fb Twitter

Monday, August 29

Persiapan Raya

Tinggal 1 hari lagi kita akan berpuasa. Sunyi sepi je rasa KL sekarang. Rasanya dah ramai yang pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut kehadiran bulan Syawal. Tinggal la saya kesunyian di sini T_T. Me macam biasa la, tetap beraya di PJ dan di sini la kampung dan tanah tumpah saya. Dah lama tak rasa beraya di kampung. Rindu sangat masa zaman sebelum akil baligh dulu, masa tu ada kampung lagi kat Rompin. I la paling eksited bila dapat tahu nak beraya di Rompin sebab confirm dapat collect banyak duit raya dan pagi-pagi raya tu mesti sibuk nak bersolek sakan dengan cousin yang lain. Paling best lagi sebab kat kampung dulu ada dusun. Macam-macam buah ada. Rasa paling nikmat sebab boleh petik dan masuk mulut terus om om om. Tapi yang paling azab sekali kena duduk dalam kereta 7-8 jam baru sampai Rompin. Sebabnya ayahanda suka sangat ikut jalan kampung. Dah serupa macam balik Kelantan je.

 

Oh yaa….macam mana dengan persiapan raya? Dah complete? I kira dah hampir complete dah semua. Biasa nya tak ada la nak bertukar semua baru. Raya kat PJ ni tak sama macam raya kat kampung. Selepas raya pertama dah tak tahu dah nak buat apa. Sebab kawan-kawan pun bukan nya ada nak pergi terjah makan rendang pun.

 

Semalam sempat pergi ke Jalan Tar untuk shopping baju raya. Target 2 baju raya untuk tahun ni sudah terlebih capai. Bukan 2 tapi 3 baju dapat tahun ni. Tak sabar nak beraya dengan baju. Seriusly..banyakkkkkkk baju yang sangat meletopp dekat Jalan Tar. Majoriti nya banyak menjual baju kurung yang lebih kurang sama tapi harga yang berlainan. Pandai-pandai lah memilih.

 

Kuih dan kerepek banyak yang beli dari buat sendiri. Nak tahu kuih apa yang buat sendiri? Semesti nya Conrnflakes honey. Paling mudah dan tak berpeluh ketiak untuk buat. Tiap-tiap tahun conflakes honey dah menjadi makanan ruji untuk Raya.

 

Tadi pun baru mengemas bilik dan pakai bedsheet baru. Rasa bersemangat untuk tidur sekarang dengan hujan yang mencurah-curah lagi ni..mimpi indah please!

 

Esok ada benda paling untuk di settle kan. Kena pergi bank nak tukar duit raya. Hopefully duit raya belum habis lagi. Tapi kalau dah habis, lagi jimat duit aku..harhar..

 

Apapun..saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Pandu cermat jiwa selamat. Tidak lupa juga ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka Malaysia!. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

 

Ucapan tulus iklas dari,

Iyrin

www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain