beristirehat sambil temgok TV. Kalau ada lelaki kat situ..aahh…terasa ternoda nanti. Mungkin tempat ni masih baru lagi tapi kene la provide proper place untuk orang berspa. Macam mana orang nak datang lagi kalau tempat tak selesa macam tu. kebetulan time I nak pergi mandi ada budak kecik laki tengah main-main kat hall tu (maybe anak owner). Walau pun masih kecil and belum baligh lagi, kan tak manis kalau dia tengok perempuan berkemban. isshh!!!!..Ni buat paling sakit hati.

2. Dalam satu bilik ada 2 katil untuk massage and facial. So macam sharing basis. Kalau pelanggang sebelah berdengkur, terpakasa la kau tadah telinga layan dengkuran dia. Seriusly, I experienced this. I preper bilik untuk seorang sebab lebih selesa untuk berbogel nanti..hahha

3. Product yang digunakan untuk muka tak berkesan langsung. Tak nampak pun sebarang perubahan selepas habis berspa. Nama je whitening facial, tapi muka gwe yang sedia kala kelam ni sama je sebelum dan selepas nya.

4. Agak jauh my house. Ok. Ni maybe salah sendiri gatal nak beli juga walaupun jauh. Im wasting my time 2 jam saja stuck dalam jem untuk ke sana. Sampai hari sabtu pun boleh jem teruk dari hari biasa. Bila dah sampai sana dalam keadaan yang stress, sampai sana lagi la stress!.

Alkisahnya, kene check betul-betul sebelum beli voucher dekat Mydeal. Tak nak kene spa yang macam ni lagi. HORROR!



www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain